Artis Pening Dengan Pinjaman !

Salam 1 Aw Aw Aw ! 
hari ni update blog lagi.
you know what. dah beberapa lama ni aku asyik cerita pasal aku sendiri je kan? hahaha
tak ada update pasal artis kegemaran ke, gosip terkini ke, tips ke, tak kisahlah apa pon yang bukan pasal diri sendiri.
hahaha. buat masa ini, aku rajin update pasal diri sendiri.
mostly apa yang aku update dekat blog ni tak ada dekat twitter atau FB atau jauh sekali ke Myspace dan lagi kelaut adalah Friendster. hahahaha
kadang kadang aku lebih suka cerita dekat blog dari mana mana.
tu yang kalau ada jumpa tu sentap.
ada yang tweet lah ada yang tulis status dekat FB lah.
you know what? aku tak kisah. penat nak jaga hati orang.
penat nak suruh orang faham tentang kita.
penat nak suruh orang terima kita seadanya.
tajuk album aku: PENAT. hahahaha
actually dah mengarut daritajuk entri sebenarnya. hahaha

aku nak cerita pasal pinjaman apa yang aku nak guna untuk sambung degree UiTM ni hah.
Mak dan Abah suruh ambil PTPTN dan abang aku pulak suruh ambil Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)
so, which one is the best?
sekarang ni pulak memang tengah kecoh dengan PTPTN kan? hahaha
diploma dulu dah pinjam PTPTN dan aku ambil WPP iaitu Wang Pendahuluan Pelajaran kalau tak silap aku.
so, tiap sem dapat duit pinjaman tu, tiap rm500 akan ditolak 3 kali untuk bayar balik WPP tu.
tapi aku rasa PTPTN ni tolak 4 kali dan kawan aku pon kena yang sama but bila cek balik penyata, tak ada apa apa iaitu 3 kali je. kau sakit hati tahu tak?
dan the best part is PTPTN ni kenapa nak potong duit pinjaman tu untuk bayar balik WPP?
kenapa tak tambah je hutang WPP tu dengan pinjaman nanti? 
serupa tak payah buat pinjaman kan? stress aku dengan PTPTN ni.
belum lagi dia tolak insuran yang tentu jumlahnya, kejap rm 20 kejap rm 30. banyak kali pulak tu.
so, kau dapat bayangkan tak berapa ratus je actually satu sem aku dapat? hahaha
belum lagi caj perkhidmatan dia lagi. caj pemprosesan lagi nanti.
ditambah pulak siapa yang dah habis dip dan dan sambung degree dan masih ambil PTPTN, disarankan jangan buat penangguhan sebab korang akan di caj, sebab tu jumlah yang korang kena bayar akan terus meningkat dan meningkat sampai korang bayar. kejam gila kan? hahaha. so korang bayar jelah seberapa yang mampu even rm 20 tak kisahlah 6 bulan sekali ke apa asalkan korang bayar.

orang marah PTPTN ni sebab caj merepek ni semua. Kata negara Islam tapi mengamalkan Riba' ?
nampak tak permainannya disitu? hahaha
fyi, aku tak sokong mana mana parti sebab aku belum boleh mengundi sebab belum cukup umur. hahaha
kita patut bayar apa yang kita pinjam. betul tak?

aku kutuk kutuk PTPTN ni tapi setelah buat fikir masak masak, aku pilih PTPTN dari YPJ. Kenapa?
INI CUMA PANDANGAN DAN APA YANG AKU BACA DARI SEKELILING. KALAU FAKTA AKU SALAH, HARAP MAAF.

1. Jumlah pinjaman yang aku akan dapat lagi banyak dari YPJ. Bukan aku ni mata duitan tapi kos yang  meningkat berganda ganda dari zaman diploma aku. 

2. Memang betul YPJ ni bagus sebab apa yang kau pinjam, itu yang kau bayar. Ada potongan beberapa persen dengan CGPA yang korang dapat tak kisahlah CGPA korang tu sikit ke banyak dan seperti biasa kalau CGPA korang hebat, terus dapat biasiswa. simple kan? tapi macam aku cakap, kursus aku memerlukan duit yang lebih macam nak sewa barang macam macam, nak interview sana sini, nak pergi kesana sini. memang kena guna duit lebih. lebih lebih lagi dekat shah alam tu. Bukan nak berlagak ke apa, kalau diploma dekat melaka tu aku boleh simpan baki rm 100 sampai habis sem untuk diguna kalau nak jalan jalan dekat rumah aku tapi masa sem 5dan 6 tak dapat simpan sebab duit habis dengan event segala bagai.

