Saturday, September 20, 2014

Review Novel: Isteriku Naik Hantu | Syikin Zainal

Salam 1 Aw Aw Aw,
hari ni aku kembali update novel yang aku dah baca,
dah lama juga aku habis baca, beberapa hari lepas.
tapi sibuk dengan aktiviti club, design baju kolej, kelas lagi apa semua, baru hari ni sempat update.
ni sebenarnya malas nak update sebab perut kenyang dan dari pagi sampai sekarang mendung je, bangun pun pukul 12. 30. hahaha. tak boleh di jadikan menantu aku ni. hahaha

okay novel kali ni adalah karya yang sama dari Syikin Zainal, tak sangka pulak aku beli dua novel dengan penulis yang sama. hahaha
tajuk novel ni adalah Isteriku Naik Hantu. tajuk pun dah kelakar, pada aku lah. hahaha
ni novel nya 


apa yang aku suka pasal novel dari Buku Prima adalah dekat belakang dia ada penanda aras, so kau tahu cerita tu macam mana. Untuk novel ni

40% Sedih, 40% Keluarga, 70% Konflik, 90% Lucu dan 90% Cinta.

ni sinopsis cerita:

Persahabatan Qarina dimusuhi teman baik sendiri. Sepuluh tahun dia mengunci rapat pintu hatinya. Baginya, kasih pada Iqram adalah kasih tersimpul mati. Dia sudah serik mempunyai teman baik dan kekasih hati.

Fareez Aiman memegang prinsip cintanya sendiri. Cinta sebelum kahwin, sorry... memang dia tidak layan. Baginya, cinta selepas berkahwin penuh dengan nikmat dan berkat. Tetapi ada yang kata, dia tidak pandai bercinta kerana dia kategori mamat poyo.

Kerana cinta terluka, Qarina mengakui Fareez adalah bakal tunangnya kepada Iqram dan Balqis tanpa dia tahu Fareez sebenarnya sepupu Iqram. Apabila rahsia sudah terbongkar, mereka bersatu di dalam ikatan yang sah. Setelah berumah tangga, baru Qarina sedar. Mamat poyo sebenarnya adalah mamat romeo. Apabila hati sudah berbunga sayang, dugaan pula melanda. Iqram menagih janji lama. Nelly pula datang menggoda. Walaupun dalam hati masing-masing sudah berputik cinta, tetapkah Qarina menjadi milik Fareez? Atau Iqram juga yang mampu mengisi kekosongan hati? Antara kata minda dan kata hati, siapa yang berhak di sisi?

“Qina, ikhlas ke awak terima saya sebagai teman hidup awak?” - IQRAM

“Masalahnya, saya dah termengaku tadi. Saya pun panik, bila akak cakap saya bakal tunang akak. Nasib baik akak ni kira cun jugak, kecil molek. Kalau tak, mahu menangis saya kat situ. Dahlah makan tak kenyang.” - FAREEZ

Alamak, lebih-lebihlah pulak orang tua ni. Kut ya pun nak buat aku jadi menantu, janganlah dengan budak bawah umur ni. Anak lain dah tak ada ke mak cik oi? - QARINA

dari sinopsis atas pon dah tahu jalan ceritanya macam mana.
okay ni review dari aku

- Novel ni berkisarkan komedi sebab dari awal dah lawak sebab Fareez ni mamat poyo yang satu tempat kerja dengan Qarina yang andartu dan Fareez ni pulak muda lagi baru 26 tahun kalau tak silap. So dari sini berlakunya dialog lawak tu.

- dalam novel ni jugak, hampir keseluruhan watak memang cakap lepas dan laser, so beza dengan novel lain yang biasanya guna ayat cover je, so bila cakap lepas ni sama jelah dengan real life, so kita boleh rasa dekat dengan watak tu.

- dalam novel ni banyak konflik yang tak pernah habis. hahaha. antaranya konflik Qarina kena kahwin dgn Fareez sebab Fareez nak selamatkan Qarina kena belasah dengan bapak dia, konflik keluarga Qarina sendiri, konflik cinta lama Qarina iaitu Iqram kekasih lama masa zaman cinta monyet dulu dan Iqram tu pulak sepupunya Fareez, tak ke haru biru jadinya? hahaha, konflik Qarina dengan BFF dia iaitu Balqis dan banyak lagi.

