Tuesday, August 19, 2014

Artis Balik Dari Terapi !

Salam 1 Aw Aw Aw,
hari ni aku kembali lagiiiii
setelah beberapa hari berehat dari duni maya. hahaha
dunia laman sosial pon aku tinggalkan. 
yelahhh. sebab tempat aku terapi ni cuma ada line GPRS je. masa aku pakai blackberry dulu bolehlah scroll timeline twitter tu, ni whatsapp pon tak boleh langsung. hahaha
wahai Maxis, tolonglah update line tu.
aku nak tukar line tu dan guna nombor yang sama tapi aku sayang. tak tahu kenapa, macam mana sekalipun Maxis ni buat tahi, tetap aku nak guna tapi stress tahap maximum. hahaha

okaylah, aku pergi terapi dekat kampung rumah lama aku iaitu dekat Air Tawar 2.
tak mampulah nak ke Pangkor nak ke mana mana. kemain batchmate uni aku semua. vacation nak mewah sajoh tak kesah backpacker ke apa. hahaha
kenapa ke sana? 
sebab aku tak ada apa kenangan dekat kampung rumah aku sekarang ni.
so aku balik sana nak imbau kenangan lepas. dari aku kecik sampailah habis sekolah.

rumah lama aku tu kakak aku duduk so aku tak selesa nak duduk sana
dan aku duduk rumah family angkat aku. 
itu jelah tempat yang ada nak berteduh. 
ingat lagi masa aku pernah kena halau dari rumah dengan mak aku, aku pon tak ingat sebab apa tapi pagi pagi buta jalan kaki ke rumah family angkat tu sambil nangis nangis angkut baju segala. dah macam drama slot zehra dah aku. hahaha.

di sebabkan tak ada internet, konsep aku cuma makan tengok tv tidur jelah. hahaha
tapi yang best sebab dapat tengok drama drama indon.
kalau movie mat salleh semua tu, diaorang akan alih bahasa.
kalau dekat rumah aku sekarang ni, arial tv tu tak di pasang, abah aku kata leceh. hahaha

tapi nasib malam tu Sofia, classmate sekolah dulu buat open house, melepak sampai 11.30 malam. hahahaha
so tak lah bosan sangat hari aku


sabtu petang pulak pergi AEON Tebrau semata mata nak makan Manhattan Fish Market. orang belanja beb. sangguplah harungi onak dan duri nak pergi. hahaha


ahad petang pulak pergi jalan jalan pusing kampung.
haihhhh. lega rasanya dan dapat tenangkan fikiran.
walaupun dalam kepala masih serabut dengan result yang tak dekan tu tapi alhamdulillah.

salah satu sebab aku dah boleh move on adalah masa sekolah dulu aku bukanlah pandai. biasa sangat.
tak ada rezeki aku untuk dapat result SPM yang elok tapi lepas jugak masuk diploma dan keputusan aku sangat alhamdulillah. dari situ aku nampak yang mungkin result degree aku tak cemerlang seperti yang diimpikan tapi mungkin Allah akan balas dengan kejayaan waktu kerja nanti.

kedua, bff aku dekat u sekarang ni, ada jugak yang tak dekan tapi diaorang tetap move on dan percaya dengan rezeki. kalau diaorang boleh lalui, aku pon boleh. siapa tak nak dekan kan ? tapi kalau dah tak dapat nak buat macam mana. enjoy your university life sebab kita tak akan dapat peluang yang sama dua kali.

ketiga, ada orang tweet n aku RT benda ni.

Yang repeat nak lulus Yang lulus nak A Dah A nak dekan lagi Dah dekan nak 4 flat lagi. Sungguh manusia tak reti bersyukur.

ayat rangkap atas tu dah membuatkan aku sedar.
mungkin aku stress sangat sebab diploma yang 6 sem tu aku boleh dapat n degree yang 4 sem ni aku tak dapat nak kekalkan dekan tu.
lagi sebab kawan aku yang ANC masa dip n degree dia boleh kekalkan lagi
lagi sebab aku takut apa orang mengata pasal aku
lagi sebab aku terpaksa maintain pointer disebabkan biasiswa
hurmmm. banyak lagilah. serabut

aku dah penat. aku pasrah je naik sem nanti. tebalkan muka dan teruskan usaha lagi.
sekarang aku target nak grad dengan 1st class degree, harapnya aku dapatlah.
sekarang ni fokus dengan masa depan.

aku selalu ingat, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya cuma cepat atau lambat je dan Allah menguji umatnya kerana kita mampu melaluinya.


muka tak bermaya nak balik rumah. hahaha.
jumpa lagi abah mak cuti akan datang.
sekarang dah berada di rumah aku semula dan menghadapai dunia yang kejam. hahaha

Selamat malam :)

Thursday, August 14, 2014

Result Exam !

