Thursday, March 20, 2014

Artis Rasa Serba Salah!

Salam 1 Aw Aw Aw
hari ni aku nak cakap sikit pasal diri aku. hahaha
kalau tak nak baca pon tak apa. 

aku tak tahu kenapa sejak degree ni
aku cepat rasa bersalah kalau group assignment aku dapat markah rendah atau banyak salah atau banyak kena tegur.
masa diploma dulu tak pulak sebab masa dulu kalau terjadi macam atas tu aku salahkan ahli group sebab tak bagi full commitment. hahaha
nampak macam jahat dan selfish pulak kan?
bukan tu maksud aku sebab serius masa diploma 200% aku all out dalam buat semua assignment jadi kalau markah tu kurang memang kecewa.

sekarang start degree
tiap kali jadi situasi tu aku rasa bersalah sangat dengan ahli group.
rasa nak nanges pon ada. hahaha
sem lepas subjek comm research dan subjek radio broadcasting yang paling teruk sekali seumur hidup aku. 
rasa macam bangang sangat ke aku ni buat kerja? hahaha
aku tak kisahlah pasal aku tapi pasal ahli group lain.
pasal comel, kacang dengan e'ah.
aku dah mintak maaf dengan diaorang sebab aku tak nak diaorang terasa hati.

perkara yang aku paling takut sem ni adalah tak ada orang nak buat group assignments dengan aku.
hurmmmmm. 
aku tak tahu mood aku down sikit
bertambah dengan mak nak buat operation para tyroid.
mungkin nampak macam kecik tapi bagi aku dialah kekuatan aku.
sem lepas aku nak berhenti dah sambung degree sebab layanan lecturer yang hentam teruk.
operation mak hari ahad dan hari isnin pagi dah ada kelas
lecturer degree ni banyak songeh kena layan sikit. hurmmm

oklah. aku harap sem ni akan bertambah baik sikit. 
sebelum ni masa diploma aku cuma fikir nak bahagiakan mak dan family dan orang yang pernah kutuk aku sebab aku tak pernah berjaya 
tapi sekarang bertambah lagi satu iaitu untuk buat groupmmates aku bahagia sekali.
aku nak grad nanti dengan diaorang dalam hati yang puas.
Prinsip aku senang, bila kita cuba bahagiakan orang lain, Allah akan bahagiakan kita dari sudut lain.
cuma cepat atau lambat
cuma kita sedar atau tidak.

Selamat malam. Lots of love
Hafiz :)

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...