Review Subjek Untuk Semester 3 Artis !

Salam 1 Aw Aw Aw,
okey siapa yang stalker blog ni tahulah yang aku dah sambung sem 3
jadi aku nak ceritalah sikit drama disetiap 7 subjek yang aku belajar untuk sem ni
hurmmm. boleh tahan banyak.
disebabkan diploma aku dah ambik masscomm, jadi degree boleh start terus masuk sem 3
yang lain masuk sem 1
ada kawan aku ni, rapat tak rapat tu jatuh cerita nombor lain. hahaha
masa diploma dia ambik kursus lain dan degree pursue in masscomm.
kalau diploma masscomm kitaorang belajar semua tapi kalau degree terus majoring apa starting sem 3
jadi aku baca komen dia, masscomm susah.
i mean memanglah engineering, doktor, saintis, aktuari segala mak nenek tu.
tapi aku paling tak suka orang pandang rendah pasal masscomm ni.
kitaorang ni dikira telah menjalankan tanggungjawab fardhu kifayah tau.
ada orang wakil dalam umat Islam dalam bidang ni.
fikir dulu sebelum cakap okey guys ? :)

okey. mukadimah yang agak panjang juga sebenarnya. hahaha
okey, aku majoring in broadcasting and minor in public relations
kali ni aku mulakan dengan

SCRIPT WRITING

subjek ni belajar format yang betul buat skrip berpandukan BBC. kalau umat Islam berpaksikan Kaabah, tulis skrip berpaksikan BBC. overkan? hahaha. aku tahu.
cara buat skrip drama tv, radio, iklan, PSA, talkshow, berita dan macam macam.
seronok tapi penat otak sebab kau kena perah idea ke titisan terkahir. hahaha

so dalam projek besar/assignment akhir, in group kena hasilkan skrip drama tv 20-25 pages, BM/BI
of course pilih BM sebab senang sikit nak buat dialog
guna bahasa pasar macam dalam tv tu.
kalau English, of course grammar kau dah terbang ke Australia. hahaha
jadi nak advance, grooup kitaorang design cover ala ala novel sikit. hehehe


okey tak? penulis sampai 4, kau rasa? hahaha
idea cerita ni asal dari Nadia. jadi kiteorang kembang kembangkan lagi.

ENGLISH FOR COMMUNICATION

Ok, yang ni kiteorang belajar, handle meeting yang betul dan cara buat minit mesyuarat.
siap ada mock meeting and fully english.
English aku ni bukan betul sangat, bolos sajoh meeting itu. hahaha
tiap kali belajar ni aku terbayang drama melayu yang meeting dalam bilik mesyuarat semua tu.
hahaha

RADIO BROADCASTING

Ini subjek paling KILLER untuk aku, hahaha
siapa yang kenal aku dekat luar, aku punya suara jenis halus yang tulus yang mulus.
selalu kena hentam dengan lecturer ni dan dia tak suka aku sebab dia kata aku buat buat suara macam ni lah, dia kata aku tak nak berubah lah apa. Pernah lah bertekak dalam kelas in control situation lah.
aku tak target dapat A subjek ni. ada entri aku sebelum ni pasal isu ni.
siap nak berhenti belajar okey. serius masa ni adalah perkara paling stress seumur hidup aku di atas muka bumi ni. Kau kena perang psikologi dengan lecturer sendiri. Gila tak stress? hahaha
ingat lagi lepas habis kelas, pergi bilik Amir menangis
 hari tu lepas tengok carrymarks aku dapat antara lowest. masa tu aku down gila. gila tak stress markah per 80 dan kau dapat 50 something je. 
balik jumpa Amir, nangis lagi ! hahahaha
dan sekarang aku pon nak nangis sebab terbaik macam mana kau bagi tapi kalau lecturer dah tak suka kau, no point and dark future in your hands. hahaha

seronok sebab kau dapat buat drama radio dan group aku kena buat pasal cerita lagenda kelantan Puteri Saadong. 1st time dengar kan? hahaha. Dapat buat entertainment show (radio) dapatlah kau fefeeling jadi Dj radio. hahaha. buat Iklan segala.
best kan? 

COMMUNICATION THEORY

teori komunikasi, stress okey. kau kena hafal lebih kurang 20 teori kalau tak silap aku
rasa nak tercabut kepala. hahaha
macam macam teori ada dari seluruh dunia
tapi ada satu teori, founder nya adalah orang Islam. Amazing gila kan? 
lagi satu founder teori ni masih hidup sampai sekarang, nama dia Albert Bandura. umur dia dah 80 something.
legend gila kan? hahaha

COMMUNICATION RESEARCH DAN METHODS

ni kena buat thesis. dalam communication theory atas tu pon kena buat thesis/research paper
ini paling sakit. nangis weyh kena buat.
siapa yang pernah buat research mesti tahu.
masa diploma dulu pon dah buat. Ingatkan degree tak kena buat tapi kena buat juga. hahaha

CTU 

kalau pelajar UiTM dia tahulah tapi kalau uni lain, diaorang guna Titas. 
tapi ni silibus uitm. aku tak ingat nama penuh CTU ni.
kalau diploma dulu belajar pasal pendidikan Islam 
tapi lebih versi universiti punyalah. ada juga yang kita dah belajar masa sekolah
ada hafazan segala masa diploma tapi masa degree sem ni
belajar pasal politik, kemerdekaan segala.
If kau fikir habis SPM kau boleh lupakan subjek sejarah tu kau silap
kau kena belajar semula. jadi simpanlah bukut teks atau nota yang ada. hahaha

THIRD LANGUAGE : GERMAN

Sejujurnya aku tak suka belajar bahasa ketiga ni. hahaha.
sebab otak aku lemah sikit nak menghafal bahasa baru
aku tak tahu kenapa masa sekolah belajar bahasa Arab dapat cikgu garanng gila
dekat Uni ni pon dapat lecturer garang. hahaha
 carrymarks aku dapat rendah juga untuk subjek ni.
tapi German ni boleh tahan senang dan best sebenarnya. seriously.
hahaha. trylah belajar third language ni dari sekolah rendah ambil kelas tambahan. hahaha
jadi masa dekat Uni ni, kau petik jari je. hahaha

assignment akhir kena buat video lakonan in group guna dialog apa yang kau dah belajar satu sem. hahaha
kekok gilaaaaaaaaaaaaaaaa okey. hahaha

MINOR: PUBLIC RELATIONS

tak faham kenapalah kena ambil minor subject ni. hahaha
stress aku. subjek major pon dah tercirit bawak. hahaha
lecturer ni pon garang tau. hahaha
belajar buat press release, memo, artikel untuk magazine syarikat sendiri, PR advert dan macam macam lagi. hahaha

So, itu review ringkas untuk subjek sem 3 aku belajar.
seriously kesukaran degree ni 300% dari diploma dulu
environment pun lain.
lecturer lagilah lain.
dekat diploma dulu aku diterima je dengan semua lecturers yang ada. hurmm
aku tak harapkan untuk DL sem ni.
yelaaa. dengan carrymarks yang boleh tahan rendah semuanya. 
sedih jugaklah. hurmm
aku harapkan sem 4 nanti aku lebih kuat 
chaiyok chaiyok ! :)

No comments:

Blog Copyright : Hafiz Jauhari. Blog Design by Sabrina Tajudin. Powered by Blogger.