Tuesday, September 25, 2012

Hari Makan Makan untuk Artis !

Salam 1 Letup !
hari ni aku nak update lain untuk jadi satu entri tapi aku gabungkan semua jadi satu je laa
hahahaha. bukan malas tapi entahlaa.
malam tadi dah laa lewat tidur pukul berapa pon aku tak tahu.
pukul 7.30 pagi mak dah kejut suruh buat sarapan.
tanpa gosok apa apa yang patut, terus ke dapur masak.
mungkin itu jadi penambah perisa. hahaha
mak dengan abah rindu air tangan aku ni rupanya.
terharuuunyaaaaa walaupun aku rasa masa yang tak tepat. hahaha
aku dikehendaki membuat 'Jemput - Jemput Godok' aka 'Jemput - Jemput Rebus'
orang jawa yang selalu makan ni, mak aku laa cakap. hahaha
lepas tu goreng cempedak dan buat air teh o. sarapan yang simple tapi diingati. muahahaha

lepas tu petang tadi pergi ke Teluk Sengat makan ABC.
popular kot dekat Kota Tinggi ni. pada aku biasa je tapi orang semua mengagung agungkannya.
aku pon tak faham. ni kalau orang kota baca, mahunya aku di bom dan di campak ke Burma. hahahaha
lepas tu aku order satay. moist gila satay dia sampai memancut air satay tu keluar mulut aku.
tapi sebagai artis, tisu sentiasa ada di tangan untuk jaga kebersihan.
hahahahaha
nah tengok gambar kakak ipar aku upload dalam fb dia.
guna fb laa katakan. fon aku camera pon tak ada. hahahaha


mi hailam tu akak ipar aku yang makan,
dia punya abc tak ada icecream, dan tak ada susu. dia alergik.
yang kanan tu baru betul
murah kot abc nya cuma RM 2.00 je.
tapi ada ice cream. dekat bandar, jangan harap nak dapat harga sales sepanjang zaman ni hah.hahahaha
satay tu 20 cucuk, aku tak tanya pulak harganya. hahaha

eh, cakap pasal satay ni,
aku teringat birthday kawan aku iaitu Masliya Yahya.
Selamat Hari Lahir Masliya Yahya !!! 
walaupun kita dah tak rapat macam dulu, aku tetap belikan kau hadiah tau.
aku beli masa untuk hadiah atiqah. aku beli tudung. 
masa beli aku tengok cantik je tapi dah lama simpan aku tengok macam mak cik mak cik punya tudung.
tetiba aku rasa taste aku dah gila. hahaha
kalau kau nak pakai, kau pakai, kalau tak nak bagi mak kau, kalau tak nak buat kain lap hingus pon tak pe. hahahaha. ada laa jugak gunanya kan?

semoga kau terus bahagia dengan kawan karib kau yang baru
semoga kau lebih kurang sakit hati dengan ada kawan karib kau tu.
tak macam aku dengan tiqa dulu kan? hahaha
entahlaa.. tetiba aku blurr nak wish ape untuk kau masilya.
aku cuma dapat doakan kau sentiasa di bwah lindungan - Nya :)

eh, tadi abang aku ajak pergi Vietnam !
yuhuuuuuu... tapi satu hari je. agak gila di situ ye. hahaha
abang aku redeem dia punya point ape ntah. pergi pagi2 buta dan balik Malaysia esok malamnya.
penat dalam flight pon tak kebah lagi. hahahaha
renew pasport macam tak berbaloi dengan satu hari je.
hahahaha. tapi berbaloi apa kan? 
abah lagi best, 'sampai sana pusing2 dekat airport Vietnam tu, lepas tu korang balik semula sini. hahahaha'
bukan kemain pak cik Ihsan ketawa. hahahaha

dah2. sampai di sini saja episod kali ini
adios ! *sambilgoyanggoyangmontot*
:)

1 comment:

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...