Jangan Bandingkan Kehidupan Sendiri Dengan Orang Lain

Salam 1 Aw Aw Aw,
apa kabo orang kampung semuaaaaaaaaa? haha. dah lama gila tak update blog. hari ni gian pulak nak update blog. rasa macam tak percaya update blog. orang lain pon dah tak bukak blog dah sekarang. maybe aku nak start aktif balik. tak ada lah aktif mana tapi nak aktif semula lah orang kata. at least stalker I adalah kerja kan? haha.

urmm, nak mulakan dari mana ek. sebenarnya macam macam aku nak cerita ni pasal sepanjang aku tak update blog ni tapi aku macam baru je nak kumpul mood kan, so malaslah nak taip panjang-panjang. haha

last entry aku sebelum ni kan cakap aku dapat kerja dekat JB kan? so selepas 3 bulan kerja dekat situ, aku berhenti kerja. Then, aku kerja pulak dekat kilang air abang aku, aku berhenti kerja jugak selepas 6 bulan lebih bekerja. Lama tau 6 bulan tu, aku pon tak percaya. haha. Lepaslah nak bayar PTPTN diploma aku tu. Now, aku dah dapat kerja baru dekat Shah Alam dan start next week. Alhamdulillah. Banyak dah interview aku pergi tapi memanjang kena reject je. Yelah, aku nak kerja dalam bidang yang aku belajar tapi latest position yang aku kerja jauh panggang dengan apa yang aku belajar, so of course most employer reject aku.

so hari jumaat ni pendaftaran aku untuk kerja baru. Nervous gilaaa. kali ni kerja dekat company besar. drama apa lah kali ni. takutttt. 

cerita dari tajuk pulak adalah berdasarkan kerja baru aku dapat, actually lama dah nak cerita dekat blog ni since aku kerja dekat kilang abang aku tu tapi aku rajin nak menaip malam ni adalah nampak sorang batchmate aku dah dapat kerja dekat ASTRO. Jealous gilaaaaa. Aku pernah interview dekat interview tapi kena reject sebab aku tak ceria interviewer tu kata. haha. aku rasa macam down dan sedih gila. Astro tu macam one of the place yang aku teringin sangat nak kerja selepas Media Prima. Dekat Media Prima tu dah tak terhitung jumlah resume aku hantar. Kalau Astro ni leceh sikit. Then, sorang classmate plus beras roommate masa sewa rumah diploma dulu tu dah jadi wartawan paper yang berjaya. Dulu aku nak apply situ but tak ada personal transport so aku hold dulu nak apply so sekarang dah ada transport sendiri, vacancy tak bukak lagi. haha. then aku fikir balik, boleh ke aku menulis? means writing for newspaper lah. so aku pon macam give up sendiri nak apply. haha

then classmate aku yang lain ada yang dah berjaya buat bisnes, kerja tempat yg diidamkan semua. Then aku jumpa satu quote ni, dah lama aku jumpa tapi yang ni version lain sikit sebab aku tak ingat sangat quote tu, "DON'T COMPARE YOUSELF WITH ANYONE ELSE IN THIS WORLD. IF YOU DO, YOU ARE INSULTING YOURSELF" lebih kurang macam tulah konsepnya. Bohonglah kalau kawan kau dapat kerja best, kau tak jealous n terperuk dengan kerja yang kau tak minat. So, kononnya aku macam sedih sikit lah, kenapa diaorang mudah je dapat kerja n aku susah gila nak dapat kerja yang diidamkan. 

Kerja baru aku ni yes dalam bidang masscomm jugak but aku rindu gila dalam broadcasting. Serius rindu nak kerja dalam bidang tu but tak ada rezeki. So aku terpaksa lupakan sementara waktu nak kerja dalam bidang tu dan build a new dreams. Advantages kerja baru ni banyak gila okay. aku pon dah tak ingat apa sebab tu masa interview. So kita tunggu hari Jumaat nanti. Bukan maksud aku tak suka kerja baru ni, kalau tak suka, aku apply buat apa. haha. Dia ibarat kau suka makan nasi ayam mak kau tapi kau terpaksa makan nasi ayam pak abu tapi ianya masih nasi ayam jugak. Eh betul ke perumpamaan aku ni. mampus. haha

Tak sabar nak start kerja baru next week. THE REAL CHALLENGE! haha. So yang tahu aku kerja baru ni cuma bff aku yg laki masa sekolah dengan family je. Nanti lepas dah daftar jumaat ni baru aku bagi tahu. 

So next entri aku nak ceritakan pasal kegilaan aku mencari bilik sewa dekat Shah Alam ni. haha. 

Bye :) 


1 comment:

  1. Just know that , Allah has a better plan for u . Things might be the best in the world but it might be not fr u . Cheerup , although i know this a long entry since ages ago . Dont know how i ended up here by myself . Just keep in mind , Allah knows the best fr u ;)

    ReplyDelete

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.