3. Rumah sewa dan Makan. Dapat bayangkan tak rumah sewa dekat melaka tu sebulan cuma rm 90 tak masuk bil air dan letrik. Shah alam pulak sebulan at least rm 200 tak masuk bil segala bagai tu. weh ! weh ! weh ! jauhnya jarak perbezaaaaannnnnnnn. Belum makanan lagi. opkos makanan dekat melaka lebih murah walaupun Melaka Maju 2010. hahahaha.

4. Tambang bas. Kalau Melaka tu baru rm 19 pung pang pung pang pergi balik dalam rm 50 something. Bayangkan kalau shah alam tu? walawehhhhh. Mesti korang cakap balik rumah adik beradik terdekat. Yup itu aku tahu. Tapi aku masih ada tanggungjawab iaitu jaga mak aku. Ye dekat rumah tu ada abang aku sorang dengan kakak ipar aku sorang tapi itu aku tak dapat terangkan sebab itu family punya matter. Tapi kalau aku punya matter, aku dah cerita dekat blog ni. hahaha. Aku bukan bukak aib aku tapi aku nak orang yang baca, jadikan diri aku yang tak betul dan tak sempurna ni untuk orang lain jadi lebih baik.Fyi, mak aku tu pesakit dialisis 3 kali seminggu dan umur mak aku 64 tahun tak silap aku. Ayah aku pulak dah umur 73 tahun. Masa nilah aku nak jaga mak aku tu. 'Esok' belum tentu aku dapat jaga dia lagi. So aku akan balik juga. Aku ingat lagi sampai sekarang. actually aku ni malas nak urut urut sebab aku akan automatik ngantuk dan itu buatkan aku macam nak tak nak urut dan mak aku cakap, "urut lah betul betul sikit. nanti mak dah tak ada, kau tak urut mak lagi dah". aku tak jawab tapi aku urutlah betul2 sikit. lepas tu ngantuk balik. hahahaha.

5. Katanya duit YPJ ni selalu masuk sangat lambat. So aku nak bayar yuran nanti macam mana? aku nak makan apa meanwhile tu? nak bayar sewa rumah lagi? sebab satu sem je dapat duduk kolej. kedekut betul. hahaha. padahal bayar tau. Kalau PTPTN, dia siap potongkan yuran. dan boleh tahan awal masuk duit tu. So aku tak risau sangat. ni orang cakaplah yang duit YPJ tu masuk lambat. aku pon ikut je. maaf kalau salah. hahahaha.

6. Sebab mak aku suruh ambik jugak PTPTN. hahaha. macam macam aku bentang hujah tetap suruh ambik PTPTN . hahahaha. mungkin ada hikmah nanti. Siapa tahu?

dan aku tengah tunggu pembukaan permohonan JPA.
aku berharap sangat aku akan dapat biasiswa JPA nanti.
kalau dapat, lupakan sahaja PTPTN di atas. hahaha
kalau tak dapat, Aku akan usaha PTPTN tu jadi Biasiswa pulak.
doakan aku ye ?

dan aku akan doakan semua orang pulak.
semoga apa yang korang hajati akan tercapai.
Amin :)

*sorry for non muslim*

Tapikan, seronok je tengok anak anak orang kaya ni. tak kisahlah kaya dari harta keluarga ataupun kerja.
bukan erti aku tak bersyukur, aku cuma kata 'SERONOK' iaitu unsur cemburu sahaja. hahaha
penuh dekat instagram, FB, twitter pergi bercuti tak kisahlah bersendirian ke kawan kawan ke family ke.
aku dari bulan 4 habis diploma tu sampai sekarang duduk dekat rumah je.
hurmmmmm. mesti korang cakap " alahhhh. nanti dah kerja ada banyak duit pergilah bercuti " tapi korang ada fikir tak korang boleh pergi bercuti dalam umur 21 tahun lagi ke? dan masa tu umur kau dah 27 tahun maybe? opkos dah tak boleh ! Situasi masa umur kau 21 tahun dan situasi umur kau bercuti masa 27 tahun adalah berbeza ! serius !.
tapi apa yang aku boleh buat? nangis macam mana pon. masa tetap akan berlalu dan duit tak akan datang bergolek.
ini hanyalah harapan seorang pemuda di siang hari :)

p/s: JANGAN KATA AKU TAK BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA ! AKU BERSYUKUR TIAP KALI AKU BANGUN TIDUR SETIAP PAGI. saja nak capslock. barulah nampak macam marah. hahahahaha.


Chiawwwww !
:)

No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.