Tuesday, August 19, 2014

Artis Balik Dari Terapi !

Salam 1 Aw Aw Aw,
hari ni aku kembali lagiiiii
setelah beberapa hari berehat dari duni maya. hahaha
dunia laman sosial pon aku tinggalkan. 
yelahhh. sebab tempat aku terapi ni cuma ada line GPRS je. masa aku pakai blackberry dulu bolehlah scroll timeline twitter tu, ni whatsapp pon tak boleh langsung. hahaha
wahai Maxis, tolonglah update line tu.
aku nak tukar line tu dan guna nombor yang sama tapi aku sayang. tak tahu kenapa, macam mana sekalipun Maxis ni buat tahi, tetap aku nak guna tapi stress tahap maximum. hahaha

okaylah, aku pergi terapi dekat kampung rumah lama aku iaitu dekat Air Tawar 2.
tak mampulah nak ke Pangkor nak ke mana mana. kemain batchmate uni aku semua. vacation nak mewah sajoh tak kesah backpacker ke apa. hahaha
kenapa ke sana? 
sebab aku tak ada apa kenangan dekat kampung rumah aku sekarang ni.
so aku balik sana nak imbau kenangan lepas. dari aku kecik sampailah habis sekolah.

rumah lama aku tu kakak aku duduk so aku tak selesa nak duduk sana
dan aku duduk rumah family angkat aku. 
itu jelah tempat yang ada nak berteduh. 
ingat lagi masa aku pernah kena halau dari rumah dengan mak aku, aku pon tak ingat sebab apa tapi pagi pagi buta jalan kaki ke rumah family angkat tu sambil nangis nangis angkut baju segala. dah macam drama slot zehra dah aku. hahaha.

di sebabkan tak ada internet, konsep aku cuma makan tengok tv tidur jelah. hahaha
tapi yang best sebab dapat tengok drama drama indon.
kalau movie mat salleh semua tu, diaorang akan alih bahasa.
kalau dekat rumah aku sekarang ni, arial tv tu tak di pasang, abah aku kata leceh. hahaha

tapi nasib malam tu Sofia, classmate sekolah dulu buat open house, melepak sampai 11.30 malam. hahahaha
so tak lah bosan sangat hari aku


sabtu petang pulak pergi AEON Tebrau semata mata nak makan Manhattan Fish Market. orang belanja beb. sangguplah harungi onak dan duri nak pergi. hahaha


ahad petang pulak pergi jalan jalan pusing kampung.
haihhhh. lega rasanya dan dapat tenangkan fikiran.
walaupun dalam kepala masih serabut dengan result yang tak dekan tu tapi alhamdulillah.

salah satu sebab aku dah boleh move on adalah masa sekolah dulu aku bukanlah pandai. biasa sangat.
tak ada rezeki aku untuk dapat result SPM yang elok tapi lepas jugak masuk diploma dan keputusan aku sangat alhamdulillah. dari situ aku nampak yang mungkin result degree aku tak cemerlang seperti yang diimpikan tapi mungkin Allah akan balas dengan kejayaan waktu kerja nanti.

kedua, bff aku dekat u sekarang ni, ada jugak yang tak dekan tapi diaorang tetap move on dan percaya dengan rezeki. kalau diaorang boleh lalui, aku pon boleh. siapa tak nak dekan kan ? tapi kalau dah tak dapat nak buat macam mana. enjoy your university life sebab kita tak akan dapat peluang yang sama dua kali.

ketiga, ada orang tweet n aku RT benda ni.

Yang repeat nak lulus Yang lulus nak A Dah A nak dekan lagi Dah dekan nak 4 flat lagi. Sungguh manusia tak reti bersyukur.

ayat rangkap atas tu dah membuatkan aku sedar.
mungkin aku stress sangat sebab diploma yang 6 sem tu aku boleh dapat n degree yang 4 sem ni aku tak dapat nak kekalkan dekan tu.
lagi sebab kawan aku yang ANC masa dip n degree dia boleh kekalkan lagi
lagi sebab aku takut apa orang mengata pasal aku
lagi sebab aku terpaksa maintain pointer disebabkan biasiswa
hurmmm. banyak lagilah. serabut

aku dah penat. aku pasrah je naik sem nanti. tebalkan muka dan teruskan usaha lagi.
sekarang aku target nak grad dengan 1st class degree, harapnya aku dapatlah.
sekarang ni fokus dengan masa depan.

aku selalu ingat, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya cuma cepat atau lambat je dan Allah menguji umatnya kerana kita mampu melaluinya.


muka tak bermaya nak balik rumah. hahaha.
jumpa lagi abah mak cuti akan datang.
sekarang dah berada di rumah aku semula dan menghadapai dunia yang kejam. hahaha

Selamat malam :)

No comments:

Post a Comment

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...