Manusia berfikiran sempit?



Salam 1 Aw Aw Aw !
semalam aku stalk blog masliya. hahaha
setahun sekali weyh dia update. hahaha
aku rasa aku tak teruk sangat lah kan?
jadi hari ni aku update untuk korang
dan semestinya cerita pasal aku.
dah blog aku kan? hahaha

btw aku terbaca seorang hamba Allah ni post status dekat fb
aku tak ingat excatly apa yang dia cakap maksud aku tulis.
dia tulis, kenapa semua nak mengadu dekat twitter, fb, dan laman sosial yang lain sedangkan ada Allah yang memang itu je tempat sepatutnya kita mengadu.
lebih kurang macam tu lah. kiranya intipati dia lebih kurang macam tu.

cuba korang fikir kenapa wujudnya cikgu kaunseling dekat sekolah sedangkan kita ada Al-Quran yang sememangnya dah bagi tahu segala galanya
kenapa orang yang ada masalah jumpa pakar psikologi? sedangkan orang tu sepatutnya mengadu dekat Allah?
kenapa ada kem kem motivasi segala bagai sedangkan Allah dah bagi motivasi dekat kita dalam Al - Quran?
kenapa kita digalakkan mencari sahabat yang baik? sebab untuk menasihati kita. kenapa nak nasihati kita sedangkan dalam Al- Quran dah tertulis nasihat untuk kita.

konsepnya senang je, orang yang mengadu di laman sosial ni ibarat mengadu dengan sahabat sendiri, akan ada orang komen, ada orang balas tentang masalah kita, ada orang bantu nasihat,
dan manusia yang balas semua komen kita semua tu adalah atas kekuasaan Allah.
Lupa ke manusia ni semua digerkkan dari Allah?
kita bukan mensyirikkan Allah dengan mengadu masalah dekat laman sosial tapi ini adalah salah satu mendium diri kita memotivasikan diri semula.

ada orang jumpa pakar psikologi untuk selesaikan masalah, kenapa kau tak minta Allah selesaikan masalah kau sendiri? kenapa nak jumpa orang?
Allah bantu masalah kita dengan Allah utuskan pakar psikologi tu.
tolonglah jangan sempit sangat pemikiran tu.

luah perasaan/masalah di laman sosial adalah salah satu medium sahaja ibarat kita pergi jumpa cikgu disiplin jumpa pakar psikologi jumpa cikgu kaunseling jumpa pakar motivasi dan sebagainya.
sedangkan dalam laman sosial tu yang balas komen kita semua tu pon manusia jugak kan?
renung renungkan dan selamat beramal.

aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki
kalau entri ni dirasakan menyimpang dari peminiran pakar agama Islam.
ini hanya luahan perasaan orang yang cetek dari agama dan kerdil dalam Islam.
Maaf :)


3 comments:

  1. bagi aku boleh je nak menulis/meluah di laman sosial, cuma janganlah sampai melebihi hadnya dan membuka aib sendiri :)

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Kadang-kadang kita harus fikir baik buruk sesuatu tindakan.. bukan semua orang dalam laman sosial itu kita kenal hati/budi pekertinya...
    Bagi saya, kenapa dengan meluahkan perasaan secara umum di laman sosial sangatlah berisiko. Elok-elok kita nak cari penyelesaian, masalah pula yang datang :D
    Tapi kalau guna laman sosial untuk meminta pendapat daripada seseorang yang boleh dipercayai/yang mahir, tu takde masalah..

    Senyum selalu fi aiyie wakt :D

    ReplyDelete
  3. kadang2 jadi tak de privasi hidup bila semua orang tahu apa kita buat.

    recent post : Blogger Jangan Benci Blogger

    ReplyDelete

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.