Kenangan Artis Berpuasa Di Perantauan !

Salam 1 Aw Aw Aw !
hari ni aku kembali lagi. 
maaflah dah lama tak update blog ni. kesian dekat stalker tak ada bahan cerita nak di baca. hahaha
aku ada masalah sikit beberapa hari ni, kalau ada masa, aku update *padahal aku duduk rumah je, kerja pon tidak. hahaha*
dan aku tahu ada yang guna cerita dalam blog aku ni untuk di kutuk di twitter.
hahaha.
aku sebagai bakal artis kena biasa dengan semua ni. hahaha. 
kalau kita sibuk dengar apa yang orang cakap, kita tak akan kemana.
kalau kita sibuk jaga hati orang tapi orang sibuk kutuk kita, kita pon tak akan kemana.
senang cakap, perhati sekeliling, fikir dulu tindak tanduk kita, cermin diri kita, dan be yourself. 
wahh ! dah jadi pakar motivasi dah aku ni.
aku teringin weyh nak jadi pakar motivasi tapi kadang kadang diri sendiri tak bermotivasi, achaner? hahaha

btw, hari ni dah hari pertama puasa kan?
macam mana semua? ok tak?
hari pertama, tu memanglah bisa sikit. aku pon macam tak larat sangat, dengan haus bukan kemain, lapar tak kira rentak lagu. semua bendalah.
tapi nanti dah sebulan, perut kita jadi biasa.
so, goodluck !hahaha

tapi hari ni aku nak cerita sikit kenangan berpuasa di perantauan.
ekceli, dekat Lendu Melaka tulah. Hello ! Melaka tu pon kira perantauan tau sebab aku duduk JB ! hahahaha.

3 Kali puasa aku dapat merasa dekat Lendu tu tau.
Masa Sem 1, Sem 3 dan Sem 5.

Ingat lagi masa sem 1, kebanyakan buka puasa seorang diri di dalam bilik sambil melayan movie atau lagu Siti Nurhaliza. ada banyak sebab kenapa kebanyakan aku buka puasa sendiri macam Atiqah dan Masliya dia nak buka puasa dengan roommates atau dengan kawan diaorang dan Roommates aku buat hal masing masing. Roommates aku tu budak Asasi, hidup dalam dunia sendiri. hahaha.
Dan masa ni, sumpah syahdu dan sangat kekok sebab dah bertahun tahun kau puasa dengan family tetiba kau buka puasa sendiri. hahahaha.
ni lah roommates aku iaitu Andy (kristian + sabah, dia puasa makan tapi dia minum air, kau tak sakit hati ke? hahaha)  Pok We (orang kelantan ni, peramah orangnya, aku banyak bercakap dengan dia jelah.) lagi sorang aku tak ingat. Pendiam gila nak mampus sampai aku lupa dah nama dia sekarang ni. Sorry wey kalau kau baca bah. (orang sabah bah)

kalau bab sahur pulak, pergi cafe aje. hahaha. Biasalah aku akan pergi sahur dengan Nuo Kewepek Ubi, Faiq, dan kadang kadang dengan Izwan dan Amir kalau tak silap aku.
seronok sahur dengan kawan kawan. Rasa macam berada di Jordan. hahaha
tetiba kan?

Sem 3 pulak, dah tukar roommates, budak asasi tu semua dua sem je. tapi ekceli sangat seronok jugak kawan dengan budak budak asasi ni tapi sometimes quite annoying sebab mereka bajet bagus sebab mereka ni Asasi TESL. gila tak gempak? *mata ke atas tangan ke bahu* 
sem 3 ni aku kenal, kutiey, apai, kecik. Diaorang ni semua budak DPA.
sem ni lah baru aku merasa ada roommates. seronok. Mostly aku buka puasa dengan diaorang dalam bilik je 
sampai kadang kadang aku lupa nak buka puasa dengan Izwan, Nuo dan Faiq. tapi kadang kadang diaorang pon buka puasa dengan BFF masing masing kan? hahaha.
kalau bab sahur masih sama pergi cafe dengan orang yang sama.

Sem 5 pulak dah duduk rumah sewa.
perkara yang aku tak sangka, duduk rumah sewa rasa macam dah orang bekerja.
satu rumah dengan Azwan, Akmal, Naim dan Suhail.
mesti ramai yang sangka aku akan satu rumah dengan Izwan, Faiq, Amir. yup, tu cita cita masa Sem 2.
semu berubah di atas sebab sebab yang tak dapat di elakkan.
buka puasa pon dengan housemate. 
kadang kadang aku rindu kadang kadang aku tak. entahlah.
tapi bagi aku semua sem yang aku sambut puasa dekat melaka ada cerita tersendiri.


Jadi aku ucapkan Selamat menyambut bulan puasa tahun ini !
Puasa betul betul semoga kita peroleh rahmat dari Nya.
:)


*lupakan nampak orang yang tukang ambil gambar aku yang macho tu. muahaha*

No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.