Ministry Of Moment (MOM) Ledakan Seni Fotografi !!!
Salam 1 auw ... auw ... auw...
sejak belajar dalam bidang foto komunikasi atau english education nya adalah Photo Communication masa sem 4 ni...
teruja je tengok segala gambar yang cantik - cantik dan kononnya nak ambil gambar macam tu nanti..
tapi tu angan2 mat jenin je...hahahaha
jadi mat jenin mampu tengok gambar orang yang cantik2 je...hahaha
jadi hari ni aku nak memperkenalkan satu syarikat fotografi ni..
tapi aku rasa kumpulan ni makin terkenal...
sejak berjaya mendapat tempat pilihan artis untuk ambil gambar perkahwinan mereka...
sebelum tu aku nak bagi pantun sikit..
tak tahu laa kena ke tak kena...hahaha
okey...aku nak jual pantun ni..
ada orang nak beli tak???..hahaha
dengar baik2...
Tempat cantik tidak terperi
Gambar berseni pilihan pasangan
Ministry of Moment perkenal diri
datang ke hati memberi saingan.
hah...amacam ???..tergugat tak mukadimah aku entri aku hari ini???hahaha
baiklah Ministry of Moment atau singkatannya adalah MOM adalah syarikat yang merakam kenangan yang korang nak...tak kisah laa event apa pun..bukan MOM iaitu
mak yang dekat rumah korang tu ea??..hahahaha...dan bila sebut Minis
try ni bukan menteri dalam kabinet tu ea??.cuba korang bayangkan ada satu Menteri yang hanya uruskan bahagian fotografi??..mesti comel kan??? =)
aku usha MOM ni dah lama tapi buat tak tahu je mula2..*ayat ganas ni...18PL ye..hehehe*
macam mana aku kenal???
yelaa..dekat Malaysia ni je dah berapa ribu yang buat macam ni kan???
aku kenal masa tengok gambar artis2 kahwin...
tapi artis yang mebuat aku betul2 mengintai MOM ni adalah perkahwinan Ally Iskandar dengan isteri dia..antara gambarnya adalah
comel kan?? =)
aku jenis suka gambar yang candid..
sebab aku rasakan gambar candid lebih banyak bawak keihklasan dan kejujuran sebab kita tak tahu bila gambar kita kena shoot...
pada aku MOM ada buat macam tu..
kalau nak sebut MOM ni layak ke di panggil "MENTERI"??..
pada aku layak??sebab apa??..
mak aku cakap kan..kalau kita nak tahu kalau kedai makan tu sedap atau
tak, kita tengok kedai makan tu ramai orang ke tidak...
jadi MOM dah buktikan yang terbaik sebab kenapa?? sebab ramai dah yang pilih MOM termasuklah artis dekat Malaysia ni sebagai jurugambar untuk merakam segala momen yang indah dalam hidup mereka...antara artis selain Ally Iskandar, ada Tomok, Umie Aida dan ramai lagi laaa senang cakap...tapi bukan artis je tau..orang biasa pon ada...
bukan setakat gambar kahwin,
gambar event,
gambar cukur jambul,
gambar berita,
gambar travel
dan semua gambar boleh laaa..eh..macam aku pulak tuan syarikat...hahaha
kalau korang tak percaya yang MOM ni terbaik...
MOM dah keluar dekat Majalah HARMONI edisi MAC 2012 tau.. bak kata mak aku jugak, makanan yang sedap mesti keluar dekat tv macam Jalan - Jalan Cari Makan untuk promosi kedai tu =)
tengok bukti bawah ni
perasan tak kalau korang pergi ke kedai makan mesti ada tema kan??..kalau kedai makanan melayu mesti tema rumah kayu kalau makanan thailand mesti warna emas dan kalau MOM warna tema warna Kuning...aku rasa mereka ni pilih warna kuning untuk MINISTRY OF MOMENT mesti untuk menunjukkan keagungan setiap gambar yang diambil dan syarikat yang utuh ...hebat jugak bayangan aku ni...hahahaha
eh,
korang nak tahu tak??..mak aku pon ada cakap tau...makanan yang sedap adalah hasil
dari bahan2 yang berkualiti jadi setiap gambar yang cantik mesti ada orang kuat dibelakang nya kan???
dalam MOM ni mereka panggil setiap seorang tu askar tau !
mestilah senapang mereka tu kamera =)
jadi antara askar yang sanggup menumpahkan setitis peluh untuk menangkap momen yang terindah adalah:
CEO - Shafiq Akmal
COO - M Ahnaf
Admin
- Apas Ayop
Designer
- Shah Putera
- Amin Razali
- Wafi Abu
- Abd Khalid
Photographers
- Shafiq Akmal
- Fuad Topa
- Iryma Idris
- Syuk Ablil
- Shah Putera
- Amin Razali
- Wafi Abu
- Syafiq Azahar
jadi itu lah tentera yang hebat sebagai benteng MOM untuk terus berdiri teguh
.
hah pada siapa yang nak tempah MOM ni boleh laa pergi ke fb atau laman web MOM ni
kalau nak pergi ke fb boleh klik SINI
dan kalau nak pergi ke laman web boleh klik SINI...
kalau takut mana satu yang betul atau ada yang palsu ke kan??...
tengok gambar print screen bawah ni:
sebelum tu kita tengok dulu antara gambar yang aku suka..
gambar ni aku dah gabungkan dekat photoscape..
senang sikit nak tengok..hehehehe
dua gambar atas ni aku sangat suka...sangat unik.. =)
gambar atas ni pon aku suka sangat..
sebab nampak meleleh makanan ni semua...!!!
hahaha
kalau kita tengok tv, rancangan makanan, tak kan kita nak tengok dari jauh je kan??..mesti laa nak cuba tengok dengan mata sendiri dan nak rasa sendiri
hah jadi kalau nak tengok gambar2 yang ditembak *photoshoot...hahaha*
atau nak cuba perkhidmatan meraka ni
boleh je pergi terus ke kedai kedia mereka..
tengok peta bawah ni...alamat pon ada
MINISTRY OF MOMENT
level 8,
retail office block,
Pavilion KL,
168 Jln Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel: +603 - 91710707
MINISTRY OF MOMENT STUDIO
6 - 3A Velodrome Biz Park,
Jln Dataran Velodrome,
Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur
Email: admin@ministryofmoment.com
inquiry booking: inquiry@ministryofmoment.com
www.ministryofmoment.com
Mon - Fri : 10. 00 am - 6. 00 pm
aku akhiri dengan pantun jugak laa ea??
Ministry of Moment penyeri hati,
jadi, apa tunggu lagi ??? hihihi =)
UPDATE:
sila tolong LIKE di sini ye?? =)
No comments: