Emosi Menjelang Konvokesyen !

Salam 1 Aw Aw Aw
tajuk dah boleh buat satu cerpen. hahaha
hari ni aku nak update 'Road To Convocation'. hahaha
sedang tiap insan sedang gembira di hari yang mulia *please nyanyi ikut lagu raya...hahaha*

malam tadi sibuk berwhatssapp dengan masliya
yelaaaa. semua orang sibuk berdating, sibuk makan makan dekat luar, sibuk karaoke, sibuk pergi shout awards, sibuk bersukan,
aku pulak sibuk berwhatsapp sahaja. tak ada life langsung kan? hahaha
dalam whatsapp masing masing sibuk luahkan perasaan.
lega sikit lah hati ni.
hahahahaha

apa yang aku nak cakap adalah pasal konvo aku
sedih gila okay tak ada orang datang untuk konvo aku
sangat sedih
gila sedih.
mak dengan abah tak sihat.
ingat lagi beberapa bulan lepas abah aku ada cakap
"belilah baju melayu warna hitam untuk konvo kau nanti"
ada jugak dia cakap
"tak nak beli baju untuk konvo awal awal ke?"
hurmmm. sumpah sedih yang abah dengan mak aku tak dapat datang.

perkara yang seorang anak nak mak bapak dia datang adalah ketika anak dia sedang berkonvokesyen dan masa menikah.
ni untuk akulah. untuk korang aku tak kisah. hahaha
yup, aku nangis mata darah sekali pon mak dengan abah tak dapat datang.

Isnin: ambik jubah dekat melaka
Selasa: 10.30 am ada kelas dekat shah alam
Rabu: petang bertolak ke Melaka
Khamis: Konvo
Jumaat: Free
cuba cakap bila masa aku nak balik ke Johor untuk bergambar dengan mak aku?
lepas konvo,jubah dah terus kena pulang balik.
dah lah 7 jam perjalanan balik.
hurmmm

bertambah sedih lagi,
adik beradik aku tak ada seorang pon yang datang untuk konvo aku.
semua sibuk kerja.
semua sibuk dengan hal masing masing.
ada aku tanya tu terus tak jawab langsung pon ada.
kalau bercerita pasal politik tu meriah je dekat group whatsapp keluarga tapi bila aku tanya siapa nak datang konvo aku, kakak aku sorang je jawab.
nampak tak permainan mereka? hahaha
hurmmm. ada adik beradik ramai tak bermakna ada ketika kau sedang memerlukan mereka.
sedih nya.

aku berkongsi nasib dengan azwan. ayah dia meninggal dan mak dia pulak sakit sakit macam mak aku jugak.
adik beradik dia pon ramai dan tak dapat datang.

boleh tak lepas ambik sijil tu terus nak pergi,
sedih weyh bila semua orang bergambar dengan family masing masing dan kau?

dan semua orang sibuk cari kasut, baju, seluar, tudung dan segala galanya,
aku pakai baju recycle dalam almari je.
nak pakai letup letup tapi gambar seorang diri je nak buat apa kan?
kekdahnya pakai je apa yang ada, 
tak payah nak membazir. hahaha
*cari suami yang tak membazir. hahaha*

tambah sedih lagi, kekasih hati pon tak ada. hahaha
pak we tak ada, mak we tak de.
kesian hidup seorang diri ni. hahaha
apa nak jadi pon tak tahulah.
hahaha

Selamat Ber Konvokesyen kepada yang menyambutnya ! hahaha
*tarik beg lari ke luar negara*

Chiawww~


2 comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.