- aku suka novel ni juga watak hero dia digambarkan tak perfect macam Aaron Aziz tu. hahaha. sebab watak hero tu hitam manis dan ada lesung pipit dan iqram yang jahat tu pulak lagi hitam dari iqram tu. hahaha. so aku bolehlah adapt sikit sebab aku ni ada lesung pipit. ceh. hahaha

- banyak mesej yang nak disampaikan iaitu, cinta tak semestinya memiliki, hormati pasangan yang dah ada depan mata, kahwin berbeza umur tak jadi masalah, jangan curiga dan dengar penjelasan pasangan kita dulu. 

- aku suka novel ni jugak sebab guna dialog yang santai macam real life kita so, senanglah nak menjiwai. 

- dalam novel ni tak banyak sedih sangat tapi bolehlah sebab lebih kepada komedi sampaikan lepas cerai pon si Fareez ni buat tak tahu dan boleh pulak kacau hubungan Iqram dengan Qareena yang nak bersambung semula. 

- senang cakap, kali ni, novel ni berbaloi untuk di beli kepada pembaca yang tak suka sangat kebajiran air mata. hahaha.

- ada satu tu aku rasa tersilap taip kot, mula mula cakap muka Fareez ni macam Shah Iskandar tapi perenggan lain cakap muka dia macam orang lain. hahaha. confuse dekat situ kejap. 

- jalan cerita pon seimbang, lagi best kalau penghujung tu tambah sikit babak sweet antara Qarina dengan Fareez tu sebab macam tetiba je dah habis. hahaha. 

Okay, itu sahaja review dari aku,
kalau ada yang tak suka ke apa itu pendapat masing masing :)

bye :)


Sunday, September 14, 2014

Review Novel: Suamiku Encik Sotong | Syikin Zainal

Salam 1 Aw Aw Aw
dah lama aku tak review novel kan.
ada novel yang aku baca tapi tak sempat nak update dan aku dah lupa. hahaha
so ada masa yang tercuri ni aku updatelah ye sebelum lapuk ditelan zaman. hahaha

novel ni aku cari dari sem lepas tapi baru sem ni jumpa. berapa bulan dah tu? hahaha
aku beli dekat Pesta Buku Selangor 2014
ada potongan harga lagi okay. hahaha. aku tak ingat berapa peratus. aku ni cepat pelupa sikit. 

novel kali ni adalah Suamiku Encik Sotong karya Syikin Zainal. 
di terbitkan pada tahun 2013 dan aku baru baca tahun 2013. hahaha
i don't care. haha. dah 3 kali di publish ye. so mesti ramai yang baca.
sekarang ni aku pon tanpa sedari aku baca novel penulis yang masih sama, tajuknya adalah Isteriku Naik Hantu. aku rasa penulis suka buka cerita yang berunsur komedi romantik. sampaikan ada nama nama watak yang sama dengan kedua dua novel ni. 
terbawa bawa jugak aku karakter novel sebelum ni. aku tak tahu kenapa penulis minat sangat dengan nama tu. hahaha

okay ni cover novel.


okay ni sinopsis yang aku cedok dari laman web Buku Prima

"ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?


“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica" 

okay sekarang kita beralih kepada review yang aku nak buat. review aku ni tak boleh di generalized kan oleh semua orang okay sebab pendapat masing masing adalah berbeza. 

Aku suka idea cerita ni sebab penulis cuba lari dari cerita biasa yang nak hero dia perfect dari segala aspek iaitu dengan menggunakan lelaki lembut sebagai subjek utama.  

- Aku suka plot cerita ni yang lain sikit walaupun permulaannya sama iaitu kawan paksa atas wasiat keluarga. yang lain adalah si pengantin perempuan suka dekat laki lain dan suami (sotong) suka orang lain. Jadi jalan cerita tu bermula dari situ. kiranya dalam novel ni ada dua cerita cinta.

