Artis Buka Lembaran Baru

Salam 1 Aw Aw Aw,
maaf dah lama tak update cerita terbaru,
berdasarkan entri lepas, semangat aku dalam segala hal down untuk seketika.
bila fikir balik, sampai bila nak ada dalam kemelut kemurungan sedangkan lagi satu pihak sedang bergembira.
dah 21 tahun dan bukannya budak sekolah menengah nak frust tertonggeng macam dulu.
bila ingat balik, teruk betul perangai aku dulu. hahaha
dah lupakan, kalau orang kata cepat sangat 'recover' , aku ada sebab aku sendiri, tak kan semua nak tulis dekat blog ni, dah tak ada privasi lah hidup aku macam tu. hahaha

untuk pengetahuan korang yang aku unofficially done tamat diploma.
fuhhh lega wey macam kau nak kentut tapi kena tahan sebab ada orang sekeliling tapi kau lari sejauh mungkin dan kau lepaskan. hahahaha
aku tak nak gembar gemburkan aku tamat diploma ni selagi keputusan semester 6 tak keluar lagi.
takut wey. tak silap aku result keluar 6 Mei.
berdebar ni. 
lepas tu dengar khabar interview degree adalah masa 25 dan 26 mei
lagilah nak tercabut jantung ni.
rasa kalau tanggal jantung ni dah boleh buat BBQ. hahaha

jadi sementara cuti ni,
aku nak ambil lesen tapi kewangan keluarga lari bajet,
jadi aku tak kan nak goyang kaki je kan? jadi aku terpaksa cari kerja sambilan.
hari tu pergi cari kerja dekat bandar Kota Tinggi tu aka Pekan Koboi. hahaha
tak ada kerja yang sesuai. mostly semua cari pekerja perempuan.
dan tanya kenapa kalau ramai lelaki jadi perempit dan jangan tanya kenapa kalau ramai lelaki jadi penganggur. ini lah puncanya. semua nak cari perempuan.
kalau jual baju apa salahnya cari pekerja lelaki? idea perempuan dan lelaki berbeza.
baru lah meriah sikit jualan tu nanti. korang tak pernah fikir kan? 
tulahhhhh....

disebabkan situasi tu, aku terpaksa cari kerja guna internet, seperti biasa tak ada kerja yang sesuai dekat Pekan Koboi jadi aku terpaksa cari kerja di sekitar kawasan JB tapi senang dengan laluan bas dan masa sampai ke tempat kerja adalah sesuai.
payah wey. setelah pelbagai interview yang aku jalani. ceh gaya macam ada 10 interview je kan? hahaha
ada dua interview yang melekat dan potensi yang sangat besar.
jadi hari isnin hari tu aku ada interview dan gaji lumayan tapi masih ada interview kali kedua isnin minggu depan. lama kan?
dan tadi aku ada interview lagi dan aku diterima. gaji layak dengan taraf diploma aku.
tapi tak banyak macam interview yang mula mula aku cakap tu.
dan start hari jumaat ni. pukul 9.30 pagi.
huarghhh. pukul 6.30 aku dah kena bertolak dari rumah wey. sebab nak sampai ke sana tu 1 jam 30 minit.
nampak macam awal sangat kan ? tapi aku tak dapat nak agak jadual bas dekat kota tu lagi 
nanti dah lama, boleh lah aku agak nak gerak pukul berapa.
akhirnya sekarang aku dah ada kerja iaitu staff advertising.
dan dapat bayangkan tak kalau aku ditawarkan kerja dekat yang interview pertama tu as Customer Service Exec tu? tapi ada 2nd round tu, macam tak mungkin.
jadi aku tak nak lah yang di kejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
hahaha. lagipun aku nak kerja sambilan je. 4 bulan lebih je pon. so, relax je lah :)

jadi sekarang aku dah bekerjaya,
masa dah makin mencemburui aku melepak di rumah.
pergi kerja awal pagi sampai rumah dalam maghrib macam tu.
lepas isyak dah tidur. hahaha
jadi aku semakin kurang nak update blog ni.
hahaha. kesian kepada para stalker aku.
jangan risau, kalau ada masa aku akan update :)

No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.