Tuesday, December 24, 2013

Happy Birthday Artis Yang Ke-21 !!!

Salam 1 Aw Aw Aw
dah lama tak update blog ni. hahaha
terbiar gilaaaaaaaaaaaaaaaaa okay.
memang tak ada masa nak update blog ni
aku tak tahu senior aku sempat update blog dia.
sekarang ni study week lepas tu final exam lepas tu cuti sem !!!
kalau ada masa gap final exam nanti aku update blog, kalau tak sempat, cuti sem nanti aku update!
banyak cerita aku nak kongsi dengan korang.
yang setia baca blog aku ni terima kasih.
yang kutuk blog ni pon terima kasih :)

tapi hari ni aku update juga sebab hari ni adalah birthday aku !!!! yay!!!
Happy Birthday Hafiz Jauhari yang Ke-21!
TAHNIAH kau masih hidup selama 21 tahun walaupun dosa berkepuk kepuk Allah tetap bagi kau hidup tapi pahala masih kurang. Niat untuk berubah menjadi lebih baik tu ada.
In Shaa Allah.

seperti tahun sebelumnya, tak ada yang menarik tentang birthday aku.
yelahhhhhhhhh 24 December masa cuti dan siapa pulak yang kisah dengan birthday aku kan?
hahahahaha
tapi tahun lepas Mak aku belikan kek birthday tapi kongsi ramai ramai sebab ramai menantu dan anak dia sambut birthday bulan 11, 12 dan 1 tahun depannya jadi sambut sekali semua.
best memang best tapi dah tak ada eksklusif. hurmmm

tahun ni pulak? lagi menarik. hahaha. aku balik cuti study week hari sabtu lepas dan aku ingat birthday aku hari Isnin tapi rupanya hari ni, hari Selasa. hahaha
lepas tu aku kelam kabut balik Shah Alam semula hari ini sebab  aku ingat Khamis adalah 27/12 sebab aku kena hantar report comm research group. Dah sampai Shah Alam, kawan aku tegur yang 27/12 adalah Hari Jumaat, menangis tertonggeng aku dibuatnya. hahaha
salah tarikhnya, kalau aku tahu aku balik hari rabu.
kakak ipar aku dengan abang aku buat surprise belikan kek untuk aku tapi bila dia balik rumah aku dah tak ada sebab aku dah balik Shah Alam, masa tu aku ada dalam bas on the way nak pergi ke larkin. Menangis weyh dalam bas sebab diaorang upload gambar dalam whatsapp family.
semua orang tengok je aku, peduli apa aku. Siapa tak terkilan tak dapat potong kek sendiri? dek kerana tersilap tarikh diatas kealpaan sendiri?
mak aku wakilkan diri aku potong kek.
sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

sebelum tu, mak aku ada kata masa nak hantar pergi bus station tu, "alamak, tak ada kek lah untuk kau dik" aku jawab "tak apa, tak kisah" dalam hati aku memang tak kisah as long as mak aku ingat birthday aku tu pon dah cukup bermakna dan dapat tengok muka mak aku pon dah cukup bahagiakan aku.

bila sampai Shah Alam tadi, aku ajak Myrer (classmate aku pick up dekat bus station Shah Alam Seksyen 17) pergi Secret Recipe sebab aku nak beli kek sendiri. Tak pelah, nak tunggu orang belikan memang dalam mimpi jelah. beli sendiri, makan sendiri, nyanyikan lagu birthday sendiri, habis cerita. Aku belikan kek untuk Myrer juga sebab hari tu birthday dia aku tak bagi apa apa pon. hahahaha. sampai bilik, makan kek dengan Amir. Tak ada selera sangat pon. huhuhu

kalau tidak aku tak balik Shah Alam lagi sekarang ni, aku rancang nak balik Shah Alam hari Jumaat nanti
tapi hari tu Comel whatsapp aku yang dia nak pergi vacation dekat Phuket dengan family dia,
yang E'ah pulak, ayah dia baru balik Umrah hari ni,
aku baru ingat nak suruh Comel printkan n hantar report tu dekat madam sebab dia paling dekat dan aku boleh balik lewat dan boleh pergi bercuti tapi bila dia dah whatsapp macam tu, tak sampai hati pulak aku.
so aku terpaksa cancelkan vacation + birthday celebration aku dekat Singapore + Legoland.
sekarang aku di Shah Alam siap sedia compilekan report n buat semua tu nanti
hurmmmm. tak pelah. aku tak naklah rosakkan kebahagiaan orang lain. aku nak semua orang enjoy.
aku boleh pergi tempat tu lain kali kan? huhu.

ada satu tahap aku dah tak kisah orang nak wish ke tak nak sambut ke tak nak bagi hadiah ke tak pasal birthday aku.
i don't give a fuck anymore. hahahaha. jantan gila ayat. hahaha
mungkin aku dah 21 tahun dan orang akan lupakan juga birthday aku. hahaha
tadi, masa sebelum makan kek yang aku beli tadi tu,
aku wish dalam diri sendiri untuk buat SEMUA ORANG DISEKELILING AKU BAHAGIA.
yup. seberapa aku mampu. aku tahu apa perasaannya bila orang lupakan kau. orang tak sambut birthday kau segala semua.
aku dah lali orang tak kisahkan aku, tak ingat pon birthday aku sebab aku selalu ingatkan diri aku yang Allah akan jaga hati aku dan buat aku bahagia dari aspek lain pulak.
buat orang lain tersenyum dah cukup untuk aku.
buat lawak bangang untuk orang lain ketawa.
buat lakonan bengong untuk orang lain tersenyum.
hahaha. aku kadang kadang tak percaya yang orang kata aku ni lawak.
sebenarnya aku adalah orang yang serius dan tak lawak langsung. hahaha
aku tak nak semua orang sedih dan stress, biar aku sorang je yang ada perasaan macam tu.

tapi kawan baik aku masa sekolah semua wish, aku okey. Nasib wish tau.
kawan baik masa U? Tiqah tak wish pon. sedih jugaklah. Nasib Mas Comel E'ah dll wish tau. hahaha
kalau tak, sentap. hahaha

dah lah kekasih pon tak ada, ada kekasih kena tinggalkan cari orang lain.
hahaha. teruk gila aku ni. sambut birthday sorang sorang.
tak ada orang nyanyikan lagu birthday untuk kau.
tak ada orang buat kau ketawa
tak ada orang nak dengar masalah kau.
tak ada......................

Google je yang ingat dengan aku. Thanks Google walaupun kek kau tu tak boleh di makan. hahaha



Selamat Hari Lahir Hafiz Jauhari.
Semoga kau lebih tabah okay.
Jangan kuat sentap sangat. Berdikari sikit.
Jangan lembik sangat.
Jangan nak nangis je kalau ada masalah. hahaha. bukan boleh selesaikan pon.
Ilmu akhirat bila nak kumpul? hahaha
 Jumpa lagi entri yang sama macam ni pada 24 Disember 2014. Kalau itu pun hidup lagi. hahaha


Note: btw 27/12 ni birthday Comel, dia mesti dah ada dekat Phuket but aku nak belikan minah ni hadiah tapi tak tahu hadiah apa yang sesuai. Payah tau cari hadiah utk orang kaya ni. hahaha. hurmmm. Belanja makan je okay tak? Tunggulah kerja baru aku bagi hadiah yang mahal dekat dia. hahaha. Sebelum aku terlupa. Happy Birthday Farahin Mastafa aka Comel :) 

 

No comments:

Post a Comment

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...