Monday, August 12, 2013

Ucapan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Artis !

Salam 1 Aw Aw Aw !
aku tak tahu dah berapa lama tak update blog ni. hahaha
mood hari hari nak update tu ada tapi sejak penghujung puasa sampai lah hari ni, sibuk memanjang sebab aku jadi ketua bibik dalam rumah ni. hahaha
hari semua orang dah tak ada dekat rumah dan aku dah siap kemas rumah.
siblings semua pon dah balik rumah masing masing. kerja katakan.
jadi hari ini baru aku boleh update. sebak betul.

jadi sebelum aku nak bercerita lebih lanjut apa yang aku buat hari raya ni, boleh tekan instrumental bawah ni,
baru boleh fefeeling hari raya. hahaha


jadi aku nak mula dari mana dulu ek? 
ok. kita mula dengan pre raya ! gitchuuuu. kau ingat pre wedding je hado? hahaha
tapi ada dua gambar je aku nak letak. ni pon kakak ipar aku yang snap,
aku nak snap sendiri? aku ni bukan Awal Ashaari dan Nora Danish setiap saat apa yang dibuat, di snap gambar lepas tu upload dekat Insta. hahaha.


ni lepat. bukan lepat pisang ke ubi ye anak anak, tapi lepat pulut.
biasanya orang jawa yang buat ni. ni pon 1st time buat.
mak saja mengada nak buat. hahaha. actually mak bagi arahan je. hahaha
bahan nya senang sahajoh iaitu pulut, kelapa parut dan garam lepas tu rebus berapa jam ek. aku dah lupa. hahaha

yang baju merah tu abang aku nombor 5. disebabkan kali ni 1st time buat, berejam weh diaorang berdua ni ikat. hahaha. btw yang pakai kain pelekat kotak kotak pink abah aku.
serius je muka buat. hahaha



ni mula dah sesi memasak. yang paling kanan tu adalah aku. ekslusif weyh aku tunjuk ni. tanpa sebarang make up di oles tanpa editing duniawi dengan rambut kusut masainya. hahaha
ni aku nak tuang minyak masak serunding.
abang aku tu pulak nombor 6 ye dan dia tengah nak goreng ayam untuk masak kicap.
mostly orang jawa kalau raya akan masak ayam kicap instead of ayam maak merah.
gitchuu speaking ! hahaha


hah ! ni pulak dah start masak, bi betul betul okay ! bukan sesaja aku nak letak tangan lepas tu snap gambar. hahaha.
mesti korang pelik kan aku masak pakai kain pelekat, actually aku memang suka masak pakai kain pelikat. sebab bebas ! hahaha. jarang masak guna shortpants dan ditambah pula shortpants aku semua sedang dibasuh, apakan daya, ni jelah yang termampu, tak kan aku nak masak guna boxer pulak?
hahahaha.

rahsia sedap memasak adalah bila masak tu korang kena seksi. nilah rahsia kesedapan aku memasak. hahaha. jangan terkejut kalau Che Ta dan Che Lah pon punya rahsia yang sama dengan aku. hahaha
sambil masak tu bacalah selawat sikit, baca doa doa sikit.
jangan nak menyanyi je. hahaha

itu jelah gambar pre raya yang ada, hahaha
jadi kita beralih kepada hari raya pertama !

raya kali ni tak penuh sebab ramai yang balik rumah mertua masing masing
jadi aku malas nak ambil gambar keluarga. hahaha
jadi gambar sendiri jelah yang penuh. hahaha

baiklah, aku nak buat ucapan raya ni,
tapi aku bagi gambar dulu kepada mereka yang merindukan wajah Anuar Zain ini. hahaha


*ok, ni muka yang telah diedit dan make up di taja oleh Simplysiti, ubat ketiak oleh Rexona, Minyak wangi oleh Gatsby, minyak rambut oleh Revive, sabun mandi oleh Lifebouy, shampoo oleh Follow Me. hahaha*
* baju raya tu warna merah mak ngah, saja tahun ni nak pilih merah terang, boost your confident, trust me. tapi bila kau sembahyang raya, dalam masjid tu cuma aku pakai merah terang benderang ni, mak aih, semua tengok aku macam Aaron Aziz promote Ombak Rindu je. hahaha. tahun depan warna Biru pulak. jom sedondon ? :) *
* tetiba aku teringat dekat Ummi Kalsum iaitu kawan blogger jugak, dalam beriban blogger yang add aku dekat fb, cuma dia sorang yang rajin tegur sambil baling batu dekat fb aku tu. hahaha. dan aku tipu dia yang baju aku ditaja oleh Lord Tailor. hahaha. senang betul kena tipu. ingat Aaron Aziz ke senang nak kena taja? hahaha. maaf ye cik ummi*

ehemmm. bagi perhatian sikit ye. aku nak buat ucapan hari raya ni.

aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang kenal diri ini atau tau tidak. Minta maaf jika kata kata secara face to face ke, dalam blog ke, dalam fb ke dalam twitter ke yang menyinggung mana mana perasaan di muka bumi ini. Minta maaf sebab terngumpat, terfitnah terngutuk terkomen yang melampaui batas. Kalau nak minta maaf sorang sorang memang tak muat satu entri ni weyh. hahaha
tapi apa yang aku nak cakap, kalau aku ada buat salah dengan sesiapa sahaja, aku minta maaf. kadang kadang salah yang aku buat tu dengan sengaja dan tidak sengaja. 
Selamat Hari Raya Aidilfitri ! :)



ni je adik beradik aku yang ada di saat nak tangkap gambar atas ni. hahaha.
yang tengah tengah tu yang sulung.

lepas salam salaman di pagi raya, tak pagi sangat jugak, dah pukul 11 masa tu. hahaha
pergilah ziarah menziarah sanak saudara yang terdekat
raya kedua pulak pergi beraya dekat Taman Perling rumah pakcik lepas tu melepak dekat City Square sampai petang lepas tu lepak dekat Sushi King. Sekali kena bayar bil dekat rm 500 weyh ! hahaha.
makan ramai ramai kan. standard lah tu. hahaha. abang aku yang belanja. siapa suruh belanja dekat Shushi King? hahahhaa.
raya ketiga pulak balik kampung di Labis Segamat dan Parit Kasan Muar.

raya keempat dan sampai hari ni aku mengangkang dekat rumah sambil melayan tetamu yang hadir.
kenapa tak beraya? 1. tak ada orang ajak aku pergi beraya
 2. aku tak reti bawak kenderaan untuk pergi Air Tawar 2 sebab itu tempat tinggal sebenar aku 
3. dekat Kg. Baru Pasak ni tak kenal sesiapa selain dari Fadh dan nadia dan diaorang berdua pulak kerja. So, aku duduk dalam gua jelah sepanjang raya ni. hahaha

baiklah ! itu sahaja untuk entri kali ni,
aku nak tengok meteor shower ni ! hahaha.

Happy Eid Mubarak ! :)









2 comments:

  1. Selamat Hari Raya! :-)

    Best gila raya korang, nak buat persiapan raya pun ada rewang-rewang macam kenduri kahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari Raya juga.

      adik beradik ramai, tu yang masak macam kenduri, rumah bersepah pon mengalahkan kenduri kahwin. hahaha

      Delete

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...