Artis di Semester Baru !
Salam 1 Aw Aw Aw,
hari ni aku kembali lagi. hoyeahhh.
dah tengok entri sebelum ni belum? hehehe.
okaylah. hari ni baru sempat update.
seminggu dah masuk sem baru.
kenapa baru hari ni sempat update?
isnin sampai jumaat di mana ada masa terluang atau tak ada kelas, biasalah 1st week bukan ada kelas sangat pon kan. sepatutnya aku boleh bukak blog n update tapi hari ahad lepas, pergi Pesta Buku Selangor 2014 dekat SACC tu, beli novel yang aku cari dari sem lepas iaitu 'Suamiku Encik Sotong'. so jadinya masa yang kosong tu, aku bacalah novel tu habiskan selama 5 hari. hahaha.
so baru hari ni sempat nak update. next entri aku update pasal novel tu.
sekejap je rasa dah semester 5.
ramai juga yang tanya DL ke tak, dengan berat hatinya terpaksalah jawab dengan jujurnya walaupun riak muka tak menggambarkan kesedihan yang sebenarnya.
aku macam konsep dah pasrah.
momentum pon dah kurang. hurmm
tak pelah. aku akan cuba naik kan aku punya GPA yang jatuh teruk tu. kalau tak dekan jugak sem 5 ni at least dia naik, tak delah turun je kan. hahaha
cakap pasal roommate, aku dapat geng sendiri, so okay jelah. Azwan dengan Alep.
tapi rindu nak sebilik dengan Amir.
segala luahan hati boleh kongsi dengan dia.
hurmm.
tak pelah. teruskan jelah kehidupan ini. hahaha
lagi satu, beberapa hari lepas ada orang whatsapp aku,
orang yg pernah aku cinta bagai nak gila walaupun dia tak pernah tahu, akhirnya melepaskan aku. hahaha. rindunya lahai. hahaha. dia pon aku rasa masih bahfia dengan kekasih dia kot. yelahh text kejap je pun.
jangan risau, aku dah move on. kadang kadang kita bukan rindu orang tu tapi kita rindu dengan kenangan yang pernah tercipta dulu.
so see you on next entry :)
No comments: