Sunday, December 2, 2012

Artis Kembali Teruskan Perjuangan !!!

Salam 1 Aw Aw Aw,
hai hai hai semua disana. hari ni aku update blog semula. ceih, macam ada orang baca je. muahaha
hari 4 hari tak update sebab balik ke rumah keluarga angkat aku. broadband aku ni memang tak boleh pakai. yang peliknya boleh pakai dekat Melaka je. WTF? hahaha
lepas tu beberapa hari tak ada idea nak update apa. yelahh, kalau dah 24 jam duduk dekat rumah je, cerita apa yang menarik nak dikongsi kan? hahaha
lepas tu seminggu modem rosak sebab disambar petir yang garang lagi hot.
malas aku dah nak betulkan. maksud aku guna duit abahlah. hahaha.
lepas tu terus balik Melaka. :)

sekarang dah hari kedua di Melaka.
dah macam rumah kedua tau Melaka ni.
aku sekarang dah masuk semester 6. yeah ! semester akhir. orang lain semua kata sekejap je tapi pada aku, ianya adalah masa yang panjang. hurmm.
esok dah mula kelas. orang lain 2 hari je kelas. kelas aku ada 4 hari. melampau tau :(
tak kisahlah. datang sini nak belajar kan? fokus fokus :)

subjek yang aku belajar aku akan update nanti okey. ada subjek yang belum boleh daftar, biarlah sepriseeee sikit. hehehe.
jadi aku pon tak tahu nak update apa.
tapi seperti biasa, birthday aku tak kan ada orang sambut lagi.
pity me pity me.
22/12 dah mula cuti pertengahan sem sampai 30/12.
sedihnyaaa. tapi aku dah biasa.
Azwan pon dah cakap awal awal yang dia tak dapat nak sambut.
huh, biarlah. nak tunggu ada makwa ke pakwa tak ada pulak. boleh dating sama sama. hahaha

eh, sebelum balik Melaka, ada dugaan yang paling besar, duit gaji aku hilang, hilang wey, dah lah duit tu nak bayar rumah sewa. pagi pagi buta sebelum balik melaka, baru cek duit tu tak ada tempat yang aku selalu simpan. duit tuh dah lah aku balut dengan resit gaji. resit tu pon hilang sekali. tamak betul. hahaha
dah menangis sorang sorang dalam bilik. sekarang tunggu duit PTPTN lah jawabnya nak bayar duit rumah sewa. PTPTN ni pon satu hal sebab tak masuk lagi. orang lain dah masuk. lain macam je ni. 
jangan buat kelakar. hahaha. Niat tak nak susahkan mak dengan abah, tapi terpaksa juga, serba salah tapi nak buek cam mano kalau dah tak ada duit kan? Bank Keluarga jelah yang ada. nak pinjam along takut pulak. hahaha.

jadi itulah saja untuk hari ni. chow chin chau babeyh ! :)

No comments:

Post a Comment

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...