Thursday, August 20, 2015

Result Akhir Pengajian Ijazah!

Salam 1 Aw Aw Aw,
sebenarnya aku nak update entri ni Jumaat lepas tapi sampai dah nak seminggu baru nak update. hahaha
actually ada beberapa problem dengan result aku tu.


dari gambar di atas, bahagian NOTE tu sepatutnya bertulis COMPLETE
tapi tulis PASS pulak. ini maksudnya aku akan ada sem lagi sem depan. 
oh hell no okay ! *maaf mencarut acah acah je. kahkah*
dari situ terus tak ada mood aku nak update apa apa even dekat social media aku yang lain pon aku tak update walaupun secebis 'Alhamdulillah' ngee~
kononnya nak protes dalam kegembiraan.

so a few days ago even lepas aku cek result tu terus aku call fac office nak solve this problem, then akak office kata problem solved tapi tadi aku check still macam dekat gambar di atas. takut pulak aku dibuatnya. kahkah

despite of that, barulah ini entri sebenar yang aku nak cakap. hehe
AKHIRNYAAAA degree aku dah habissssss! *fireworks*
hanya tuhan je yang tahu betapa strugle nya hidup aku degree ni.
kalau diploma tu aku menangis nak habiskan, degree ni dah tahap meroyan tahu. haha
dalam gembira pasti ada kesedihan *cewahh* aku tak dapat nak kekalkan ANC masa diploma. Ini sebab result aku sem 4 yang jatuh tergolek menjunam di hempap pokok durian.Masalah dekat result subjek minor aku. subjek tu dapat B (4 credit hour subject) kot. tudiaaaaaaaa jatuh terus dia tarik result aku. Bila semua dapat A, naiknya seciput aje. Nampak tak permainan universiti ni? haha
masa tu rasa nak stop belajar pon ada yelahhh harapan kau nak pakai selempang tu dan harapan mak abah yang menggunung hancur begitu sahaja. 

Awal sem 5, semangat aku nak belajar dah hilang tuju kehidupan. Aku dibayangi  cakap orang, perasaan mak abah, future aku  mana *sekarang pon still tak dapat kerja. kahkah*, pandangan serong kawan kawan. Yelah bayangkan diploma ada 6 sem tapi aku boleh survive dapatkan ANC tapi degree ni 4 sem sahaja *sebab aku penerapan* still tak boleh kekalkan dekan. Mana tak aku ibarat hilang anak haha tapi aku kena back to basic iaitu mintak petunjuk dari Allah, Istighfar, Doa dan kawan. ! Kawan sangat penting ye. Amir lah yang banyak bagi aku kata-kata semangat untuk bangun dari lena, Ingat lagi asyik nangis *jiwa sensitip sikit aku ni woi. kahkah* je jumpa dia.
Dia pesan, Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan aku sepatutnya bangun balik mengejar Ijazah Kelas Pertama memandangkan ANC tu dah menyimpang jauh. So aku kembali bangun buat sehabis baik untuk sem 5 dan 6. Aku ada buat entri meroyan masa result sem 4 dulu. Aku nak baca balik pon takut sebab akan down semula. Haha

Masa result keluar hari tu, kawan-kawan yang dapat ANC upload result dia dekat FB dan Twitter aku jadi down ye. SERIUS! Rasa macam nak off social media selama seminggu tapi doa sedapkan hati sendiri yang itu rezeki diaorang dan rezeki aku mungkin lain.
Alhamdulillah aku dapat nak mencapai hasrat untuk dapat Ijazah Kelas Pertama. *mercun padi meletup letup. kahkah* Tapi aku ada dengar CGPA untuk menentukan Ijazah Kelas Pertama tu akan ditukar dari 3.5 jadi 3.7. Kalau masa aku konvo tetiba dah bertukar jadi 3.7, tak dapatlah aku kelas pertama. Hahaha. So dah boleh lah agak result akhir aku cukup cukup nafas je. Hahaha

Mungkin ada yang baca akan cakap, ‘Eleh, ambik masscomm boleh lah nak dekan semua bagai, Cuba ambik course lain’, ‘Masscomm untuk orang tak pandai je’ itu mindset orang yang matang. Masa diploma dulu dulu, masa awal sem 1 dengan 2 tu butthurt jugak rasa nak melawan je orang cakap macam tu tapi sekarang ni malas nak ambik kisah. Omputih cakap MIND YOUR OWN BUSINESS (MYOB) haha. So relax je okay junior yang ambik Masscomm tu, cerca itu akan menjadi alah bisa tegal biasa. *aku rasa cikgu BM sekolah menengah aku mesti happy sebab siap masukkan peribahasa lagi. Markah lebih ni weh. Kahkah*

Okay kembali kepada result aku tu. Sekarang aku tengah menganggur sebab aku tengah habiskan ambik lesen dulu baru cari kerja. Nak cari kerja pon takut sebab Ringgit jatuh kan. Ada ke orang nak ambik aku kerja kan. Haha. Ucapan kejayaan tu nanti aku update lepas konvo nantilah. Bolehlah upload gambar sekali. So entri ni sebenarnya aku cakap yang aku dah habis belajar dah. Kalau ada kerja kosong bagi tahu aku. Haha

Wahh. Panjang entri aku hari ni. Haha
Cawww :)

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...