- Novel ni macam komedi romantik untuk awal cerita, tapi lepas tu dah berat sikit. tak sedih sangat pon. so bolehlah baca. kadang aku tak suka sangat cerita berat ni sebab aku penat nak menangis feeling feeling. hahaha

- Sekarang part tak suka adalah, cerita ni tentang lelaki lembut iaitu Farish tapi hanya beberapa bab awal je yang ada cerita pasal lembut tu. dan karakter Farish tu macam over sangat, zaman sekarang walaupun lembut, mana ada lelaki lembut pakai baju printed bunga besar besar. hahaha. sekarang pon lelaki jantan katanya pon pakai baju printed bunga. Peralihan dari lembut ke macho tu pun terlalu mendadak, tak nampak transisi dia berubah secara perlahan. macam tak sesuai dah pulak dengan tajuk novel. tapi kalau lelaki lembut di jadikan main story sampai habis lagi menarik, trust me. lelaki lembut dan pondan adalah dua perkara yang berbeza kalau ada yang tak puas hati. hahaha

- Aku juga kurang puas hati sebab cerita ni tak seimbang sebab penulis lebih fokus kepada cerita Erica (isteri Farish yang kena kahwin paksa) dengan kekasih dia iaitu Izhan. Banyak drama dan konflik terhadap Erica dan Izhan sampai tenggelamkan watak Farish dengan Dhia. Padahal novel ni tentang lelaki lembut. konflik untuk Farish dengan Dhia tak banyak. nampak macam cerita tentang Erica je. Kalau penghujung cerita tu recap semula tentang Farish yang sotong tu pon best jugak mengimbau kenangan sikit. masih terkilan dengan 'Kehilangan' Sotong tu. hahaha

- Ending novel Suamiku Encik Sotong, Farish kahwin dengan Dhia dan Erica kahwin Tengku Izhan. Farish dengan Erica bercerai

Tapi apa pun keseluruhannya, penulis berjaya membawa idea baru dalam penghasilan cerita. Terima kasih penulis Syikin Zainal. Maaf kalau ada tersinggung dengan review di atas. Selamat meneruskan penghasilan novel seterusnya. boleh terjah blog penulis di SINI  :)



okaylah, jumpa lagi dalam review akan datang. teruskan membaca guys :)

Artis di Semester Baru !

Salam 1 Aw Aw Aw,
hari ni aku kembali lagi. hoyeahhh.
dah tengok entri sebelum ni belum? hehehe.
okaylah. hari ni baru sempat update. 
seminggu dah masuk sem baru.

kenapa baru hari ni sempat update?
isnin sampai jumaat di mana ada masa terluang atau tak ada kelas, biasalah 1st week bukan ada kelas sangat pon kan. sepatutnya aku boleh bukak blog n update tapi hari ahad lepas, pergi Pesta Buku Selangor 2014 dekat SACC tu, beli novel yang aku cari dari sem lepas iaitu 'Suamiku Encik Sotong'. so jadinya masa yang kosong tu, aku bacalah novel tu habiskan selama 5 hari. hahaha.
so baru hari ni sempat nak update. next entri aku update pasal novel tu.

sekejap je rasa dah semester 5.
ramai juga yang tanya DL ke tak, dengan berat hatinya terpaksalah jawab dengan jujurnya walaupun riak muka tak menggambarkan kesedihan yang sebenarnya.
aku macam konsep dah pasrah.
momentum pon dah kurang. hurmm

tak pelah. aku akan cuba naik kan aku punya GPA yang jatuh teruk tu. kalau tak dekan jugak sem 5 ni at least dia naik, tak delah turun je kan. hahaha

cakap pasal roommate, aku dapat geng sendiri, so okay jelah. Azwan dengan Alep.
tapi rindu nak sebilik dengan Amir. 
segala luahan hati boleh kongsi dengan dia. 
hurmm.
tak pelah. teruskan jelah kehidupan ini. hahaha

lagi satu, beberapa hari lepas ada orang whatsapp aku, 
orang yg pernah aku cinta bagai nak gila walaupun dia tak pernah tahu, akhirnya melepaskan aku. hahaha. rindunya lahai. hahaha. dia pon aku rasa masih bahfia dengan kekasih dia kot. yelahh text kejap je pun.
jangan risau, aku dah move on. kadang kadang kita bukan rindu orang tu tapi kita rindu dengan kenangan yang pernah tercipta dulu. 

so see you on next entry :)

Friday, September 5, 2014

Artis Jadi Wartawan dan Pembaca Berita !

Salam 1 Aw Aw Aw,
dah nak habis cuti sem, sekarang aku dekat rumah akak aku.
ahad dah nak balik shah alam.
macam macam hal. result exam yang teruk, pada aku lah dan hal kolej. 
kenapa baru nak update hari ni? ermmm. suka hati akulah. hahaha
ye aku tahu, aku cakap tak serupa bikin. masa belajar, sibuk nak update masa cuti, bila dah cuti, sibuk nak tunggu naik sem baru. hahaha.
tak boleh pakai betul.

jadi kali ni aku nak update dua video assignment aku sem lepas.
aku baru update sebab baru upload, rumah akak aku pakai unifi, so laju sikit nak upload. rumah aku pakai streamix, rasa macam sembelit nak tunggu penuh. hahaha

okay ni video aku baca berita. seperti sedia maklum, suara aku halus so as LELAKI, aku patutnya suara garau, dengan peliknya aku CUBA base kan suara. hahaha. dari sem lepas lecturer aku marah. dah nak buat macam mana kan? puas aku explain. tiap kali audition apa apa pon semua orang suruh buat benda yang sama. tp ada juga yang cakap, kalau aku perempuan, sesuailah dengan suara tu. haishhh. sedihhh !
dalam video ni pon aku ingat aku dah besarkan mata, tapi kekdahnya mata nampak kuyu tak bermaya. hahaha. btw maaflah tak ada kualiti sebab pakai camera phone sajoh buat rekod


okay. assignment seterusnya adalah patutnya buat laporan khas, kalau laporan khas ni kena ada satu isu yang perlu diselesaikan dan ada org yang berjawatan untuk komen. contohnya, isu kemalangan jalan raya musim perayaan. orang yg boleh bagi komen macam polis, pengguna jalan raya sebagainya. 
laporan khas aku ni salah sikit. hahaha *sedapkan hati*
tapi bolehlah diterima. 

aku buat pasal Festival Belia Putrajaya - Johor Pavilion.
anak JDT katakan. *padahal kaki bangku*


okay. yang ni aku tak ada base kan suara. hahaha
skrip pon tak hafal. baca je. nampaklah aku membaca di situ. mata tak pandang camera.
buat 2 kali shot macam tu lepas tu dah. tak sempat nak lebih lebih feeling Ally Iskandar. hahaha
dengan gigilnya. dengan orang ramai stop pandang semua.
hahaha. pengalaman orang kataaaaaaa :)

So, itulah antara assignments aku.
nanti aku upload lagi assignment aku yang sem 3 punya. 
tungguuuu :)

Tuesday, August 19, 2014

Artis Balik Dari Terapi !

Salam 1 Aw Aw Aw,
hari ni aku kembali lagiiiii
setelah beberapa hari berehat dari duni maya. hahaha
dunia laman sosial pon aku tinggalkan. 
yelahhh. sebab tempat aku terapi ni cuma ada line GPRS je. masa aku pakai blackberry dulu bolehlah scroll timeline twitter tu, ni whatsapp pon tak boleh langsung. hahaha
wahai Maxis, tolonglah update line tu.
aku nak tukar line tu dan guna nombor yang sama tapi aku sayang. tak tahu kenapa, macam mana sekalipun Maxis ni buat tahi, tetap aku nak guna tapi stress tahap maximum. hahaha

okaylah, aku pergi terapi dekat kampung rumah lama aku iaitu dekat Air Tawar 2.
tak mampulah nak ke Pangkor nak ke mana mana. kemain batchmate uni aku semua. vacation nak mewah sajoh tak kesah backpacker ke apa. hahaha
kenapa ke sana? 
sebab aku tak ada apa kenangan dekat kampung rumah aku sekarang ni.
so aku balik sana nak imbau kenangan lepas. dari aku kecik sampailah habis sekolah.

rumah lama aku tu kakak aku duduk so aku tak selesa nak duduk sana
dan aku duduk rumah family angkat aku. 
itu jelah tempat yang ada nak berteduh. 
ingat lagi masa aku pernah kena halau dari rumah dengan mak aku, aku pon tak ingat sebab apa tapi pagi pagi buta jalan kaki ke rumah family angkat tu sambil nangis nangis angkut baju segala. dah macam drama slot zehra dah aku. hahaha.

di sebabkan tak ada internet, konsep aku cuma makan tengok tv tidur jelah. hahaha
tapi yang best sebab dapat tengok drama drama indon.
kalau movie mat salleh semua tu, diaorang akan alih bahasa.
kalau dekat rumah aku sekarang ni, arial tv tu tak di pasang, abah aku kata leceh. hahaha

tapi nasib malam tu Sofia, classmate sekolah dulu buat open house, melepak sampai 11.30 malam. hahahaha
so tak lah bosan sangat hari aku


sabtu petang pulak pergi AEON Tebrau semata mata nak makan Manhattan Fish Market. orang belanja beb. sangguplah harungi onak dan duri nak pergi. hahaha


ahad petang pulak pergi jalan jalan pusing kampung.
haihhhh. lega rasanya dan dapat tenangkan fikiran.
walaupun dalam kepala masih serabut dengan result yang tak dekan tu tapi alhamdulillah.

salah satu sebab aku dah boleh move on adalah masa sekolah dulu aku bukanlah pandai. biasa sangat.
tak ada rezeki aku untuk dapat result SPM yang elok tapi lepas jugak masuk diploma dan keputusan aku sangat alhamdulillah. dari situ aku nampak yang mungkin result degree aku tak cemerlang seperti yang diimpikan tapi mungkin Allah akan balas dengan kejayaan waktu kerja nanti.

kedua, bff aku dekat u sekarang ni, ada jugak yang tak dekan tapi diaorang tetap move on dan percaya dengan rezeki. kalau diaorang boleh lalui, aku pon boleh. siapa tak nak dekan kan ? tapi kalau dah tak dapat nak buat macam mana. enjoy your university life sebab kita tak akan dapat peluang yang sama dua kali.

ketiga, ada orang tweet n aku RT benda ni.

Yang repeat nak lulus Yang lulus nak A Dah A nak dekan lagi Dah dekan nak 4 flat lagi. Sungguh manusia tak reti bersyukur.

ayat rangkap atas tu dah membuatkan aku sedar.
mungkin aku stress sangat sebab diploma yang 6 sem tu aku boleh dapat n degree yang 4 sem ni aku tak dapat nak kekalkan dekan tu.
lagi sebab kawan aku yang ANC masa dip n degree dia boleh kekalkan lagi
lagi sebab aku takut apa orang mengata pasal aku
lagi sebab aku terpaksa maintain pointer disebabkan biasiswa
hurmmm. banyak lagilah. serabut

aku dah penat. aku pasrah je naik sem nanti. tebalkan muka dan teruskan usaha lagi.
sekarang aku target nak grad dengan 1st class degree, harapnya aku dapatlah.
sekarang ni fokus dengan masa depan.

aku selalu ingat, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya cuma cepat atau lambat je dan Allah menguji umatnya kerana kita mampu melaluinya.


muka tak bermaya nak balik rumah. hahaha.
jumpa lagi abah mak cuti akan datang.
sekarang dah berada di rumah aku semula dan menghadapai dunia yang kejam. hahaha

Selamat malam :)

Thursday, August 14, 2014

Result Exam !

Salam 1 Aw Aw Aw.
hari ni result exam keluar.
hanya tuhan je yang tahu berdebar tahap gilaaaaaaaaaaaaaaa. 
emel tak masuk masuk. sakit hati.
result dua sem lepas emel masuk pukul 12 tengahari dan hari ni masuk pukul 10
dah terlewat, baik aku tengok dekat student portal je kan. hahaha
sebelum tu pelbagai cara aku buat tapi tak dapat. stress

sebenarnya aku tak tahu nak cerita dekat siapa
so macam biasalah kalau aku tak tahu nak cerita dengan siapa aku tulis dekat blog.
nak cerita dengan bff? aku lebih suka cerita face to face tapi disebabkan semua cuti sem, mesti malas nak melayan drama aku. hahaha. 
lagi pun semua tengah sibuk dengan result masing masing.
ada yang happy ada yang tak. 
termasuklah aku. kali ni sedih gilaaaaaaa.
down lah sekejap.
sebab aku tak dapat dekan sem lepas. sem 4. pointer jatuh tergolek pijak kulit pisang dah tu ditimpa tangga kena pulak berak dengan burung gagak. haihhh. so selamat tinggal selempang pink. dapat juga aku merasa pakai selempang tu masa diploma. ingatkan degree dapat pakai juga tapi harapan jelah. huhu
sekarang ni fokus untuk dapatkan first class degree.

siapa tak sedih kan? aku tak sampai hati nak bagi tahu mak aku sebab kali ni aku tak dapat nak bagi dia tengok aku pakai selempang pink tu. 
aku ingat lagi lepas ada satu paper tu aku nangis call mak aku sebab aku tak dapat jawab sangat dan carry marks aku rendah. mak aku cakap lebih kurang yang roda berputar, kita tak sentiasa di atas.
apa lagi makin lajulah air mata aku ni mengalir. hahaha. mak aku pon dah bosan dengar aku nangis je, hahaha. call sebab nangis atau mintak duit. itu jelah. hahaha
aku tak kisah orang nak cakap aku ni manja ke apa anak mak anak gedik whatsoever sebab masa mak aku ni hiduplah aku nak bermanja. kalau mak aku dah tak ada nanti? aku tak tahu dekat siapa lagi aku nak nangis. 

kecewa tu tetap ada. tapi aku puas dengan semua kerja aku sem lepas. aku memang dapat rasakan memang pointer aku jatuh. sumpah nak nangis masa aku taip ni. hahaha. mesti yang baca kata aku over. korang tak pernah berada dalam kasut yang aku pakai sekarang.
salah satu sebab kenapa aku tak cakap dengan orang lain pasal result aku ni mesti ramai yang cakap
'eh betul ke?' 'kau tipu kannn?' 'aku tak percaya, kau kan pandai' 'janganlah main main'
korang nak aku print screen dan tayang letak dekat fb dan twitter dan ig ke baru nak kata aku ni berkata betul? penatlah. 

aku bersyukur dengan result aku sebab tak perlu repeat. hahaha. semua lulus tapi itulah, pressure dari environment untuk kekalkan dekan dari dua sem lepas tu tak dapat. 
aku tak tahu nak cakap apa dah.
sedih dan penat. 

mak, adik nak minta maaf sebab tak dapat bagi mak satu lagi kejayaan.
terasa bodoh sangat. haihh. terasa membazir dengan duit yang mak bagi tiap kali adik mintak.
abah hari tu ada sindir jugak, pasal kalau tak boleh buat tak tahulah sebab exam keluar benda yang dah belajar. tercekik garfu jugalah masa tu. huhu. maafkan adik abah.
tapi apa yang adik mampu cakapkan, masa study dan hafal tu, memang tak lekat dalam kepala otak.
tak tahu kenapa, masa jawab exam pon nervous gila. itu petanda buruk untuk adik dan ianya betul dengan result tu. 

aku tahu Allah rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk aku nanti. kuatkan semangat hafiz. 
:')

assalamualaikum.

note: esok aku balik rumah family angkat aku nak short vacation nak tenangkan hati. dekat situ line pon tak ada. GPRS je, wifi pon tak ada. so aku tak update sangat social network yang aku ada dan blog apatah lagi kan? hahaha. 

