Tips: Sikap Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu !
Salam 1 Aw Aw Aw !
selalu update pasal kehidupan sendiri yang membosankan kan?
hari ni aku nak tunjuk sikit tips.
hahaha.
tips ni jumpa dalam Harian Metro hari ni.
sebab teruja sangat aku share dekat korang
aku tahu, bukan ramai yang suka baca paper pon kan? hahaha
1. Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi tak pun ?
Bila dia telefon maksudnya dia ambil berat, dia cintakan anda, inilah biasanya definisa cinta bagi wanita dalam hal ni.
Definisi lelaki pula, bila aku kerja kuat dan ada pendapatan stabil, aku, pasangan dan keluarga akan hidup dengan selesa, semua ni sebab sayang, cinta dan ambil berat
Kalau dia tak telefon pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, dan terlupa. Wanita selalu tuduh atau rasa anda seolah olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermaksud dia tak cintakan anda !
Pandangan aku: Kadang kadang aku tak faham pasangan yang kena sms 24 jam, call 24 jam bergayut sampai pagi. Korang memang tak ada life ea? hahaha. Aku bukan jenis orang yang macam tu. Kadang kadang bila salah sorang tak reply dengan cepat lepas tu merajuk, call semula kenapa tak reply. Hello, dia pon ada life jugak apa ? Korang cakap apa ek dalam phone dengan sms 24 jam selama 7 hari seminggu selama 365 hari?
kadang kadang tak call satu hari dah tuduh kita ada scandallah, ada perempuan lainlah. Pemikiran perempuan memang sempit macam tu ke? Korang tak tahu yang BF korang tu tak ada duit nak beli top up ke? tak cukup duit nak makan semata mata nak top up dan berbual dengan korang?
kot ye pon, bagilah masa dan ruang BF korang tu bergaul dengan orang lain. Paling aku tak faham yang bercinta jenis depan mata ni macam bercinta dengan classmate, officemate, whatevermate pon lah, korang dah jumpa 24 jam tapi still call dan sms bagai nak gila. serius tak faham !
belum lagi kes yang tulis ayat ayat manis atau perbualan dalam laman sosial. Sumpah nak lempang sebab bermanja manja depan orang ramai. Aku nak tanya, korang ni public figure ke? korang ni saje nak menunjuk kebahagiaan ke? korang ni batak publisiti ke? tapi bila PUTUS ! putus senyap senyap je ! LOSERRRRR !
2. Lelaki tak suka anda bersikap seorang Ibu.
Jangan layan lelaki macam budak kecil, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang remeh temeh. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri. Anda hanya perlu berikan sokogan.
Lelaki tidak perlukan seorang lagi ibu !. Jika anda bersikap seperti Ibu yang menjaga semua halnya, percayalah dia akan mencari orang lain.
Pandangan aku: Ni biasanya kes kongkong. Aku tak faham perempuan kongkong lelaki. Segala benda apa yang si lelaki buat nak tahu even dalam bilik air sekali pon. over gila kan?
berpada pada sudah. Korang bercinta je weyh. bukan berkahwin. Bila korang bercinta memang lah seronok nak tahu semua pasal A-Z BF korang tu tapi bila putus, segala mak nenek si BF punya AIB kau bukak ! perempuan macam ni patut di campak ke Lorong Haji Taib !
3. Perasaan harga diri lelaki antaranya datang daripada kejayaannya dalam karier dan apa yang di usahakan.
Amat penting untuk anda memberikan masa dan peluang dan ruang untuk dia bercakap mengenai kejayaan dalam hidupnya, walaupun bosan nak mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu isyarat yang menyatakan kepadanya bahawa anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya dan boleh diharapkan.
Pandangan aku: Ni lagi satu. Tanpa perempuan sedar, BF korang lebih banyak menjadi telinga setia untuk setiap bebelan dan cerita korang sendiri. Cuba korang tanya pasal BF korang pulak ? Apa kegiatan dia, macam mana kejayaan or whatsoever pasal BF korang. For sure diaorang lebih appreciate korang. Simple kan?
korang nak bf korang jadi orang kayalah berpelajaran baik dan bagus lah, tapi korang bergayut sampai 2 3 pagi, lepas tu bangun tidur lambar, nak pergi kelas lambat, nak pergi pejabat lambat, lepas tu mengantuk dan tertidur. Subuh jangan cakap, dah terbang pergi Paris. hahaha.
KONSEP NYA SENANG !:
1. bercinta sebelum kahwin adalah haram so tak perlu sangat nak SHOW OFF macam panggung wayang kisah percintaan korang tu.
2. Kalau ada jodoh korang berdua, jangan risau, tak perlu nak kongkong pasangan masing masing, tak perlu nak sms/call 24 jam/7 hari seminggu. Bila dah kahwin nanti, korang dah tak ada topik nak dibincangkan dan hambar masa lepas kahwin. One of the reason kenapa kes cerai meningkat dekat Malaysia ni.
3. Dan kalau korang dah putus tu, korang kena ingat Perempuan/Lelaki yang baik akan dapat pasangan yang baik dan sebaliknya. Fikir positif !
4. Bila dah putus , JANGAN BUKAK AIB BEKAS PASANGAN MASING MASING !
Maaf kalau ada terkurang ajar dari segi bahasa.
Chiawwwww~~ :)
No comments: