Artis di Degree Semester 4!

Salam 1 Aw Aw Aw!
aku kembali lagi. hahahaha
maaf dah lama tak update blog yang terbengkalai. serius rindu nak update blog ni sebab dekat sinilah aku cerita pasal diri sendiri dan mengadu selain dari Allah.
kalau cakap dengan manusia belum tentu dia faham apa yang aku cuba nak sampaikan. 
dan walaupun followers ramai dekat blog ni tapi masing masing punya blog pon terbengkalai sama. hahahaha

sekarang aku dah masuk sem 4.
lepas tu nanti sem 5 dan praktikal. yayyyyy !
serius tak sabar nak habis.

siapa yang silent reader tu mesti ada perasan aku meroyan sem lepas pasal subjek radio broadcasting aku tu kan? hahaha. Result sem lepas untuk subjek tu alhamdulillah tak adalah teruk sangat. Muhasabah diri balik. Tak semua apa yang kita nak akan dapat. Tak semua manusia atas muka bumi ni dapat terima kekurangan kita kan?. Manusia tak akan berhenti mencemuh. Manusia tak akan dapat menerima sesuatu yang pelik dari orang lain. Manusia lupa yang kita diciptakan berbeza beza untuk mengenali dan dapat di bezakan. hah ! nampak aku dah jadi PU Hafiz? hahahhaha

sebenarnya dah 3 minggu masuk uitm ni weh
tapi banyak sangat aktiviti yang aku join dan jadual kelas yang havoc.
banyak kelas 4 jam tau. Gila tak gila? hahaha
aku boleh fokus dalam setiap kelas untuk satu jam je. serius.
satu jam je ilmu yang aku betul betul fokus dan faham. lepas tu mata ke slide otak tidur dan berangan bercuti tepi pantai. hahahhaa

sem ini aku boleh tahan aktif dalam persatuan GPMS UiTM Shah Alam. Ada 3 aktiviti dah aku join tau. hahaha. Nanti kalau ada masa aku cerita okay.
Lepas tu aku jadi Exco Tugas Tugas Khas untuk Broadcasting Club UiTM Shah Alam
dan yang terkahir adalah Exco Akademik untuk JPB Teratai 5
cukuplah aku rasa untuk degree ni. 
at least aku ada join aktiviti luar. Kelam kabut jugaklah walaupun korang nampak senang. Nak bahagikan masa untuk akademik lagi. untuk 3 minggu ni akademik aku tak teratur. serius. ini sangat membimbangkan okay. ish ish.

nak cakap apa lagi ek?
nanti aku update lagi lah okay.
ada benda yang aku nak update dari sem lepas sampai cuti sem sampai dah masuk sem baru masih belum cerita lagi. hahahaha
aku akan try update blog okay.

:)

No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.