Salam Syawal Dari Artis ! :P

Salam 1 Aw Aw Aw,
baru hari ni sempat nak update. huhu
malassssssssssssssssssssnnnnnnnnnnyyyyyyyyyyyyyaaaaaaaaaaaa hanya tuhan saje yang tahu. hahaha
baiklah hari ni aku nak update entri raya.
kan aku cakap aku akan update lepas puasa dan waktu raya kan?
betullah tu sebab semalam pon aku baru habis puasa enam setelah onak dan duri ku lalui. hahaha
alhamdulillah. lega rasanya. 


baiklah tanpa basa basi, aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua orang tanpa sedar ataupun tak. tak kisahlah dekat blog ke twitter, fb, classmates, jiran tetangga, kekasih, bekas kekasih dan semua sekalilah. hahaha
kadang - kadang kita terlepas pandang apa yang kita buat sampai sakitkan hati orang kan?
semoga syawal kali ni memberi sejuta kemanisan dari tahun sebelumnya. 
aku pon tak tahu nak taip apa sebenarnya sebab dah lama tak tulis blog kan so nak dapatkan gaya tu semula agak payah sikit. 

nah aku bagi lagi dua gambar



hah. atas ni gambar family aku tapi ramai yang tak ada sebab yelahh masing masing ada keluarga sendiri kan.
ada yang balik rumah mertua dan sebagainya.
kalau perasan aku je yang bergambar nampak gigi. hahaha
dulu nak jadi model tapi badan dah macam anak 5, tak laku terus. hahaha

apa apa pon. Selamat Hari Raya semuaaaa ! 
:)

Wednesday, July 23, 2014

Salam Ramadhan Dari Artis Sendu !

Salam 1 Aw Aw Aw
Assalamualaikum dan salam sejahtera. haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
dah lama tak update blog ni.
impian dan harapan nak update tu ada tapi malasnya hanya tuhan sahaja yang tahu. hahaha
hari ni aku update sikit ea? aku akan update lagi masa raya nanti maksud aku lepas puasa.
bulan puasa ni lemah nak update blog.
nak cari ilham lagi. hahaha

okay aku dah cuti sem 4 dan bakal sem 5.
woahhhh. tak sabar nak intern dan kerja. dah kerja dalam 3 or 5 tahun, aku sambung master. hehehe
konon nak jadi lecturer tapi english pon kelaut. hahaha
tak kisahlah. itu impian je. kalau tak jadi lecturer, kalau ambik master gaji naik sikit. hahaha
aku ni fikir duit je. hahaha. yelah high maintenance. belum duit hantaran nak berpuluh ribu je tapi masak tak pandai. hahaha

puasa kali ni puasa yang aku paling malas dan paling lemah. hahaha
jadual puasa aku ni lari sikit sebab bulan puasa mula dekat shah alam dan final exam.
jadi badan lemah tapi otak sibuk menghafal, waktu tidur tonggang terbalik semualah.
jadi dekat rumah ni, tidur lebih kurang pukul 1 lebih, bangun pukul 4 lebih nak panaskan lauk,
lepas subuh tidur, bangun pukul 12, bagi otak stabil lepas tu tengok tv sampai pukul 3 lebih mula kemas rumah dan masak untuk buka puasa, lepas maghrib tonton movie yang ada dalam laptop ni lepas tu keluar bilik makan lagi, hahaha lepas tu tengok tv lepas tu tidur dan ulang dan ulang rutin yang sama tiap hari. hahaha

okay mungkin ada orang cakap eh tak solat sunat terawih ke?
kadang kadang. hehehe. kita buat wajib dulu ea? hehehehe
so, aku ni memang tak lepas di buat calon menantu. hahaha
its okay. tak nak kahwin pon. hahahaha

dah dari aku melalut lebih panjang,
aku undur diri.
Selamat Menyambut Ramadhan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.
jumpa lagi dalam entri hari raya pulak ea? kalau umur panjang lagi.
:)

