Review Novel : Hanya Dia Tahu | Aleya Aneesa
Selamat petang dan salam 1 auw..auw..auw semua…!!
walaupun berukbeng tak boleh guna fiz tetap update blog tapi guna berukbeng org lain..hehehe
tapi petang ni fiz nak review sikit novel,,seperti biasa laa kan…tapi da hari tu ada seorang hamba Allah ni cakap dekat fiz dalam fb cakap seronok tengok fiz review novel dan jarang laki review novel…sebab jarang laa fiz buat…hehehehe..apa2 pon terima kasih ye???…segala komen dekat blog ni fiz terima je…
dah2..sebelum melalut lebih panjang kan…tajuk novel petang ni adalah Hanya Dia Tahu yang ditulis oleh Aleya Aneesa…untuk pengetahuan semua ni novel lama ye???..bukan novel baru..seperti biasa fiz pinjam dari Aisyah..hehehehehe…cetakan pertama novel ni pada tahun 2009…lama tu..!!…Aisyah yang rekomen dekat fiz suruh baca..sebab dia tahu macam mana citarasa fiz…cerewet sikit…kah3…
novel ni diterbitkan oleh Alaf 21…banyak jugak novel yang best diterbitkan dekst Alaf 21 ni…tapi ikut pendapat masing2 laa kan…
fiz malas sikit nak taip sinopsis nya…hehehehehe…tapi fiz simpulkan sikit je laa ea??..untuk korang segarkan ingatan kalau dah baca…ni tentang Nasuhah dan Arian sahabat baik..Ariana padankan Nasuhah dengan abang dia iaitu Zaen Luthfi tanpa pengetahuan Nasuhah menyebabkan Zaen serang Nasuhah dalam fon supaya jauhkan diri…padahal Nasuhah tak taju papepon…
Sampai satu majlis ni Zaen jatuh hati dekat Nasuhah yang dulu dia kutuk…yelaa dalam fon mana nampak muka kan???…untuk info korang…Zaen ni dah bertahun tak jumpa Nasuhah walaupun sahabat baik adik dia sebab Aen ni sambung belajar dekat UK…
Macam2 cara Zaen nak dapatkan Nasuhah sampai cara kotor pon dia gunakan…pada masa yang sama hadir Rezuan kawan lama universiti Nasuhah dan Ariana….Ariana jatuh hati dengan Rezuan dan Rezuan pulak jatuh hati dengan Nasuhah…macam mana dengan Zaen???…adakah Nasuhah pilih Rezuan??..macam mana pulak dengan Ariana?? dan macam dengan Persahabatan diaorang???…nak tahu lebih2 baca sendiri…penat fiz taip ni tau…kah3…
Apa yang fiz dapat simpulkan novel ni..ada beberapa perkara yang tak logik sikit…tapi fiz tak sure bahagian mana dan ada longgar sikit jalan ceritanya…yang fiz tak suka dalam novel ni adalah penulis buat kita marah2 sendiri macam orang gila bila Zaen tak faham bahasa bila kena mrah dengan Nasuhah dan Nasuhah yang agak pending sikit..serta Zaen yang tahu nak hormati maruah perempuan…kah3…yang fiz suka pulak penulis buat macam mana sebenarnya nak ngurat perempuan sebab bukan semua perempuan mudah dan “murah” untuk didekati…kita ada agama kan???…sebelum buat sesuatu tu kena pikiaq habis2…hehehehehe…….tapi seronok laaa sebab cerita ni lain sikit dari cara nak ngurat perempuan……ada beberapa part yang sedih dia tak menjadi dan ada part yang yang menjadi jugak…..ermmm…nak komen lebih2 pon tak berani…kih3…jadi fiz bagi 4 per 5 markah…..tapi memang tak rugi laa siapa yang beli…
dengar kata penulis pon dah keluar dengan novel baru…Kasih Benar Kasih…fiz baca sinopsis pon boleh tahan….
Hafiz : gambar muka depan novel boleh cari dekat mak cek Google ea???kih3
No comments: