Review Novel: Ombak Rindu | Fauziah Ashari


Salam 1 auw...auw...auw..
hari ni aku baru habis baca satu novel..
memang bapak loser laa sebab aku baru habis baca satu novel ni..kah3
ada aku kisah??
tapi teka dulu novel apa??
mestilah novel yang paling meletup sekarang ni..iaitu Ombak Rindu..!!
tapi kali ni aku baca cover dia yang cover untuk filem punya...
cuba tengok bawah ni...

hah..
itulaa dia..
tapi aku pinjam orang punya seperti biasa...kah3

ermm...aku rasa aku tak perlu perkenalkan lagi penulis rasanya..semua orang mesti dah tahu kan..kah3
tapi yang aku terkejut tu cetakan dia tu hah..dari tahun 2002 sampai laa tahun 2011 wooo..!
hebat..
setiap tahun ada cetakan..kaya akak Fauziah ni hah...

untuk komen...aku pon tak berani sangat nak cakap lebih2..nanti kena hentam pulak..kah3..
tapi ni cuma pendapat aku sajo okey??

disebabkan aku tengok filem dulu dari baca novel jadi expectation aku berbeza sikit...
kalau filem banyak jugak yang dipotong dalam filem tu..terutamnya keluarga tiri Hariz...
tak silap aku tak ada kan dalam filem tu??
dan babak penghujung yang Hariz jumpa mak kandung dia tu...
tapi filem ni pon ada bagusnya sebab dia padatkan novel tu dalam satu cerita durasi hampir 2 jam tu hah...
dalam novel pon ada babak yang meleret2..
aku rasa tak perlu ada pon tak pe...
yang Iza belajar dekat johor...sahabat baik Izzah dalam novel pon tak ada dalam filem..
tapi filem tu pon tak kekok sangat kan??
kita tak boleh nak sumbat semua novel tu dalam satu filem...

ada jugak part2 dalam novel aku rasa tak patut ada pon tak pe..
dan ada part yang patut dipanjangkan...
aku pon tak boleh nak feeling habis dalam novel ni sebab aku dah bersedih dalam filem tu...
jadi setiap perkataan yang aku baca aku bayangkan dalam filem tu..
watak tu pon aku bayangkan sebijik dalam filem...

aku ingatkan Izzah memang pakai tudung dalam novel rupanya tak..
buat saspen je..
tapi watak utama memang layak Aaron Aziz laa..
kalau tak ada Aaron Aziz dalam industri ni..aku tak tahu siapa yang layak....
aku taip ni pon ambil dengar lagu Ombak Rindu..kah3..

jadi kesimpulannya...macam buat karangan SPM pulak..kah3..
filem dan novel ada kekuatan tersendiri..
ada yang menarik ada yang tak..
tapi apa2 pon novel ni best..
sebab ada kelainan jalan cerita =)





No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.