Selamat Hari Lahir Sahabatku D1.0 !





Salam 1 Aw Aw Aw !
2 hari lepas aku saja nak make sure yang hari ni sebenarnya birthday masliya ke tak,
sekali dah hide !
hahaha. kelakar lah kau ni mas.
secara jujurnya aku tak pernah ingat birthday orang.
SERIOUSLY ! aku kalau bab nombor ni memang payah nak ingat. 
selalu aku ucapkan terima kasih dekat FB sebab bagi reminder !
tapi mas ni hide pulak. hahaha

nasib masa pergi jenjalan hari tu,
aisyah ada ingatkan aku pasal birthday masliya.
dan siap siap terus beli hadiah dekat masliya.
susah weyh nak cari hadiah ni.
tapi terlanjur dah ada dekat Popular !
dan mas ni pulak minat sangat dengan buku, so aku decided beli buku !
nak beli novel Ramli Awang Mursyid tu tapo mostly mas dah beli sendiri.
nak beli buku macam sudoku, word puzzle tu macam last choice kot? hahaha
nak beli buku masakan? mas ni tahu makan je pulak. tungguu kau kahwin dululah mas aku belikan. hahaha
nak beli motivation book, budget tak cukup, maaflah PTPTN belum masuk. Sugar daddy pulak bagi duit sikit pulak. hahaha

SO ! aku belikan sesuatu yang dia boleh catat dan tulis. Cuba tekaaaa apaaa? hahaha
bak orang kata, bila nak bagi orang hadiah, bagi benda yang kita sayang.
so aku nampak cover buku tu sangat lawa okay ! untuk aku lah. nak beli untuk diri sendiri tapi baik bagi mas untuk hadiah ! 
aku harap kau suka lah mas ! aku balut sendiri tau hadiah tu tau walaupun dari 5KM jarak kau tengok pon dah tahu apa hadiahnya. hahaha

SELAMAT HARI LAHIR MASLIYA !
semoga terus tabah dan menjadi cahaya yang menerangi hidup orang lain serta menadi insan yang lebih baik dari semalam.
Gitchuuu ucapan. actually tak tahu nak wish apa. Biasanya orang yang sambut birthday lah wish kan? hahaha

P/s: D1.0 tu maksudnya Degree 1.0 iaitu dekat degree ni, kalai pertama aku wish birthday orang dalam blog ! :)

Chiawwwww ! hasta la vista ! Guten Nacht !

No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.