Sunday, September 6, 2015

Komen, Kritikan dan Pujian Anugerah Festival Filem Malaysia 27 (FFM27)

Salam 1 Aw Aw Aw,
dah lama tak buat review awards dalam blog ni. rindu jugak nak membebel sorang diri pasal award yang dianjurkan di Malaysia ni. Aku ingat nak start masa Anugerah Lawak Warna hari tu tapi tak sempat tengok. Rumah pakai Astro tapi tak ada yang boleh record tu. Sudahnya start dari award ni lah. Kalau ada ulangan anugerah lawak warna tu nanti aku buat walaupun dah lamaaaaaa lepas. hahaha

Apa pendapat korang tentang FFM27 semalam?
macam macam pandangan kan? ada yang puji ada yang kutuk
so aku rangkumkan sikit apa yang aku sempat ingat dari malam tadi untuk aku taip dalam entri ni. 

Basically, ini cuma pendapat dan pandangan 'kecil' dari seorang penonton.
So kalau kau butthurt harap maaf lah ye.

1. Apa yang aku perasan, ini merupakan penganjuran FFM yang terbaik aku pernah tengok. Classy, Short and Straight to the Point! Gitcheww. Speaking kata kau!

2. Host kali ni pon tak merepek merapu meraban macam award yang sebelum ni. Tapi biasalah skrip membahan satu sama lain. Cliche sangat. Boleh kot tukar lepas ni. Tapi yelah nak buat lawak biar orang segar sikit kan.

3. Pentas. Cantikkkkk. Aku cakap cantik sebab simple dan class. FFM ni beza sikit dengan awards lain sebab macam Oscar dan Academy sikit. So nak jaga standard pentas kenalah kemas dan tak sarat dan tak pelik kiranya macam ada proportion yang sesuai.

4. Kalau pakaian host pulak aku puji. Dari awal sampai akhir cuma sepasang baju je. Pada aku, paling busuk pon kalau host nak tukar baju 2 pasang je untuk tarik semula perhatian penonton. Ini tak kadang kadang ada host baju berbelas pasang, kau ingat fashion show? hahaha

5. Aku suka masa penyampaian awards, penyampai award bacakan sikit tentang award tu pasal apa, siapa yang pernah menang, apa ciri ciri award tu. So barulah orang faham pasal apa. Tak semua orang tahu pasal orang yang bekerja dalam bidang filem kan. Tak ada jugak sibuk bertanya khabar dan baju ditaja oleh siapa. Interesting kan?

6. Aku suka jugak masa pemenang anugerah tengah bangun nak jalan ambik trofi, ada orang bacakan sikit biodata pasal dia. So tak nampaklah 'kosong' masa tu

7. Aku nak thumbs up jugak dekat penerbit sebab kalau korang perasan, kalau ada apa apa 'kecacatan' masa atas pentas macam penyampai award ada masalah or something, camera/visual tv tu terus tukar ke penonton. Ni aku ada belajar sikit masa projek buat talkshow. haha

8. Persembahan untuk malam semalam jugak aku rasa cukup dan tak melarat sebab ni kan pasal award filem bukan AJL. Persembahan tu cukup untuk orang tarik nafas dan relax sekejap. Opening pon just fine untuk aku. Kalau closing pulak terus senyap kan. Maybe patut letak lagu runut bunyi yang menang ke apa supaya tak krik krik. Untuk aku lah. pada aku semalam pon okay cuma "eh dah habis?" haa. macam tu je.

9. Boleh dikatakan FFM ni macam award yang agak berprestij kan? tapi tindakan Shaheizy Sam promote filem dia macam annoying sikit. Dengan pakaian terlalu ringkas tak sesuai dengan majlis. Saje nak tayang biceps lah tu. haha

10. Sebelum tu pulak Fazura menang kan? Aku macam awkwardddddddddd tengok diaorang berdua. Paling tak boleh lupa sebab si Sam tu tak mengaku pernah bercinta dengan Fazura tapi sebaliknya dengan Fazura. Aku tak perasan sama ada Sam ucap tahniah ke tak dekat Fazura sebelum Sam tu mula ucapan dia.

11. Kalau korang perasan, Yana Samsudin menolak untuk bersalaman dengan pemenang malam tadi. Tetiba aku teringat kes Neelofa dulu tu. haha. Bagus tindakan Yana tu nak jaga aurat dan elak bersentuhan dengan bukan muhrim kan.

12. Lagi satu isu semalam aku tak pasti apa yang berlaku iaitu dikatakan persembahan Najwa Mahiaddin dibatalkan saat akhir tapi lepas tu dia dibenarkan semula membuat persembahan. Aku baca dekat twitter lah. Nak korek korek malas. hahaha. Tapi baju najwa tu tak sesuaiiiiiiiiiii walaupun designer nya dikatakan agak berpengaruh. 

13. Ada beberapa pakaian artis yang aku merasakan cukup jelik dan tak sesuai macam Nadiya Nisaa. Dia patut pakai baju yang lebih class sikit dan dah lah badan dia kurus. kalau pakai dress labuh mesti cantik. Baju Erma Fatima pon ya ampun saratnya. Sebenarnya lagi berumur sesorang tu patutnya lagu less dalam berpakaian dan lebihkan sikit pada aksesori. lagi nampak muda dan professional.Ada beberapa baju yang aku rasa kurang sesuai masa red carpet tapi aku ada yang tak kenal. Baju yang aku rasakan cantik, Izaara (walaupun menampakkan dia macam gemuk sikit), Fazura, Cristine Suzanne (tak tahu eja nama dia, malas nak google haha), Sharifah Amani, Vanidah Imran dll.

14. Paling aku tak suka adalah sound system award. TERUK! Mic untuk penyampai award tak jelas. kalau dekat rumah, slow je bunyinya semua sound sampai kena naikkan volume tapi masa iklah terus BOMMMMM kuat sangat bunyinya. Astro selalu macam tu tau. Geram aku, mic host je yang okay. Persembahan pon okay tapi sound untuk keseluruhan acara sangat slow.

15. Aku suka penerima award dapat beri ucapan panjang sikit. Memanglah kita sebagai penonton rasa bosan dengar penerima award ni bebel entah siapa dia cakap tapi bayangkan kalau kau menang sesuatu dan diberi penghargaan untuk berucap? Tak ke sampai nurse yang sambut kau masa mak kau beranak pon kau puji? same goes untuk pemenang ni semua.

16. Biasanya siapa yang tak pernah pergi tengok award live dekat venue tu, masa iklan tu pentas akan menjemput pelawak untuk buat lawak beberapa minit tapi malam tadi waktu iklan dipasang trailer filem akan datang. Macam wayang! haha tapi stail jugak macam tu.

dah itu jelah kot pandangan aku untuk malam tadi,
ada ramai yang cakap bosan macam statik je. Cuba kau tengok Oscar dengan Academy award lagiiiiiiiii bosannnnnnnnnnnn. serius! hahaha
tapi ni kan award berprestij so memang macam ni. abah aku sampai tertido. nak habis sedar pulak. hahaha. pada aku okay. boleh perbaiki lagi tahun depan.

So ni cuma pandangan aku sahaja je.
Nak buat award show bukan senang.
yang tukang judge senang je menaip kutuk dekat social media. hahaha *termasuklah aku*
Congrtas penganjur dan winners! :)

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...