Monday, August 24, 2015

Rahsia Bulan Kelahiran

Salam 1 Aw Aw Aw
sebenarnya aku suka benda benda merepek macam ni. haha
aku suka baca apa makna bulan atau tarikh kelahiran.
kadang-kadang aku follow jugak horoskop
aku ada terbaca jugak yang katanya haram sebab kita macam mempercayai benda tu kan.
tapi untuk aku, aku suka baca je tapi tak delah nak percaya 100% macam apa kan. tak tahulah korang kan.













So, aku punya bulan 12. Kalau apa yang aku baca, semuanya macam betul. haha. Tapi bab buat lawak tu kurang sikitlah sebab aku ni bukan pandai sangat buat lawak. haha. Buat lawak sendiri ketawa sendiri. So korang punya macam mana?

Credit: FB Fizo Omar

Thursday, August 20, 2015

Result Akhir Pengajian Ijazah!

Salam 1 Aw Aw Aw,
sebenarnya aku nak update entri ni Jumaat lepas tapi sampai dah nak seminggu baru nak update. hahaha
actually ada beberapa problem dengan result aku tu.


dari gambar di atas, bahagian NOTE tu sepatutnya bertulis COMPLETE
tapi tulis PASS pulak. ini maksudnya aku akan ada sem lagi sem depan. 
oh hell no okay ! *maaf mencarut acah acah je. kahkah*
dari situ terus tak ada mood aku nak update apa apa even dekat social media aku yang lain pon aku tak update walaupun secebis 'Alhamdulillah' ngee~
kononnya nak protes dalam kegembiraan.

so a few days ago even lepas aku cek result tu terus aku call fac office nak solve this problem, then akak office kata problem solved tapi tadi aku check still macam dekat gambar di atas. takut pulak aku dibuatnya. kahkah

despite of that, barulah ini entri sebenar yang aku nak cakap. hehe
AKHIRNYAAAA degree aku dah habissssss! *fireworks*
hanya tuhan je yang tahu betapa strugle nya hidup aku degree ni.
kalau diploma tu aku menangis nak habiskan, degree ni dah tahap meroyan tahu. haha
dalam gembira pasti ada kesedihan *cewahh* aku tak dapat nak kekalkan ANC masa diploma. Ini sebab result aku sem 4 yang jatuh tergolek menjunam di hempap pokok durian.Masalah dekat result subjek minor aku. subjek tu dapat B (4 credit hour subject) kot. tudiaaaaaaaa jatuh terus dia tarik result aku. Bila semua dapat A, naiknya seciput aje. Nampak tak permainan universiti ni? haha
masa tu rasa nak stop belajar pon ada yelahhh harapan kau nak pakai selempang tu dan harapan mak abah yang menggunung hancur begitu sahaja. 

Awal sem 5, semangat aku nak belajar dah hilang tuju kehidupan. Aku dibayangi  cakap orang, perasaan mak abah, future aku  mana *sekarang pon still tak dapat kerja. kahkah*, pandangan serong kawan kawan. Yelah bayangkan diploma ada 6 sem tapi aku boleh survive dapatkan ANC tapi degree ni 4 sem sahaja *sebab aku penerapan* still tak boleh kekalkan dekan. Mana tak aku ibarat hilang anak haha tapi aku kena back to basic iaitu mintak petunjuk dari Allah, Istighfar, Doa dan kawan. ! Kawan sangat penting ye. Amir lah yang banyak bagi aku kata-kata semangat untuk bangun dari lena, Ingat lagi asyik nangis *jiwa sensitip sikit aku ni woi. kahkah* je jumpa dia.
Dia pesan, Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan aku sepatutnya bangun balik mengejar Ijazah Kelas Pertama memandangkan ANC tu dah menyimpang jauh. So aku kembali bangun buat sehabis baik untuk sem 5 dan 6. Aku ada buat entri meroyan masa result sem 4 dulu. Aku nak baca balik pon takut sebab akan down semula. Haha

Masa result keluar hari tu, kawan-kawan yang dapat ANC upload result dia dekat FB dan Twitter aku jadi down ye. SERIUS! Rasa macam nak off social media selama seminggu tapi doa sedapkan hati sendiri yang itu rezeki diaorang dan rezeki aku mungkin lain.
Alhamdulillah aku dapat nak mencapai hasrat untuk dapat Ijazah Kelas Pertama. *mercun padi meletup letup. kahkah* Tapi aku ada dengar CGPA untuk menentukan Ijazah Kelas Pertama tu akan ditukar dari 3.5 jadi 3.7. Kalau masa aku konvo tetiba dah bertukar jadi 3.7, tak dapatlah aku kelas pertama. Hahaha. So dah boleh lah agak result akhir aku cukup cukup nafas je. Hahaha

Mungkin ada yang baca akan cakap, ‘Eleh, ambik masscomm boleh lah nak dekan semua bagai, Cuba ambik course lain’, ‘Masscomm untuk orang tak pandai je’ itu mindset orang yang matang. Masa diploma dulu dulu, masa awal sem 1 dengan 2 tu butthurt jugak rasa nak melawan je orang cakap macam tu tapi sekarang ni malas nak ambik kisah. Omputih cakap MIND YOUR OWN BUSINESS (MYOB) haha. So relax je okay junior yang ambik Masscomm tu, cerca itu akan menjadi alah bisa tegal biasa. *aku rasa cikgu BM sekolah menengah aku mesti happy sebab siap masukkan peribahasa lagi. Markah lebih ni weh. Kahkah*

