Sunday, September 20, 2015

Nak Kerja!

Salam 1 Aw Aw Aw,
lama sungguh tak update, rasanya dah nak dekat sebulan kan. Macam hangat-hangat tahi ayam je aku ni konon nak update hari-hari. hahaha. Aku ingat lagi bila Masliya, kawan aku tanya bila nak start blogging semula? Aku cakap seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri aku akan update hari-hari. Malang tidak berbau, sudahnya payah seminggu sekali nak update blog ni. haha. Yelah, aku ni duduk rumah je, so aku tak ada bahan nak update walaupun tak ada orang baca blog aku ni. haha.

So, hari ni aku update semula. Dari last entri aku update, actually macam macam jadi sampailah hari ni. Seminggu aku tak update sebab aku nervous nak ambik ujian JPJ. Tak tenang ye hidup. Aku ni bukan suka sangat benda yang praktikal. Aku tahu aku ni pelik sikit berbanding lelaki di luar sana. haha. Di tambah pulak aku ni tak pandai bawa motor dan basikal. Ye aku tahu pelik, aku nak explain pon malas. haha. So bila fikir balik, kereta jelah yang aku boleh bawak. Tak kan aku nak seumur hidup susahkan orang lain dan naik public transport. Aku tak hina orang lain ea, jangan salah faham. ngee. Di tambah pulak aku ambik lesen manual! mahu tak menggelatar lutut? Esok nak exam, tidur tak lena aku dibuatnya. haha

Pagi hari kejadian, aku tak tahu sebab nervous punya pasal, masa latihan panaskan badan buat kali terkahir, aku punya bukit asyik tak menjadi. Dalam hati nangis ye. haha. Dah lah aku pulak dapat giliran terkahir, walaupun ketiak becak kepanasan, tetapi rasa sejuk menggigil je. hahaha. Masa ujian bukit tu, 1st tak masuk line kuning tu, 2nd baru jadi. Lagi satu aku kurang suka dengan parking 3 penjuru, memanjang senget ikut tuannya! haha. masa ujian tu pun senget sikit jugak, tanpa berlengah, aku cepat cepat keluar sebab tak boleh park lama lama dekat situ kan. Ujian jalan raya pon lepas sebab keluar pusat memandu tu sikit dan buat u turn, yelah aku orang terakhir kan. Aku nervous jugak sebenarnya ujian jalan raya ni sebab aku tak berapa confident masa nak keluar simpang. haha. So, akhirnya happy ending dengan AKU DAPAT LESEN!!! yahuuuuuuu! Ramai yang terpacaya terutama abang-abang aku, yelahhh diaorang kata aku ni lembikkkkkkkkkkkkkkk jeeeeeee. hahaha.Suka aku bila orang tak percaya kita mampu buat tapi sebenarnya kita mampu buat! 

Ceh! cerita pasal lesen aku je 3 perenggan dah. hahaha. aku nak cerita benda lain sebenarnya. Lepas tu, seminggu pulak laptop aku rosak dan hantar bengkel. Rosak disebabkan aku tertendang laptop ni jatuh dari katil masa nak bangun pagi. Masa nak shutdown tu lama sangat sebab windows update pejadah kan. So aku pon terlelap. Bangun pagi tanpa ku sedari, pammm gedempiang jatuh dari katil. Segar terus mata aku!. hahaha.

So seminggu lepas tu, aku pon start cari kerja. Aku tak cari kerja sebab nak habiskan ambik lesen dulu. Now dah selesai, baru aku start cari kerja. Cari kerja tiap malam sampai malas nak update blog sebab aku macam tak ada mood yelah bila tengok orang lain ada kerja tapi kita duduk je dekat rumah kan. badan pon dah macam tong dram. haha

Akhirnya aku dapat interview kerja di JB! itupun actually kawan aku dapat tapi dia tak minat so, dia bagi aku peluang dan aku dapat! Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii disebalik tu, aku dari beberapa hari lepas nak seminggu lah macam tu aku memikirkan tawaran lain. Masa interview dekat JB tu, aku dapat call dari syarikat akhbar terkemuka untuk interview Selasa ni dengan gaji yang lebih lumayan nyum nyum. kahkah. So aku dalam dilema sama ada nak teruskan kerja di JB atau di KL in case dapat kerja tu. ada pros n cons. kalau di JB memang passion aku tapi kalau di KL lebih kepada gaji. Kalau aku nak cerita pros n cons pasal dua dua ni satu entri tak cukup. haha. Tapi sampai entri ni siap, aku fikir, lebih baik aku kerja di JB sahaja. So orang JB! Tunggu kemuculan saya hari Jumaat ni untuk lapor diri. haaha. 

Okaylah, banyak lagi aku nak cerita tapi tak pelah. nanti entri lain aku sambung lagi.
aku nak tengok AF kejap.
mulai next week tak dapatlah tengok AF sebab rumah sewa aku tu tak ada WIFI dan ASTRO! mohon mereput aku dekat rumah sewa tu nanti! hahaha
Chawwww :)


PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...