Thursday, August 14, 2014

Result Exam !

Salam 1 Aw Aw Aw.
hari ni result exam keluar.
hanya tuhan je yang tahu berdebar tahap gilaaaaaaaaaaaaaaa. 
emel tak masuk masuk. sakit hati.
result dua sem lepas emel masuk pukul 12 tengahari dan hari ni masuk pukul 10
dah terlewat, baik aku tengok dekat student portal je kan. hahaha
sebelum tu pelbagai cara aku buat tapi tak dapat. stress

sebenarnya aku tak tahu nak cerita dekat siapa
so macam biasalah kalau aku tak tahu nak cerita dengan siapa aku tulis dekat blog.
nak cerita dengan bff? aku lebih suka cerita face to face tapi disebabkan semua cuti sem, mesti malas nak melayan drama aku. hahaha. 
lagi pun semua tengah sibuk dengan result masing masing.
ada yang happy ada yang tak. 
termasuklah aku. kali ni sedih gilaaaaaaa.
down lah sekejap.
sebab aku tak dapat dekan sem lepas. sem 4. pointer jatuh tergolek pijak kulit pisang dah tu ditimpa tangga kena pulak berak dengan burung gagak. haihhh. so selamat tinggal selempang pink. dapat juga aku merasa pakai selempang tu masa diploma. ingatkan degree dapat pakai juga tapi harapan jelah. huhu
sekarang ni fokus untuk dapatkan first class degree.

siapa tak sedih kan? aku tak sampai hati nak bagi tahu mak aku sebab kali ni aku tak dapat nak bagi dia tengok aku pakai selempang pink tu. 
aku ingat lagi lepas ada satu paper tu aku nangis call mak aku sebab aku tak dapat jawab sangat dan carry marks aku rendah. mak aku cakap lebih kurang yang roda berputar, kita tak sentiasa di atas.
apa lagi makin lajulah air mata aku ni mengalir. hahaha. mak aku pon dah bosan dengar aku nangis je, hahaha. call sebab nangis atau mintak duit. itu jelah. hahaha
aku tak kisah orang nak cakap aku ni manja ke apa anak mak anak gedik whatsoever sebab masa mak aku ni hiduplah aku nak bermanja. kalau mak aku dah tak ada nanti? aku tak tahu dekat siapa lagi aku nak nangis. 

kecewa tu tetap ada. tapi aku puas dengan semua kerja aku sem lepas. aku memang dapat rasakan memang pointer aku jatuh. sumpah nak nangis masa aku taip ni. hahaha. mesti yang baca kata aku over. korang tak pernah berada dalam kasut yang aku pakai sekarang.
salah satu sebab kenapa aku tak cakap dengan orang lain pasal result aku ni mesti ramai yang cakap
'eh betul ke?' 'kau tipu kannn?' 'aku tak percaya, kau kan pandai' 'janganlah main main'
korang nak aku print screen dan tayang letak dekat fb dan twitter dan ig ke baru nak kata aku ni berkata betul? penatlah. 

aku bersyukur dengan result aku sebab tak perlu repeat. hahaha. semua lulus tapi itulah, pressure dari environment untuk kekalkan dekan dari dua sem lepas tu tak dapat. 
aku tak tahu nak cakap apa dah.
sedih dan penat. 

mak, adik nak minta maaf sebab tak dapat bagi mak satu lagi kejayaan.
terasa bodoh sangat. haihh. terasa membazir dengan duit yang mak bagi tiap kali adik mintak.
abah hari tu ada sindir jugak, pasal kalau tak boleh buat tak tahulah sebab exam keluar benda yang dah belajar. tercekik garfu jugalah masa tu. huhu. maafkan adik abah.
tapi apa yang adik mampu cakapkan, masa study dan hafal tu, memang tak lekat dalam kepala otak.
tak tahu kenapa, masa jawab exam pon nervous gila. itu petanda buruk untuk adik dan ianya betul dengan result tu. 

aku tahu Allah rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk aku nanti. kuatkan semangat hafiz. 
:')

assalamualaikum.

note: esok aku balik rumah family angkat aku nak short vacation nak tenangkan hati. dekat situ line pon tak ada. GPRS je, wifi pon tak ada. so aku tak update sangat social network yang aku ada dan blog apatah lagi kan? hahaha. 

No comments:

Post a Comment

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...