Review Novel: Suamiku Encik Sotong | Syikin Zainal

Salam 1 Aw Aw Aw
dah lama aku tak review novel kan.
ada novel yang aku baca tapi tak sempat nak update dan aku dah lupa. hahaha
so ada masa yang tercuri ni aku updatelah ye sebelum lapuk ditelan zaman. hahaha

novel ni aku cari dari sem lepas tapi baru sem ni jumpa. berapa bulan dah tu? hahaha
aku beli dekat Pesta Buku Selangor 2014
ada potongan harga lagi okay. hahaha. aku tak ingat berapa peratus. aku ni cepat pelupa sikit. 

novel kali ni adalah Suamiku Encik Sotong karya Syikin Zainal. 
di terbitkan pada tahun 2013 dan aku baru baca tahun 2013. hahaha
i don't care. haha. dah 3 kali di publish ye. so mesti ramai yang baca.
sekarang ni aku pon tanpa sedari aku baca novel penulis yang masih sama, tajuknya adalah Isteriku Naik Hantu. aku rasa penulis suka buka cerita yang berunsur komedi romantik. sampaikan ada nama nama watak yang sama dengan kedua dua novel ni. 
terbawa bawa jugak aku karakter novel sebelum ni. aku tak tahu kenapa penulis minat sangat dengan nama tu. hahaha

okay ni cover novel.


okay ni sinopsis yang aku cedok dari laman web Buku Prima

"ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?


“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica" 

okay sekarang kita beralih kepada review yang aku nak buat. review aku ni tak boleh di generalized kan oleh semua orang okay sebab pendapat masing masing adalah berbeza. 

Aku suka idea cerita ni sebab penulis cuba lari dari cerita biasa yang nak hero dia perfect dari segala aspek iaitu dengan menggunakan lelaki lembut sebagai subjek utama.  

- Aku suka plot cerita ni yang lain sikit walaupun permulaannya sama iaitu kawan paksa atas wasiat keluarga. yang lain adalah si pengantin perempuan suka dekat laki lain dan suami (sotong) suka orang lain. Jadi jalan cerita tu bermula dari situ. kiranya dalam novel ni ada dua cerita cinta.

- Novel ni macam komedi romantik untuk awal cerita, tapi lepas tu dah berat sikit. tak sedih sangat pon. so bolehlah baca. kadang aku tak suka sangat cerita berat ni sebab aku penat nak menangis feeling feeling. hahaha

- Sekarang part tak suka adalah, cerita ni tentang lelaki lembut iaitu Farish tapi hanya beberapa bab awal je yang ada cerita pasal lembut tu. dan karakter Farish tu macam over sangat, zaman sekarang walaupun lembut, mana ada lelaki lembut pakai baju printed bunga besar besar. hahaha. sekarang pon lelaki jantan katanya pon pakai baju printed bunga. Peralihan dari lembut ke macho tu pun terlalu mendadak, tak nampak transisi dia berubah secara perlahan. macam tak sesuai dah pulak dengan tajuk novel. tapi kalau lelaki lembut di jadikan main story sampai habis lagi menarik, trust me. lelaki lembut dan pondan adalah dua perkara yang berbeza kalau ada yang tak puas hati. hahaha

- Aku juga kurang puas hati sebab cerita ni tak seimbang sebab penulis lebih fokus kepada cerita Erica (isteri Farish yang kena kahwin paksa) dengan kekasih dia iaitu Izhan. Banyak drama dan konflik terhadap Erica dan Izhan sampai tenggelamkan watak Farish dengan Dhia. Padahal novel ni tentang lelaki lembut. konflik untuk Farish dengan Dhia tak banyak. nampak macam cerita tentang Erica je. Kalau penghujung cerita tu recap semula tentang Farish yang sotong tu pon best jugak mengimbau kenangan sikit. masih terkilan dengan 'Kehilangan' Sotong tu. hahaha

- Ending novel Suamiku Encik Sotong, Farish kahwin dengan Dhia dan Erica kahwin Tengku Izhan. Farish dengan Erica bercerai

Tapi apa pun keseluruhannya, penulis berjaya membawa idea baru dalam penghasilan cerita. Terima kasih penulis Syikin Zainal. Maaf kalau ada tersinggung dengan review di atas. Selamat meneruskan penghasilan novel seterusnya. boleh terjah blog penulis di SINI  :)



okaylah, jumpa lagi dalam review akan datang. teruskan membaca guys :)

11 comments:

  1. Apa terjadi the end the story? Farish teruskan perkhawinan dia dgn erica ka?

    ReplyDelete
  2. x pun...diorang cerai...farish kahwin lain...erica kahwin dgn izhan...not ending that i'm hoping for...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol ke??? Ending mcmtu....x bestnyee...ending nyeee

      Delete
    2. Aku ingt Erica kne rejam smpai mmpos .. Dh bersuami tpi ngndungkn ank jntan lain ... Penulis no msti jahil hukum hakam ..

      Delete
    3. Ish.. lepas tau ending die.. malas nak tgk cite ni.. x bestt ending.. penulis penulis

      Delete
  3. alamak....dah lm stop baca novel ni...ngok TV pun jarang2. Tapi adelh ngk sekali dua.....tahulah sapa pelakon tu.hihihi....

    ReplyDelete
  4. Alorhh...xbest ar farish n erica crai .. ingatkn dioerg mntain...sbb tjuk novel pun dah ckp SUAMIku encik sotong.... kcian llki lmbut...cite nih buat cm diorg truk jer.

    ReplyDelete
  5. Klau lar mcm tu ending nyer...baik bt citer ttg erica ngan izhan jer..ingat farish ngan erica sampai ujung...hmmm xbest lar and x kena dgn tajuk citer...

    ReplyDelete
  6. citer merepek..boleh zina dan suami dayus? Yg bestnya org islam buat novel ni..pelik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Couldnt agree more with u...
      Cerita merapu...
      Bini dah berzina laki boleh wat lek cover...
      Memang sah laki dia seekor sotong sejati...bukan manusia yg boleh fikir

      Delete

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.