Tuesday, April 16, 2013

Mudahnya Kau Berkata Demikian . . .

Salam 1 Aw Aw Aw.
hurmm. hari yang sedih, petang yang sedih.
tak tahu nak mula dari mana tapi yang penting bukan nak tulis cerpen ke novel ke apa.
korang jangan nak ketawa. 

perhubungan selama ni yang aku harap berkekalan terputus di tengah jalan sekali lagi.
bapak losernya aku. 
tapi entahlah. aku ni banyak kekurangannya. sangat banyak.
aku ingat ada satu kata kata dengan dia, kalau aku putus kali ni, aku tak akan kan kahwin.
yup. mungkin aku akan fikirkan semula kata kata tu.

dia seorang perempuan yang baik. dan aku teringat ada satu hadis yang cakap,
perempuan baik adalah untuk lelaki yang baik.
nampaknya aku bukan lelaki yang baik untuk dia.
dia rupanya pon dah ada orang lain.
dan semestinya sempurna lebih dari aku.
ini takdir.

aku ada baca jugak dalam fb,
seseorang nak berkenal dengan kata kawan dan nak putuskan perhubungan pon dengan kata kawan.
bagus siapa yang tulis ni. huhu.
sekarang ayat tu setepek kena depan muka aku. hahaha
padan muka kau hafiz ! 

hurmmm. aku belajar sungguh sungguh selain dari untuk mak dengan abah adalah untuk dia tapi dia tak tahu tu.
aku buat ini semua sebab nak capai impian pada umur 29 tahun nanti
tapi kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan.

aku tak tahu nak cakap apa,
otak aku kosong sekarang ni.

ni lah lagu kegemaran dia yang dia mintak aku nyanyi tapi disebabkan suara aku yang lain macam dan tak sedap langsung, jadi tak sempat nak nyanyi untuk dia dah.
dah boleh buang dalam playlist aku.


apa apa pon. saya harap awak bahagia dengan orang tersebut.
terima kasih untuk segalanya :)

*makan icecream sambil dengar lagu sedih sedih*

No comments:

Post a Comment

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...