Review Novel: Akhirnya Aku Kahwin | Herna Diana

Salam 1 auw...auw..auw
hari ni aku nak update pasal novel pulak...
rindu nak bercerita pasal novel...
novel ni dah lama aku habis baca..
minggu lepas...
bosan duduk dalam bilik sorang2 layan laa novel..
seperti biasa Bank Novel aku adalah aisyah..kah3
lap u so much laa...kah3

novel kali ni adalah penulis yang cukup terkenal...iaitu Herna Diana..
alaaa...penulis novel Cinta 3 Suku tu??...novel tu masih mendapat no 1 di
hati aku..kah3..
belum ada novel yang dapat mencuri takhta no 1 tu..kah3


tapi ni novel kedua beliau iaitu Akhirnya Aku Kahwin dari Karangkraf...
novel ni macam kurang dapat sambutan sebab cuma 2 cetakan je..
sebab basic cerita ni perempuan gemuk suka dengan orang handsome..
dan akhirnya orang dapat agak...
novel kali ni pon penulis ambil pendekatan yang sama lebih kurang novel yang pertama iaitu mula2 gaduh dan benci sakan lepas tu kahwin..
tapi ada beberapa plot tu lain sikit...
nampak menarik..
ada jugak plot yang meleret..aku pon skip sikit laa..kah3


mungkin novel ni kurang laku sikit sebab orang dah agak ending dia..
abnyak novel macam ni dekat luar..
tapi ada jugak yang lain sikit dalam ni...
aku rasa antara yang boleh diperbaiki adalah cuba fokuskan lebih sikit pada cerita bahagian hero dgn heroin..dan kurangkan sikit cerita pasal abang angkat heroin ni hah..
kadang2 aku rasa macam cerita ni lebih kepada abg angkat dia je..

dalam novel ni pon ada babak chat dalam fb...
tu pon boleh di perbanyakkan..dalam bidang novel ni kreativiti sangat penting =)
novel ni pon ada satu babak sedih gila..masa mak dengan ayah heroin meninggal...
bapak banjir air mata aku keluar...nasib baca sorang2 dalam bilik..kah3
aku pantang betul orang cerita pasal mak bapak..kah3


tapi apa yang aku nampak dalam novel ni..
penulis buat macam heroin ni macam tulis diari...
nampak lain sikit...jadi kita macam baca luahan perasaan macam gitu laa..
betul tak penulis???...hahahaha..macam laa penulis tu baca kau punya review mengalahkan A Samad Said ni..kah3

tapi yang aku tak dapat bayangkan seorang gadis berbadan gempal dapat kahwin dengan seorang laki yang hensem, tegap lagi kaya...hurmmmm
bila korang baca muka surat2 yang dah nak dekat habis tu..
sangat sweet....sumpah sweet..!..kah3

jadi kalau korang nak baca teruskan okey??
kepada penulis, karya yang baik...buat novel yang ketiga pulak ye?? =)
ni semua hanya pendapat ye korang...jangan korang baling batu depan laptop korang sebab benci aku punya review ni..kah3
=P

jom singgah blog penulis =)
tekan sini

No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.