Komen, Kritikan dan Pujian Anugerah Meletop Era 2014

Salam 1 Aw Aw Aw !
aku kembali lagi. hahaha
dah beberapa anugerah aku terlepas untuk buat review
tak ada mood, bila dah lama tak berblogging nak dapatkan mood tu payah ye. hahaha
hari ni aku tak tahu apa yang buat aku nak buat review sikit.

okey, kali ni adalah Anugerah Meletop Era semalam yang di tayangkan di Astro Ria
apa yang aku review ni adalah pendapat aku sahaja dan tak semestinya mewakili seluruh umat Malaysia
apa lagi jom !

1. Pentas: dari segi bentuk memang nampak tu style MeleTOP yang warna warni tapi aku teringat konsepnya lebih kurang dengan Anugerah Blockbuster. Pentasnya aku rasa macam sesuai untuk macam konsert bukan khas untuk anugerah sebab tak berapa nak vogue sangat. hahaha

2. Sekali pandang, macam Nickledeon Choice Awards sebab dari segi warna dan remaja remaja yang terpekik terlolong dekat bawah pentas tu tapi pada aku, aku suka sebab dia meriahkan suasana pentas yang kadangkala hambar. hahaha

3. Opening: Ramai aku baca komen opening gempak, pada okey jugak. seperti biasa meriah. tapi aku memang tak suka lepas opening habis terus iklan sebab bunuh mood penonton. bagilah salam dulu ke barulah iklan. Aku perasan benda ni Astro selalu buat. hahaha.

4. Mula mula pengacara turun pakai tali dari atas. suatu yang menarik penonton. Sebagaimana kecohnya dunia tentang pakaian Neelofa tu. aku malaslah nak komen panjang. hahaha. tapi korang perasan tak yang baju Ac Mizal bertemakan ikan tongkol? hahaha. blazer dia semua ada gambar ikan. hahaha. aku pasti korang mesti ramai tak nampak kan? hahaha. Aku perasan jugak, Neelofa macam banyak blurr dan kadang kadang 'lost' masa mengacara, aku dapat rasakan dia kurang rehearsal kot. Ramai juga kata annoying gaya nabil mengacarakan dan kau tak rasa serabut ke bila Ac Mizal aka Pengacara Jeritan dan Nabil yang suka cakap merapu meraban dan Neelofa tu bercakap atas pentas? hahaha

5. Ada juga yang bising pemenang anugerah diberi 5 patah perkataan je untuk buat ucapan. Seriously aku tak boleh terima sebab penyampai anugerah merepek bercakap atas pentas tu boleh pulak lama lama tapi pemenang nak buat ucapan terima kasih untuk orang undi dia tak sampai 2 minit? CUBA FIKIR?

6. Ada juga yang kata Anugerah Meletop Era ni syok sendiri. hahaha. aku sokong dan aku dah perasan dah lama. pencalonan semua orang Astro sendiri. hahaha. tengok tajuk anugerah pon dah tahu kan? hahaha. Korang tak rasa ke Anugerah Meletop Era ni macam tiru Shout Awards! ?

7.   Paling aku suka dalam Anugerah Meletop Era seemalam adalah PARODI sebelum di umumkan pemenang. kelakar weyhhhhhhh. hahaha. Please astro tolong upload. hahaha

8. Sound: Ramai kata sound tak berapa okey. aku dekat rumah ni pon tak berpuas hati dengan sound diaorang

9. Ada juga yang komen kata live streaming dekat internet mula lambat. dah kalau astro bukan memang lambat sikit ke ? hahaha

10. Persembahan artis? pada aku okey je. cuma Najwa Latif sekarang dah pandai baju ketat. hahaha. mungkin bila dia pakai dress kembang kembang orang kata dia gemuklah apalah, kali ni dia pakai baju ketat. tu je yang aku tak berapa suka sikit. hahaha

11. Dalam banyak banyak anugerah, closing akan ada persembahan artis kan? kali ni lain sikit sebab lepas menyampaikan anugerah meletop top top letop pe jadah entah tu terus habis. hahaha. awkward sikit. hahaha. lain dari lain. 

12. Pakaian artis untuk karpet merah ada yang okey dan ada yang over the top. hahaha. tapi kalau dah ada orang taja, pakai je lah kan? kalau komen lebih lebih nanti kena masuk Propaganza pulak. hahaha

Aku rasa itu jelah kot yang ketara dan nampak di mata
apa pendapat korang pulak?
hahaha

:P


No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.