Sunday, April 20, 2014

Woi ! Ada orang tak?

Salam 1 Aw Aw Aw
hari ni aku teruja nak update blog setelah minum secangkir nescafe.
konon nak update blog kan? tapi hampeh. Sebenarnya aku teringin nak update selalu tapi sem ni double busy dari sem lepas dan of course sem depan akan triple busy. hahaha
sebenarnya semalam baru balik dari cuti midsem.
dekat rumah tak boleh nak buat kerja apa pon weh. stress aku.
adalah buat sikit sejenis melepaskan batuk di tangga rumah. hahaha
so semalam aku balik, siap satu kerja. roommate balik malam ni dengan esok pagi.
cakap pasal cuti midsem tadi, konon sem lepas bercadang nak pergi langkawi bercuti bersama bff tapi non hado. hahaha. sembang je lebih. sudahnya kawan aku tu pergi dengan bff dia masa sekolah. hahaha.
part paling kelakar sem lepas gaduh nak naik air asia ke malindo tapi sekarang malin kundang sajohhh. hahahaha

hah, hari tu senior sekolah dan senior course aku menang lifestyle blog dalam anugerah apa ntah yang baru baru ni tu, siapa kaki blog dia tahulah. blog dia aku penghibur macam tu.
aku pelik dia sempat promosi, sempat update entri tiap masa, research apa yang nak letak dalam entri, update post status dekat fb, eh macam macamlah. 
Congrats bro !
aku ni suka update pasal diri sendiri je. dah nama blog aku, update pasal diri sendiri jelah. ahahaha
kalau nak cerita dekat orang rasa annoying pulak kan? se bffffff mana pon dengan kawan korang mesti akan terdetik di sanubari mereka yang mengatakan 'itu pon nak cerita' 
eleh korang pon sama je kalau kawan korang buat macam tu kan? hahaha
tapi kalau dalam blog, kalau orang kisah, orang baca, kalau orang tak kisah, dia baca tajuk je. hahaha

sebenarnya aku nak buat assignment ni.
tapi lari kejap taip dekat blog ni
sebelum ni ada segmen yang aku nak buat tu kan?
biasalah hangat hangat tahi ayam nanti aku betul betul free (tak tahu bila free busy mengalah Siti Nurhaliza. muahahaaku update lah ye.
btw paling banyak entri aku buat masa tahun 2011. mesti masa tu aku batak. hahaha
paling sikit tahun ini. ish ish.
btw lagi sekali sem ni ada subjek media law dan salah satu assignment aku adalah review journal dan tajuknya adalah pasal blog. eeee. bosan tau sebenarnya bila ada kaitan dengan diri kau sebenarnya. hahaha

okay. chaww :)

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...