Review Novel: Saat Mata Berbicara | Dyza Ainun

Assalamualaikum,

Kehadapan dinda yang berada di luar negara...hahahahaha...rasa macam tulis surat tidak rasmi pulak, teringat masa sekolah rendah dulu....tulisan dah laa macam cakar harimau tapi sekarang ni macam cakap ayam je..hahahaha...teringin nak ada tulisan cantiqueeeee tapi apakan daya...tangan tak cukup bedung..hahahha
okey2...sebelum merepek ni diteruskan, baik aku komen mengomen dulu...

baiklah, dah lama tak review tentang novel kan???
rindu je rasanya....jadi hari tu aku belilah novel,, tu pon sebab dah gian sangat nak baca...
kali ni aku pilih novel yang lain sikit...cinta yang penuh dengan keagamaan...sebenarnya tak ada laa penuh sangat...tapi antara aku tertarik adalah jugak sebab lain dari yang lain...
aku nak cakap pon payah...

jadi kali ni novel nya adalah Saat Mata Berbicara dari Dyza Ainun...
dah 2 cetakan tau...maksudnya 10 000 dah laris jualan...
hebat !....aku terbayang royalti yang kak Dyza dapat..hahahahaha
aku rasa novel ni ditaja jugak oleh pencuci alat sulit wanita..
korang tengok cover novel...



dah tengok??
dekat belakang pon ada jugak...

baiklah, tanpa membuang masa kak pah nak komen sikit laa ye...muahahahaa..ramli ms busy layan Alyah..hahahaha..

1. kita komen yang baik dulu laa...novel yang penuh dengan pengajaran dari awal sampai habis...ni aku tak tipu...kadang2 ada novel yang hujung2 pengajarannya dan ada yang di tengah2 dan kadang kita tak tahu pon sebenarnya pengajaran atau mesej yang nak disampaikan.

2. Banyak tentang nasihat agama, surah apa yang patut di amalkan masa mengandung, surah apa yang dpat jadi pelindung, surah itu dan ini...bila cakap tentang agama, aku rasa kak dyza cuba nak selitkan satu kelainan agar tak nampak macam buku agama...hahaahaha...aku pon baru tahu lepas baca novel ni...korang tak bosan punya...

3. penuh dengan emosi, bila aku baca sinopsis aku fikir ianya akan sedih sepanjang masa tapi salah, ada masa lawak dan ada masa tidak..tapi bila part lawak tu...memang lawak habis, macam komik pon ada...hahahaha

4. cerita nya mudah difahami cuma kadang2 agak sasau jugak laa sikit..hahahaha...

5. harga berpatutan dengan isi muka surat dan KANDUNGAN buku tu iaitu 25.90..

6. Korang pernah tengok drama MANJALARA dekat TV3 dulu tu tak??...ada sikit2 dalam novel ni..bukan  aku maksud yang kak dyza ni ciplak tapi dari segi perubahan watak heroin yang lama ke baru tu...kalau korang nak tahu, korang kena baca.

7. tapi ada jugak yang tak berapa best sebab banyak jugak kesalahan ejaan...biasalaa tu kan..

8. novel ni jugak aku rasa ada sambungan sebab ada masalah yang belum selesai...macam anti klimaks ...ni yang buat aku tak suka...hahahaha...memang kita dapat agak hujungnya mesti happy ending tapi KALAU ada sambungan mesti laa dalam bentuk novel jugak kan??...mesti ada masalah baru kan??? dan tak kan nak sekeping kertas je??..hahahaha...tu yang buat marah..hahahahahahaha..

9. aku jamin korang tak kan bosan, lawak yang menjadi, dapat rasa macam apa yang watak2 alami..dan hampir sempurna rencahnya...wah..!...macam gaya kak ogy dalam AF puleksss..hahahaa

10. markah: 9/10 ...setakat ni dalam pembacaan aku, cuma dua novel je yang dapat markah ni... =)


jadi..kepada para pembaca, cewah..sempat promote kak dyza punya novel ni...boleh dapat komisen tak??..hahahaha
di atas tu hanya komen aku saja...
kalau ada yang terasa hati mintak maaf okey??
cau cau cincau...pap! pap! oley !


4 comments:

  1. assalamualaikum... novel ni memang superb sbb terkesan dgn kebaikan qalesya... ada ke ibu yg sanggup tgglkan anak dia.. =). terbaik la novel ni.

    ReplyDelete
  2. I don't create a leave a response, however I browsed a few of the comments on "Review Novel: Saat Mata Berbicara | Dyza Ainun". I do have 2 questions for you if you tend not to mind. Could it be simply me or does it look like like a few of the comments look like they are coming from brain dead folks? :-P And, if you are posting on other social sites, I would like to keep up with you. Could you make a list of the complete urls of all your social community pages like your Facebook page, twitter feed, or linkedin profile?

    my web site hair removal

    ReplyDelete
  3. Saya baru habis baca novel ni. Ending tergantung. Ada part 2 ke?

    ReplyDelete

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.