Salam 1 Aw Aw Aw.
hari ni result exam keluar.
hanya tuhan je yang tahu berdebar tahap gilaaaaaaaaaaaaaaa. 
emel tak masuk masuk. sakit hati.
result dua sem lepas emel masuk pukul 12 tengahari dan hari ni masuk pukul 10
dah terlewat, baik aku tengok dekat student portal je kan. hahaha
sebelum tu pelbagai cara aku buat tapi tak dapat. stress

sebenarnya aku tak tahu nak cerita dekat siapa
so macam biasalah kalau aku tak tahu nak cerita dengan siapa aku tulis dekat blog.
nak cerita dengan bff? aku lebih suka cerita face to face tapi disebabkan semua cuti sem, mesti malas nak melayan drama aku. hahaha. 
lagi pun semua tengah sibuk dengan result masing masing.
ada yang happy ada yang tak. 
termasuklah aku. kali ni sedih gilaaaaaaa.
down lah sekejap.
sebab aku tak dapat dekan sem lepas. sem 4. pointer jatuh tergolek pijak kulit pisang dah tu ditimpa tangga kena pulak berak dengan burung gagak. haihhh. so selamat tinggal selempang pink. dapat juga aku merasa pakai selempang tu masa diploma. ingatkan degree dapat pakai juga tapi harapan jelah. huhu
sekarang ni fokus untuk dapatkan first class degree.

siapa tak sedih kan? aku tak sampai hati nak bagi tahu mak aku sebab kali ni aku tak dapat nak bagi dia tengok aku pakai selempang pink tu. 
aku ingat lagi lepas ada satu paper tu aku nangis call mak aku sebab aku tak dapat jawab sangat dan carry marks aku rendah. mak aku cakap lebih kurang yang roda berputar, kita tak sentiasa di atas.
apa lagi makin lajulah air mata aku ni mengalir. hahaha. mak aku pon dah bosan dengar aku nangis je, hahaha. call sebab nangis atau mintak duit. itu jelah. hahaha
aku tak kisah orang nak cakap aku ni manja ke apa anak mak anak gedik whatsoever sebab masa mak aku ni hiduplah aku nak bermanja. kalau mak aku dah tak ada nanti? aku tak tahu dekat siapa lagi aku nak nangis. 

kecewa tu tetap ada. tapi aku puas dengan semua kerja aku sem lepas. aku memang dapat rasakan memang pointer aku jatuh. sumpah nak nangis masa aku taip ni. hahaha. mesti yang baca kata aku over. korang tak pernah berada dalam kasut yang aku pakai sekarang.
salah satu sebab kenapa aku tak cakap dengan orang lain pasal result aku ni mesti ramai yang cakap
'eh betul ke?' 'kau tipu kannn?' 'aku tak percaya, kau kan pandai' 'janganlah main main'
korang nak aku print screen dan tayang letak dekat fb dan twitter dan ig ke baru nak kata aku ni berkata betul? penatlah. 

aku bersyukur dengan result aku sebab tak perlu repeat. hahaha. semua lulus tapi itulah, pressure dari environment untuk kekalkan dekan dari dua sem lepas tu tak dapat. 
aku tak tahu nak cakap apa dah.
sedih dan penat. 

mak, adik nak minta maaf sebab tak dapat bagi mak satu lagi kejayaan.
terasa bodoh sangat. haihh. terasa membazir dengan duit yang mak bagi tiap kali adik mintak.
abah hari tu ada sindir jugak, pasal kalau tak boleh buat tak tahulah sebab exam keluar benda yang dah belajar. tercekik garfu jugalah masa tu. huhu. maafkan adik abah.
tapi apa yang adik mampu cakapkan, masa study dan hafal tu, memang tak lekat dalam kepala otak.
tak tahu kenapa, masa jawab exam pon nervous gila. itu petanda buruk untuk adik dan ianya betul dengan result tu. 

aku tahu Allah rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk aku nanti. kuatkan semangat hafiz. 
:')

assalamualaikum.

note: esok aku balik rumah family angkat aku nak short vacation nak tenangkan hati. dekat situ line pon tak ada. GPRS je, wifi pon tak ada. so aku tak update sangat social network yang aku ada dan blog apatah lagi kan? hahaha. 

Salam Syawal Dari Artis ! :P

Salam 1 Aw Aw Aw,
baru hari ni sempat nak update. huhu
malassssssssssssssssssssnnnnnnnnnnyyyyyyyyyyyyyaaaaaaaaaaaa hanya tuhan saje yang tahu. hahaha
baiklah hari ni aku nak update entri raya.
kan aku cakap aku akan update lepas puasa dan waktu raya kan?
betullah tu sebab semalam pon aku baru habis puasa enam setelah onak dan duri ku lalui. hahaha
alhamdulillah. lega rasanya. 


baiklah tanpa basa basi, aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua orang tanpa sedar ataupun tak. tak kisahlah dekat blog ke twitter, fb, classmates, jiran tetangga, kekasih, bekas kekasih dan semua sekalilah. hahaha
kadang - kadang kita terlepas pandang apa yang kita buat sampai sakitkan hati orang kan?
semoga syawal kali ni memberi sejuta kemanisan dari tahun sebelumnya. 
aku pon tak tahu nak taip apa sebenarnya sebab dah lama tak tulis blog kan so nak dapatkan gaya tu semula agak payah sikit. 

nah aku bagi lagi dua gambar



hah. atas ni gambar family aku tapi ramai yang tak ada sebab yelahh masing masing ada keluarga sendiri kan.
ada yang balik rumah mertua dan sebagainya.
kalau perasan aku je yang bergambar nampak gigi. hahaha
dulu nak jadi model tapi badan dah macam anak 5, tak laku terus. hahaha

apa apa pon. Selamat Hari Raya semuaaaa ! 
:)

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...