Artis plastik di dalam sosial media ?

Salam 1 Aw Aw Aw !
hebat gila tajuk entri aku malam ni
dah boleh buat tajuk research. hahaha
aku dah selesai mohon PTPTN. berdebar okay ! hahaha

sebenarnya aku tak ada idea sangat nak update blog ni
tapi teringin. aku update jelah apa yang terlintas. hahaha

kali ni aku nak cakap sikit pasal sosial media.
alaaaa macam FB, twitter, instagram dan bermacam lagi.
aku bukan nak cakap keburukan dan kebaikan.
ni bukan entri karangan SPM
ni nak cerita tentang apa sebab aku berjinak jinak dalam dunia sosial ni. hahaha

sebenarnya masa aku nak buat twitter tu,
aku nak kebebasan. gitchuuu ! macam harimau lepas kandang kan.
maksudnya suka hati akulah nak tweet apa yang terlintas dekat kepala otak aku.
sama ada ianya buruk atau pun tidak.
mula mula tu aku tak follow pon kawan kawan aku semua. sebab apa? sebab kemungkinan apa yang aku tweet tu adalah pasal mereka.
twitter tu macam blog versi boleh tulis 140 patah perkataan je. tak kan aku nak marah atau kutuk orang, aku tulis panjang berjela dekat blog kan? nonsense !
mula mula tu aku follow artis yang famous macam aku. hahahaha. LOL. aku follow twitter yang ayat merepek merepek. dan aku tak tahu macam mana twitter aku boleh tersebar dengan pesat dekat classmate aku.
diaorang follow. so rela tak rela pon kena follow back lah kan? walaupun sebenarnya kau ada hak tak nak follow. tapi kenapa kau follow jugak?
atas sebab tak nak kawan kita sentap kan? nanti jumpa takut orang kutuk kita. cakap kita sombonglah segala bagai. tapi pada dasarnya, suka hati orang tulah nak follow back ke apa. yang kau kecoh sangat kenapa kan? gitchuuu ! marah nampak bang? hahaha.

lepas tu aku tweet macam biasa, tanpa tapisan segala bagai, lepas tu sorang sorang sentap.
sampai aku kena belasah weyh ! ini rahsia . jangan cerita dekat orang.
nangis memalam buta. gila hebat zaman diploma aku.
ni yang paling akan aku ingati sampai mati. gila sedih weyh !
bak kata pepatah melayu. kerana twiterr badan binasa. hahaha

ada juga yang stalk twitter aku. cari salah untuk memutuskan sesuatu perhubungan.
tak kisahlah perhubungan apa.
aku bukan jenis yang nak cakap panjang panjang. so, itu dah keputusan kau dan mereka mereka. aku nak paksa pon dah malas.
ada juga yang dah tak bertegur sapa dengan aku dekat luar even dalam twitter tu sendiri dah tak tegur aku.
rasa nak unfollow je tapi what can i do?

dan azwan mula slow talk dengan aku. hahaha.
diat tegur, tolong tapis apa yang aku tweet.
bebel bebel bebel bebel bebel bebel bebel.
mula mula tu aku tentang jugak. aku punya twitter so i have right to tweet anything that i want.
dia bebel bebel bebel bebel lagi
dan aku ikut cakap dia akhirnya.
itu pon ada juga yang annoying dengan twitter aku, 
yelaaaa aku cakap 'nak masak' 'nak mandi' dll yang tweet merepek.
PLASTIK !

So, aku kembali dekat blog ! tulis berjela jela apa yang aku suka dan tak suka
dan lebih ikhlas. 
blog aku ni bukan ramai orang yang tahu pon.
so, aku tulis lah apa yang aku nak.
hahaha. kadang kadang ada orang juga cakap tak suka dengan apa yang aku tulis dekat blog ni.
so why you keep on reading my blog ? get off. easy right?

dekat FB pon dah jarang aku update apa apa.
mostly aku dah update dekat twitter.
aku ni bukan artis yang dalam twitter, fb, insta, bbm status, whatsapp status, foursquare yang nak update benda yang sama. hurmmmm.
tapi kalau aku baca balik apa yang aku tulis dekat FB zaman dulu dulu tu rasa nak bunuh diri.
memalukan weyh ! hahahaha. 

Ramai juga yang cakap, kalau buat entri dalam blog tu letaklah sekali gambar gambar.
hahaha. tapi aku tak letak. 1. Sebab malas. 2. aku lebih suka menulis berjela jela dari letak gambar.
bukan semua gambar sesuai dengan entri aku yang merepek lagi kelaut ni.
hahaha.

sebenarnya aku tak tahu berapa banyak tahap kejujuran aku dalam semua medium sosial media ni.
hahaha.
jangan pernah percayakan aku. jangan pernah percayakan sesiapa dan aku sendiri belum 100% percaya dengan diri sendiri. everyone have a dark side that you never know.

p/s: actually aku tengah serabut siapkan pelbagai benda untuk masuk degree ni. tinggal lagi dua minggu je nak masuk dan sekarang gigih tengah puasa 6. hahaha. so chiawwwww ! :)

No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.