Okay kembali kepada result aku tu. Sekarang aku tengah menganggur sebab aku tengah habiskan ambik lesen dulu baru cari kerja. Nak cari kerja pon takut sebab Ringgit jatuh kan. Ada ke orang nak ambik aku kerja kan. Haha. Ucapan kejayaan tu nanti aku update lepas konvo nantilah. Bolehlah upload gambar sekali. So entri ni sebenarnya aku cakap yang aku dah habis belajar dah. Kalau ada kerja kosong bagi tahu aku. Haha

Wahh. Panjang entri aku hari ni. Haha
Cawww :)

Saturday, August 8, 2015

Reaksi Orang Korea dengan Selebriti Malaysia

Salam 1 Aw Aw Aw
godeh you tube semalam jumpa video ni tentang reaksi orang korea dengan artis malaysia.
Untuk selebriti perempuan kena teka umur, kalau lelaki teka dia kerja apa.
agak comel juga sebenarnya sebab ada yang cuba ngurat nora danish. haha.
kalau siapa yang tak kenal pon mesti akan kata nora danish ni muda lagi tapi sebenarnya dah remaja dewasa. hahaha



shila amzah, amyra rosli, nora danish, emma maembong, hanis zalikha antara artis yang terpilih. actually banyak lagi artis perempuan yang cantik. seronok jugak buat macam ni sebab nak tengok reaksi orang luar tentang artis kita kan. asyik kita je puji artis luar. haha




dah tengok artis lelaki yang dipilih? kot ye pon, letak lah gambar yang terkini, ni semua gambar zaman purba. hahaha
nasib masih handsome lagi. Aku terfikir kejap sejak bila Alex Yoong tu selebriti? hurmmm. Bolehlah. banyak lagi lelaki handsome kot. ehem haha

Okaylah. Chaww :)

Friday, August 7, 2015

Tips Personal | Perkara Yang Perlu Dilakukan Di Telefon Anda Jika Berlaku Kecemasan!

Salam 1 Aw Aw Aw,
aku tahu tajuk entri agak panjang. Aku tak tahu tajuk apa yang sesuai. hahaha
aku rasa benda ni tengah viral sekarang iaitu bayangkan kalau berlaku sesuatu terhadap korang macam accident atau phone tercicir dan phone kau dalam mod LOCK (terkunci). Sekarang kan macam-macam versi lock phone, ada yang cap jari ibu kaki, scan mata, puzzle cantum cantum gambar, nombor ekor semua. 

So, macam mana orang lain nak contact waris terdekat keturunan kau atau bff kau untuk tolong kalau phone kau berkunci macam peti besi? Jadi ni ada cara untuk kau simpan nombor emergency supaya orang yang jumpa phone kau tu boleh call sesiapa yang patut.

LENOVO:
1. Setting
2. Security
3. Owner Info dan kau masukkan nombor kekasih gelap kau. hahaha

SAMSUNG:
1. Setting
2. Device
3. Owner Info dan kau masukkan nombor telefon emergency untuk tolong kau macam abah kau ke? abang kandung ke? *ayat suci sebab aku pakai samsung. muahaha*

XIOMI:
1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info dan kau masukkan nombor sugar mummy kau. kahkah

Iphone (APPLE):
To set, launch "Health" app & create Medical ID. Dalam Medical ID ni boleh letak semua nombor yang kau rasa bila orang lain call untuk selamatkan kau, dia boleh tolong. Harapnyalah. kahkah. To access the info once Medical ID created:
1. Slide
2. Click Emergency
3.Medical ID dan emergency contact details kau akan muncul.


So, selamat mencuba dan kongsi lah dengan orang lain.
:)


Wednesday, August 5, 2015

Sibuk

Salam 1 Aw Aw Aw,
aku muncul kembali. hahaha.
rindunyaaaaa dengan blog ni. dah makeover pon malas nak menaip.hahaha
okay aku dah start menulis balik. malam ni aku nak transfer gambar-gambar dari phone samsung aku yang asyik hang je
niat tu memang minngu kedua raya nak update blog tapi hari ni baru berkesempatan, itu pon memaksa diri sendiri. hahaha
aku sekarang tengah berfikir sama ada nak delete entri entri sebelum ni dan mulakan yang baru atau tak? 

eh, berbalik kepada minggu kedua raya tadi, 
aku sibuk beraya dengan kawan-kawan dan start puasa 6.
bila dah start puasa tu menjadi malas nak menaip. haaha
mana tak nya, bangun tengahari, petang masak untuk buka puasa, malam kekenyangan dan terbongkang. hahaha
hari ni aku gigih update sebab hari terakhir puasa 6.

sekarang ni pon aku tengah ambil lesen kereta, wuuuu~
baru dua kali bawak kereta. aku ambik lesen manual ye
terseksaaaaaaa. kalau aku tahu aku ambik lesen auto je senang. hahaha
tapi di sebabkan sumber kewangan yang terhad, terpaksa aku ambil manual je.
aku dapat rasakan yang aku akan repeat JPJ berpuluh kali nanti.nervous kau  !
hahaha

jadi malam ni, ini jelah aku update.
Esok aku update lagi.
:)


PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...