Artis Berhenti Kerja !

Salam 1 Aw Aw Aw.
aku tak tahu ni berita sedih ke gembira. hahaha
tapi inilah kenyataannya.
sepatutnya aku nak update semalam tapi penat gila nak mampos. *hiperbola je ye. hahaha*
semalam hari pertama aku bekerja dan semalam jugak hari terakhir aku kerja. hahaha
lancau tak aku? hahaha *baru lah ganas sikit. hahaha*
mesti ramai tanya macam mana aku boleh berhenti kerja.
ada 4 sebab aku berhenti kerja yang munasabah untuk aku.

1. Training masuk kerja pukul 9.30 pagi tapi bila dah habis training, masuk kerja pukul 8. tak sempat wey dari Kota Tinggi nak ke Plaza DNP JB tu. kalau tak jam, 1 jam 30 min dah sampai tapi kalau jam lebih kurang 2 jam baru sampai. semalam aku gerak pukul 7 sampai tempat kerja 9.10 minit. dapat bayangkan tak aku nak gerak pukul berapa dari Kota Tinggi tu? hahaha. tak kan aku nak gerak pukul 5 pagi? hahaha
jadi aku dengan berat hati terpaksa tarik diri.

2. Aku rasa macam tertipu. sebab apa? sebab hari tu aku interview adalah tentang advertising staff, siapa yang faham pasal advertising tu mesti faham situasi aku sekarang ni. Rupanya kerja aku ni lebih kepada jurujual tapi up sikit sebab hari isnin sampai selasa akan promote produk dekat kilang2, syarikat, bukan di tempat awam ok. hari khamis dan jumaat hantar barang yg diorder. lepas hantar barang tu sebelum pukul 5 untuk balik ofis, pergilah jual barang dekat public. gaji basic dapat, komisyen barang pon dapat iaitu kalau kita dapat jual satu produk tu kita boleh dapat rm 8+ atau 7+ bergantung kepada produk apa. hari sabtu pulak adalah kelas teori.

3. Aku tak sesuai kerja jurujual ni, sebab apa? sebab bila aku makan dekat kedai atau lalu lalang dekat kedai ke apa, akan ada orang datang jual barang dan aku tak suka tu semua. aku rasa rimas dan simpati dan perasaan campur aduk segala. Dan tak kan sekarang aku pulak jadi jurujual kan? bila aku tak suka sesuatu apa yang aku buat, aku tak boleh nak perform dengan baik. Ceh, gaya macam pemain bola JDT pulak aku. hahaha. Aku tak kata jadi jurujual tu teruk ke apa ea? itupun kerja halal malahan dapat gaji lebih tau tapi cuma tak sesuai dengan apa yang aku amalkan. Itu prinsip aku. jadi aku tak boleh nak kerja bahagian tu. maafkan aku. *tunduk sedih*

4. Penat. ye, semua kerja penat tapi kerja aku penat gila nak setengah sakaratul maut kau tahu tak? Macam over je ayat aku ni. hahaha. dengan kaki melecet segala bagai. hanya tuhan je yang tahu. d bwah terik mentari menyinari. aku memang tak boleh. sorry.

itulah sebabnya aku berhenti. payahnya lah Kota Tinggi ni.
tak ada apa apa yang boleh di kerjakan. hurmmm.
isnin ni aku ada interview kerja dekat metropolis tower. 
jalan yang sama nak ke Plaza DNP tu. hahaha
tapi ni sebagai customer service. tapi kalau lebih kurang sama jugak aku kena kerja nanti,
aku dah stop cari kerja dekat kawasan JB tu dan aku ingat nak kerja dekat Jusco Tebrau jelah nanti.
habis cerita.
hahaha

sekian sahaja :)

3 comments:

  1. tp jurujual la pencari gaji utk satu2 company kan..

    hebat depa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. you'll find your way...
      chill out...

      Tapi best ape jadi salesperson. dapat belajar banyak benda.
      tapi toksahlah maintain jadi jurujual sampai pencen. try to do something else...

      Business tak minat?? huhu

      Delete

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.