Friday, August 7, 2015

Tips Personal | Perkara Yang Perlu Dilakukan Di Telefon Anda Jika Berlaku Kecemasan!

Salam 1 Aw Aw Aw,
aku tahu tajuk entri agak panjang. Aku tak tahu tajuk apa yang sesuai. hahaha
aku rasa benda ni tengah viral sekarang iaitu bayangkan kalau berlaku sesuatu terhadap korang macam accident atau phone tercicir dan phone kau dalam mod LOCK (terkunci). Sekarang kan macam-macam versi lock phone, ada yang cap jari ibu kaki, scan mata, puzzle cantum cantum gambar, nombor ekor semua. 

So, macam mana orang lain nak contact waris terdekat keturunan kau atau bff kau untuk tolong kalau phone kau berkunci macam peti besi? Jadi ni ada cara untuk kau simpan nombor emergency supaya orang yang jumpa phone kau tu boleh call sesiapa yang patut.

LENOVO:
1. Setting
2. Security
3. Owner Info dan kau masukkan nombor kekasih gelap kau. hahaha

SAMSUNG:
1. Setting
2. Device
3. Owner Info dan kau masukkan nombor telefon emergency untuk tolong kau macam abah kau ke? abang kandung ke? *ayat suci sebab aku pakai samsung. muahaha*

XIOMI:
1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info dan kau masukkan nombor sugar mummy kau. kahkah

Iphone (APPLE):
To set, launch "Health" app & create Medical ID. Dalam Medical ID ni boleh letak semua nombor yang kau rasa bila orang lain call untuk selamatkan kau, dia boleh tolong. Harapnyalah. kahkah. To access the info once Medical ID created:
1. Slide
2. Click Emergency
3.Medical ID dan emergency contact details kau akan muncul.


So, selamat mencuba dan kongsi lah dengan orang lain.
:)


PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...