Artis Jadi Wartawan dan Pembaca Berita !

Salam 1 Aw Aw Aw,
dah nak habis cuti sem, sekarang aku dekat rumah akak aku.
ahad dah nak balik shah alam.
macam macam hal. result exam yang teruk, pada aku lah dan hal kolej. 
kenapa baru nak update hari ni? ermmm. suka hati akulah. hahaha
ye aku tahu, aku cakap tak serupa bikin. masa belajar, sibuk nak update masa cuti, bila dah cuti, sibuk nak tunggu naik sem baru. hahaha.
tak boleh pakai betul.

jadi kali ni aku nak update dua video assignment aku sem lepas.
aku baru update sebab baru upload, rumah akak aku pakai unifi, so laju sikit nak upload. rumah aku pakai streamix, rasa macam sembelit nak tunggu penuh. hahaha

okay ni video aku baca berita. seperti sedia maklum, suara aku halus so as LELAKI, aku patutnya suara garau, dengan peliknya aku CUBA base kan suara. hahaha. dari sem lepas lecturer aku marah. dah nak buat macam mana kan? puas aku explain. tiap kali audition apa apa pon semua orang suruh buat benda yang sama. tp ada juga yang cakap, kalau aku perempuan, sesuailah dengan suara tu. haishhh. sedihhh !
dalam video ni pon aku ingat aku dah besarkan mata, tapi kekdahnya mata nampak kuyu tak bermaya. hahaha. btw maaflah tak ada kualiti sebab pakai camera phone sajoh buat rekod


okay. assignment seterusnya adalah patutnya buat laporan khas, kalau laporan khas ni kena ada satu isu yang perlu diselesaikan dan ada org yang berjawatan untuk komen. contohnya, isu kemalangan jalan raya musim perayaan. orang yg boleh bagi komen macam polis, pengguna jalan raya sebagainya. 
laporan khas aku ni salah sikit. hahaha *sedapkan hati*
tapi bolehlah diterima. 

aku buat pasal Festival Belia Putrajaya - Johor Pavilion.
anak JDT katakan. *padahal kaki bangku*


okay. yang ni aku tak ada base kan suara. hahaha
skrip pon tak hafal. baca je. nampaklah aku membaca di situ. mata tak pandang camera.
buat 2 kali shot macam tu lepas tu dah. tak sempat nak lebih lebih feeling Ally Iskandar. hahaha
dengan gigilnya. dengan orang ramai stop pandang semua.
hahaha. pengalaman orang kataaaaaaa :)

So, itulah antara assignments aku.
nanti aku upload lagi assignment aku yang sem 3 punya. 
tungguuuu :)

No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.