Review Novel: Isteriku Naik Hantu | Syikin Zainal
Salam 1 Aw Aw Aw,
hari ni aku kembali update novel yang aku dah baca,
dah lama juga aku habis baca, beberapa hari lepas.
tapi sibuk dengan aktiviti club, design baju kolej, kelas lagi apa semua, baru hari ni sempat update.
ni sebenarnya malas nak update sebab perut kenyang dan dari pagi sampai sekarang mendung je, bangun pun pukul 12. 30. hahaha. tak boleh di jadikan menantu aku ni. hahaha
okay novel kali ni adalah karya yang sama dari Syikin Zainal, tak sangka pulak aku beli dua novel dengan penulis yang sama. hahaha
tajuk novel ni adalah Isteriku Naik Hantu. tajuk pun dah kelakar, pada aku lah. hahaha
ni novel nya
apa yang aku suka pasal novel dari Buku Prima adalah dekat belakang dia ada penanda aras, so kau tahu cerita tu macam mana. Untuk novel ni
40% Sedih, 40% Keluarga, 70% Konflik, 90% Lucu dan 90% Cinta.
ni sinopsis cerita:
Persahabatan Qarina dimusuhi teman baik sendiri. Sepuluh tahun dia mengunci rapat pintu hatinya. Baginya, kasih pada Iqram adalah kasih tersimpul mati. Dia sudah serik mempunyai teman baik dan kekasih hati.
Fareez Aiman memegang prinsip cintanya sendiri. Cinta sebelum kahwin, sorry... memang dia tidak layan. Baginya, cinta selepas berkahwin penuh dengan nikmat dan berkat. Tetapi ada yang kata, dia tidak pandai bercinta kerana dia kategori mamat poyo.
Kerana cinta terluka, Qarina mengakui Fareez adalah bakal tunangnya kepada Iqram dan Balqis tanpa dia tahu Fareez sebenarnya sepupu Iqram. Apabila rahsia sudah terbongkar, mereka bersatu di dalam ikatan yang sah. Setelah berumah tangga, baru Qarina sedar. Mamat poyo sebenarnya adalah mamat romeo. Apabila hati sudah berbunga sayang, dugaan pula melanda. Iqram menagih janji lama. Nelly pula datang menggoda. Walaupun dalam hati masing-masing sudah berputik cinta, tetapkah Qarina menjadi milik Fareez? Atau Iqram juga yang mampu mengisi kekosongan hati? Antara kata minda dan kata hati, siapa yang berhak di sisi?
“Qina, ikhlas ke awak terima saya sebagai teman hidup awak?” - IQRAM
“Masalahnya, saya dah termengaku tadi. Saya pun panik, bila akak cakap saya bakal tunang akak. Nasib baik akak ni kira cun jugak, kecil molek. Kalau tak, mahu menangis saya kat situ. Dahlah makan tak kenyang.” - FAREEZ
Alamak, lebih-lebihlah pulak orang tua ni. Kut ya pun nak buat aku jadi menantu, janganlah dengan budak bawah umur ni. Anak lain dah tak ada ke mak cik oi? - QARINA
dari sinopsis atas pon dah tahu jalan ceritanya macam mana.
okay ni review dari aku
- Novel ni berkisarkan komedi sebab dari awal dah lawak sebab Fareez ni mamat poyo yang satu tempat kerja dengan Qarina yang andartu dan Fareez ni pulak muda lagi baru 26 tahun kalau tak silap. So dari sini berlakunya dialog lawak tu.
- dalam novel ni jugak, hampir keseluruhan watak memang cakap lepas dan laser, so beza dengan novel lain yang biasanya guna ayat cover je, so bila cakap lepas ni sama jelah dengan real life, so kita boleh rasa dekat dengan watak tu.
- dalam novel ni banyak konflik yang tak pernah habis. hahaha. antaranya konflik Qarina kena kahwin dgn Fareez sebab Fareez nak selamatkan Qarina kena belasah dengan bapak dia, konflik keluarga Qarina sendiri, konflik cinta lama Qarina iaitu Iqram kekasih lama masa zaman cinta monyet dulu dan Iqram tu pulak sepupunya Fareez, tak ke haru biru jadinya? hahaha, konflik Qarina dengan BFF dia iaitu Balqis dan banyak lagi.
- aku suka novel ni juga watak hero dia digambarkan tak perfect macam Aaron Aziz tu. hahaha. sebab watak hero tu hitam manis dan ada lesung pipit dan iqram yang jahat tu pulak lagi hitam dari iqram tu. hahaha. so aku bolehlah adapt sikit sebab aku ni ada lesung pipit. ceh. hahaha
- banyak mesej yang nak disampaikan iaitu, cinta tak semestinya memiliki, hormati pasangan yang dah ada depan mata, kahwin berbeza umur tak jadi masalah, jangan curiga dan dengar penjelasan pasangan kita dulu.
- aku suka novel ni jugak sebab guna dialog yang santai macam real life kita so, senanglah nak menjiwai.
- dalam novel ni tak banyak sedih sangat tapi bolehlah sebab lebih kepada komedi sampaikan lepas cerai pon si Fareez ni buat tak tahu dan boleh pulak kacau hubungan Iqram dengan Qareena yang nak bersambung semula.
- senang cakap, kali ni, novel ni berbaloi untuk di beli kepada pembaca yang tak suka sangat kebajiran air mata. hahaha.
- ada satu tu aku rasa tersilap taip kot, mula mula cakap muka Fareez ni macam Shah Iskandar tapi perenggan lain cakap muka dia macam orang lain. hahaha. confuse dekat situ kejap.
- jalan cerita pon seimbang, lagi best kalau penghujung tu tambah sikit babak sweet antara Qarina dengan Fareez tu sebab macam tetiba je dah habis. hahaha.
Okay, itu sahaja review dari aku,
kalau ada yang tak suka ke apa itu pendapat masing masing :)
bye :)
No comments: