Sunday, May 31, 2015

Blog Berwajah Baru!!!

Salam 1 Aw Aw Aw,
dah berhabuk blog ni. nak dekat 10 bulan tak update blog. 
gila tak rindu tapi sebelum ni blog ni ada masalah header and layout semua so aku tak ada mood nak update apa apa sehinggalah sekarang blog aku dah wajah baruuuuu. yahoooo !!!

link blog, gambar muka sendiri dan perkenalan diri yang merepek aku mintak buat dsign semua tu dulu dah tak ada. bila ingat balik kelakar jugak. alahai budak budak sangat. hahaha
itu belum termasuk korang baca cara penulisan aku dari tahun 2010 sampailah sekarang.
kebanyakannya masalah cinta jelah. 
sekarang ni kena matang sikitlah kot. hahaha
so kali ni, design blog aku ni masih mengekalkan tema kegelapan sikit sebab kalau nak putih semua macam bosan pulak so jalan selamat guna grey color jelah. 
aku suka kali ni sebab simple je, nak tengok blog sendiri pon semangat sikit
kalau dulu semua benda nak diletak dalam blog ni.
kononnya nak bagi meriah sudahnya serabut sendiri.
hahaha

thanks jugak ada yang sindir blog aku ni dah terkubur ke apa. keji gila okay.hahaha
jangan risau, by the time flies, aku update lah sikit sikit entri yang aku nak buat dari tahun lepas tu. hahaha
ada benda benda sikit lagi nak edit bagi kemas sikit.
perasan tak dekat tab dekat atas tu semua? haaaa. maju kan. sebelum ni mana ada. hahaha

buat masa sekarang aku jarang update sebab aku tengah sibuk prkatikal dekat RTM ni.
nanti bulan puasa aku dah habis praktikal, aku akan buat entri khas pasal internship ni. bila dah tak terikat lagi nanti, nak ngumpat dalam ni pon tak ada isu so simpan dulu semangat nak tulis pasal intern ni.
tinggal lebih kurang 18 hari kot nak habis dah intern ni.
sekarang ni tengan kelam kabut nak siapkan Academic Writing dengan Report Internship.
why on earth kena buat dua benda alah ni masa praktikal

okaylah sampai sini sahaja dulu. hurmmm. macam awkward je gaya penulisan aku ni. hahaha. nak dapatkan rentak tu balik payah jugak. 
dah sebelum aku merepek lagi dalam entri, baik aku sambung buat report academic writing aku ni. Chawww :) 

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...