Result Akhir Pengajian Ijazah!
Salam 1 Aw Aw Aw,
sebenarnya aku nak update entri ni Jumaat lepas tapi sampai dah nak seminggu baru nak update. hahaha 
kononnya nak protes dalam kegembiraan.
AKHIRNYAAAA degree aku  dah  habissssss ! *fireworks*
hanya tuhan je yang tahu betapa strugle nya hidup aku degree ni.
kalau diploma tu aku menangis nak habiskan, degree ni dah tahap meroyan tahu. haha 
dalam gembira pasti ada kesedihan *cewahh* aku tak dapat nak kekalkan ANC masa diploma. Ini sebab result aku sem 4 yang jatuh tergolek menjunam di hempap pokok durian.Masalah dekat result subjek minor aku. subjek  tu  dapat  B (4 credit hour subject) kot . tudiaaaaaaaa jatuh terus dia tarik result aku. Bila semua dapat A, naiknya seciput aje. Nampak tak  permainan universiti ni? haha
Awal sem 
5, semangat aku nak belajar dah hilang tuju kehidupan. Aku dibayangi
 cakap orang, perasaan mak abah, future aku  mana *sekarang pon still
tak  dapat kerja. kahkah*, pandangan serong kawan kawan. Yelah bayangkan
diploma ada  6 sem  tapi  aku boleh survive dapatkan ANC tapi  degree ni  4 sem  sahaja
*sebab aku penerapan* still tak  boleh kekalkan dekan. Mana tak  aku ibarat
hilang anak haha tapi  aku kena  back to basic iaitu mintak  petunjuk  dari  Allah,
Istighfar, Doa dan kawan. ! Kawan sangat penting ye. Amir lah yang
banyak  bagi  aku kata-kata  semangat untuk  bangun dari  lena, Ingat
lagi  asyik nangis *jiwa sensitip sikit aku ni  woi. kahkah*
je jumpa dia. 
Dia
pesan, Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan aku sepatutnya bangun balik
mengejar Ijazah Kelas Pertama memandangkan ANC tu dah menyimpang jauh. So aku
kembali bangun buat sehabis baik untuk sem 5 dan 6. Aku ada buat entri meroyan
masa result sem 4 dulu. Aku nak baca balik pon takut sebab akan down semula. Haha 
Masa
result keluar hari tu, kawan-kawan yang dapat ANC upload result dia dekat FB
dan Twitter aku jadi down ye. SERIUS! Rasa macam nak off social media selama
seminggu tapi doa sedapkan hati sendiri yang itu rezeki diaorang dan rezeki aku
mungkin lain. 
Alhamdulillah
aku dapat nak mencapai hasrat untuk dapat Ijazah Kelas Pertama. *mercun padi
meletup letup. kahkah* Tapi aku ada dengar CGPA untuk menentukan Ijazah Kelas
Pertama tu akan ditukar dari 3.5 jadi 3.7. Kalau masa aku konvo tetiba dah
bertukar jadi 3.7, tak dapatlah aku kelas pertama. Hahaha. So dah boleh lah
agak result akhir aku cukup cukup nafas je. Hahaha
Mungkin
ada yang baca akan cakap, ‘Eleh, ambik masscomm boleh lah nak dekan semua
bagai, Cuba ambik course lain’, ‘Masscomm untuk orang tak pandai je’ itu
mindset orang yang matang. Masa diploma dulu dulu, masa awal sem 1 dengan 2 tu
butthurt jugak rasa nak melawan je orang cakap macam tu tapi sekarang ni malas
nak ambik kisah. Omputih cakap MIND YOUR OWN BUSINESS (MYOB) haha. So relax je
okay junior yang ambik Masscomm tu, cerca itu akan menjadi alah bisa tegal
biasa. *aku rasa cikgu BM sekolah menengah aku mesti happy sebab siap masukkan
peribahasa lagi. Markah lebih ni weh. Kahkah*
Okay
kembali kepada result aku tu. Sekarang aku tengah menganggur sebab  aku tengah
habiskan ambik lesen dulu baru cari kerja. Nak cari kerja pon takut  sebab 
Ringgit jatuh  kan. Ada ke orang nak ambik aku kerja kan. Haha . Ucapan kejayaan
tu nanti aku update lepas konvo nantilah. Bolehlah  upload gambar  sekali . So
entri ni sebenarnya aku cakap yang aku dah habis belajar dah. Kalau ada kerja
kosong bagi tahu aku. Haha 



No comments: