Rasa MELAMBUNG di puji...!!!

Salam 1 auw...auw...auw...
aku makin nak mengamuk sekarang ni..
aku nak upload bergambar dengan siti pon tak boleh...
gambar tak keluar...
kau nak aku smackdown ke blog ni...
haishh...menguji kesabaran seorang insan yang berjiwa sensitif ni tahu tak??
lantak kau laa blog..!
*nampak ganas tak??..plastik tak??..kah3*

hari ni dapat keluar dari kepompong bilik JBT 2104
keluar cari bahan untuk esaimen tadi kejap..
cari bahan dekat POPULAR...
kena interview syarikat publication nanti..

tu tak kisah laa..
selepas pergi survey dekat POPULAR dan cuci mata cari jantan di setiap kedai...
menyepahkan baju yang siap dilipat di setiap kedai baju...kau PADINI ke..F.O.S ke...ada aku kisah ??...kah3
setelah belek baju di setiap kedai dan menyusahkan orang lain..
pergi ke beli barang2 seharian pulak..

si Atiqah pergi bahagia losyen..aku dengan A'ah pon ikut je laa...cara orang tak da duit..ikut belakang bontot orang tak ada duit je laa...kah3
baru berdiri satu minit dah jurujual datang...
nasib peramah...aku menyampah jurujual yang menyibuk macam ingat kita nak curi barang dekat situ..
semiskin aku pon...tak ada nya nak curi segala bagai tau...
kalau tak mampu buat cara tak mampu...aku guna tester je tau??..kah3

lepas tu akak tu bagi aku try losyen Eschanter ke jadah laa nama dia...kah3
dia yang picitkan....
jari dia bersentuhan dekat tangan aku....mengikut Islam haram...mengikut suasana dan situasi aku tak tahu hukum dunia dia apa..kah3
lepas tu dia cakap "eh,lembutnya tangan dia..."
kau tengok??...tangan aku lembut tau...
dulu selalu pakai losyen jugak...tapi bila dah habis malas nak beli..
lagipon tangan aku ni jarang amat sangat buat kerja2 lelaki ..korang faham2 je laa..
tak kan aku nak terangkan jugak kan??

patut laa ramai suka nak pegang tangan aku tak kira laki dan peremmpuan..*blushing*
tapi memang ramai yang puji...
rasa berbunga jugak...
bunga cempaka ada teratai ada...kah3

rasa macam tak berbaloi update entri cuma nak cakap tangan aku lembut je kan??kah3



note:aku beli pencil box, biskut beras cap jusco, ayam chicken chop cap jusco, surat khabar, cool blog,pen satu dan buku tulis 70 sen satu (untuk catit survey..kah3)..tu je kot??...miskin -__-'


No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.