Sunday, November 10, 2013

Komen, Kritikan dan Pujian Shout Awards 2013 !

Salam 1 Aw Aw Aw !
hari ni sebelum aku nak start buat assignments yang berbakul bakul durian ni
aku review sikit pasal Shout Awards 2013 yang berlangsung malam tadi
aku tengok dekat bilik tv kolej je tau. hahaha
seorang diri.

okay, seperti biasa sebelum aku start review ni,
ni hanya pendapat aku sahaja okay,
kalau nak sentap atau meroyan jangan dekat sini,
hahaha.
pendapat aku yang seketul ni tak mewakili seluruh rakyat malaysia yang menonton.

1. Aku puji pentas Shout Awards kali ni. Menarik dan nampak gahnya macam pentas anugerah. baru lah meriah dan letup. Walaupun ada orang kutuk jarak pentas dan artis yang nak berjalan tu panjang sangat, pada aku ok je. Sempat lah artis tu nak bertepuk tampar dengan peminat yang jerit macam mati anak tu. hahaha

2. lagu selingan untuk untuk para pemenang berjalan dan pertukaran penyampai anugerah sangat hebat. Ada lagu lagu yang aku tak pernah dengar *aku ni orang kampung, selalu dengar lagu caklempong je. hahaha* sangat best okay. 

3. Masa para pemenang berjalan nak naik atas pentas, ada voice over cakap pasal kemenangan artis macam "Beliau kali pertama memenangi anugerah ini" in English lah dia cakap. Macam ni lah aku nak, at least orang ramai tahu sikit fakta dah berapa juta kali menang.

4. Microfon untuk penyampai anugerah cuma sebatang je. Aku yang menonton ni pon rimas tau. Satu satu kepala bertukar, belum lagi yang berebut microfon nak cakap, masa raptai tak kan penerbit tak perasan? apa salahnya letak dua microfon tu? 

5. Ada jugak penyampai anugerah yang annoying buat drama swasta dekat atas pentas. hahaha. Pleaselah, dah nak masuk 2014 tau.

6. Dari segi persembahan, aku suka, walaupun ada jugak artis yang miming. ingat aku tak perasan ke? hahaha. 

7. Dari segi duration, Shout Awards ni mula awal dan habis awal. macam okalah pada aku kot. 

8. Aku patut beri pujian kepada artis yang try cakap English, bukan semua orang hebat pung pang pung pang cakap English.

9. Dari segi sound, ni memang masalah Shout Awards dari dulu. hahaha. dekat stadium memang jelas aku rasa tapi dekat tv, macam tak jelas sangat.

10. Camera shot pulak, sembarang je. hahaha. lepas tu goyang goyang pulak tu. hahaha. Mood nak tengok tu terbatas sikit.

11. Pengacara. Oklah, Cuma macam Razif tu macam annoying sangat. Kalau yang Natalie tu sangat best pada aku dia jadi host. 

12. Kata temanya Eco Cyber tapi sebagai penonton dekat rumah tak nampak apa yang cyber eco nya, lepas tu ulang ulang cakap pasal tema Eco Cyber. hahaha. kalau penonton dalam stadium tu, perasanlah temanya.

13. Pembukaan pulak pada aku ada kelas yang tersendiri. Nice performances.

Ramai juga yang tak suka pasal Shout Awards ni, pada aku, korang kenalah tengok target audience dan objektif awards ni macam mana.
untuk remaja, yang havoc, yang memang untuk terpekik terlolong punya awards,
yang kutuk kutuk ni pulak umur dah 30 tahun ke atas,
hahahaha.

Itu je kot yang aku ingat, pasal review.
yang baik jadikan rujukan dan yang buruk jadikan tauladan.
gitchuuu tagline. hahaha

salah silap, harap di maafi yawww ~
chiaww :)

2 comments:

  1. tak sempat nak tengok, tapi bila baca review ni, mcm nak kena tengok je.
    thanks for the review. btw, nice blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengoklah ulangannya. much better than last year punya awards. thanks :)

      Delete

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...