Review Novel: Sayangku Casper | Mazni Aznita

Salam 1 Aw Aw Aw !
dah lama tak review novel kan? sibuk sikit dengan last semester ni.
duit pon dah melayang ke sana kemari.
hahaha. hari tu pergi kedai buku beli kamus untuk final exam paper Translation, kamus pulak dekat JB sedangkan aku dekat Melaka, so have to beli kamus baru. hahaha tapi nasib ada baucar buku tu. dan baki buku tu beli novel. ramai kawan kata novel tu best so, aku pon belilah yang dibantu oleh Azwan dan baki lagi baucar tu, beli Alat tulis Azwan. hahahaha

aku mula mula ragu tau nak baca novel ni tapi selepas di hasut oleh Azwan, aku terima je lah. hahaha
yup. novel kali ini adalah novel Sayangku Casper. sekali pandang tajuk tu macam tajuk cerita hantu kartun tu. siapa remaja yang lahir 90 an mesti tahu.
cerita hantu best wey. korang yang tak tahu tu google je. hahahaha

Sayangku casper ni cetakan pertama adalah tahun 2011 dan sampai sekarang dah ada 6 cetakan, maksudnya memang best lah kan? hahaha
novel ni di tulis oleh Mazni Aznita. 
aku memang tak amek port siapa penulis nya. asal cerita sedap aku baca je lah. hahaha



ok. korang baca dulu sinopsis nya dulu

Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kak tirinya. Demi amanat si granny, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelia de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adilia mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adilia yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.

_________________________________________________________________________________


sekarang kita komen. Apa yang mampu kata novel ni sangat AWESOME !.
kenapa? korang dapat bayangkan tak cerita Cerita Snow White bergabung dengan Cinderella bergabung dengan Romie dan Juliet bergabung dengan Rapunzel dan jadilah Sayangku Casper !.
korang mesti tertanya tanya kan? jadi kenalah baca. hahaha

gaya bahasa dan laras bahasa yang digunakan pon mudah dan ringkas
tapi apa yang aku baca, ternampak ada dua perkataan yang salah di eja,
dan ada satu ayat yang salah sebab aku tak faham dan macam salah tulis tu aku rasa.

latar tempat yang digunakan adalah Kota Paris !
tempat kedua yang aku nak pergi selepas Kota Mekah. mesti korang nak carut aku kalau aku cakap kota paris tu tempat pertama kan? hahaha. aku dah ambil jalan selamat. hahaha

apa yang aku puji dalam novel ni adalah, penulis menghuraikan sesuatu tempat tu dengan jelas jadi korang dapat bayangkan tempat tu dengan imaginasi korang. selalunya penulis kan suka buat heroin akan lari luar negara lepas tu penulis cuma sebut je tempat tu tanpa huraikan jadi dalam novel ni korang akan puas dan buat korang rasa nak highlight buku tu mana mana tempat menarik. serious !


dan sebelum ni ada novel pasal korea , aku ada review novel tu dan dia guna dialog korea dan aku tak puas
tapi dalam ni, korang boleh feeling feeling orang perancis dengan loghat korang sendiri.
banyak gila dialog bahasa perancis. mesti korang tertarik nak belajar.
seious !


novel ni untuk aku hanya ada satu part je yang buat aku nangis sikit. hahaha
aku tak ingat part apa sebab novel ni more too adventurers love story, banyak part buat korang gelak sendiri tapi dialognya cuma dalam hati je. hahaha.
sebab kadang kadang bila kita berbual dengan orang mesti kita mengutuk dalam hati kan kalau ada benda yang kita tak senang kan? dalam novel ni, part macam tu yang buat lawak. hahaha


part yang aku rasa paling sweet dan paling tak boleh lupa adalah hero cerita ni iaitu Tengku Rafique menamakan sebuah bintang dilangit bersempena nama heroin iaitu Tia Adila kepada Theia dan nama tu direkod oleh jabatan apa ntah dekat amerika. gila kau tak terharu? gila kau tak jatuh hati? perkara yang aku tak pernah jangka dalam sebuah novel. Tahniah penulis walaupun aku mengharapkan diaorang kahwin tapi tak, masih bercinta je lagi. hahaha. nak tahu lebih lanjut pasal bintang ni korang kena baca sendiri.


ada part novel ni agak mendatar sikit mungkin penulis masa tu tengah marah anak ke kan? hahaha
jadi lepas tu dah kembali semula. novel ni buat korang nak selak muka surat seterusnya je sebab banyak perkara yang buat korang terfikir fikir dan banyak rahsia yang perlu dibongkar. Ni bukan novel cinta yang berat sampai korang nak nangis terguling guling macam perempuan senggugut bawah katil. hahaha
apa yang korang fikir tak sangka akan berlaku di penghujung cerita.


pada korang yang dah baca apa pendapat korang? yang belum baca di harap dapat bacalah novel ni.
tak tugi walaupun harganya agak boleh tahan. hahaha
itu sahaja dari aku kali ni.
nanti aku akan review novel lagi. tadi petang baru beli dua novel guna baucar jugak. hehehehe. thanks abang najib *flying kiss*

:)

2 comments:

  1. Serius best baca novel tu rasa macam diri sendiri yang kat luar negara. Tahap imaginasi tinggi.Hehe

    ReplyDelete

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.