Saturday, May 3, 2014

Teringat

Salam 1 Aw Aw Aw,
tetiba aku semangat nak update blog hari ni,
malam tadi test corporate communication (PR) dengan tadi pagi Media Law.
bertapa kelam kabutnya otak aku nak menghafal semua benda. hahaha.
memori dah lah berapa ratus MB je. hahaha

seperti biasa aku nak cakap pasal diri sendiri
sekarang ni aku addiction dengan lagu All of Me - John Legend.
lagu ni mengingatkan aku dengan kisah kisah percintaan dahulu kala. walaupun tak adalah kala sangat hahaha
sambil menaip ni pon pasang lagu ni barulah ada feel lebih sikit. 
jadi disebabkan itu, adalah aku stalk sikit FB bekas bekas yang ada. wahhhh. gaya macam ramai kan? padahal bukan ramai sangat pon. propa je lebih. disebabkan sikitlah membuatkan aku teringat. 
wah masing masing dah berbahagia dengan kekasih masing masing.
mula mula putus tu tak adalah meroyan sangat tapi after a few weeks tu barulah macam terasa sikit hati ni.
kadang kadang terfikir kenapa mudahnya orang memutuskan sesuatu hubungan dan mencari pengganti. 
bukan aku tak move on tapi akan ada certain time yang kau akan teringat dengan segala kisah silam kau.
betul tak?

hurmmm. entahlah. tak tahu nak kata apa. 
bye

Sunday, April 20, 2014

Woi ! Ada orang tak?

Salam 1 Aw Aw Aw
hari ni aku teruja nak update blog setelah minum secangkir nescafe.
konon nak update blog kan? tapi hampeh. Sebenarnya aku teringin nak update selalu tapi sem ni double busy dari sem lepas dan of course sem depan akan triple busy. hahaha
sebenarnya semalam baru balik dari cuti midsem.
dekat rumah tak boleh nak buat kerja apa pon weh. stress aku.
adalah buat sikit sejenis melepaskan batuk di tangga rumah. hahaha
so semalam aku balik, siap satu kerja. roommate balik malam ni dengan esok pagi.
cakap pasal cuti midsem tadi, konon sem lepas bercadang nak pergi langkawi bercuti bersama bff tapi non hado. hahaha. sembang je lebih. sudahnya kawan aku tu pergi dengan bff dia masa sekolah. hahaha.
part paling kelakar sem lepas gaduh nak naik air asia ke malindo tapi sekarang malin kundang sajohhh. hahahaha

hah, hari tu senior sekolah dan senior course aku menang lifestyle blog dalam anugerah apa ntah yang baru baru ni tu, siapa kaki blog dia tahulah. blog dia aku penghibur macam tu.
aku pelik dia sempat promosi, sempat update entri tiap masa, research apa yang nak letak dalam entri, update post status dekat fb, eh macam macamlah. 
Congrats bro !
aku ni suka update pasal diri sendiri je. dah nama blog aku, update pasal diri sendiri jelah. ahahaha
kalau nak cerita dekat orang rasa annoying pulak kan? se bffffff mana pon dengan kawan korang mesti akan terdetik di sanubari mereka yang mengatakan 'itu pon nak cerita' 
eleh korang pon sama je kalau kawan korang buat macam tu kan? hahaha
tapi kalau dalam blog, kalau orang kisah, orang baca, kalau orang tak kisah, dia baca tajuk je. hahaha

sebenarnya aku nak buat assignment ni.
tapi lari kejap taip dekat blog ni
sebelum ni ada segmen yang aku nak buat tu kan?
biasalah hangat hangat tahi ayam nanti aku betul betul free (tak tahu bila free busy mengalah Siti Nurhaliza. muahahaaku update lah ye.
btw paling banyak entri aku buat masa tahun 2011. mesti masa tu aku batak. hahaha
paling sikit tahun ini. ish ish.
btw lagi sekali sem ni ada subjek media law dan salah satu assignment aku adalah review journal dan tajuknya adalah pasal blog. eeee. bosan tau sebenarnya bila ada kaitan dengan diri kau sebenarnya. hahaha

okay. chaww :)

Thursday, March 20, 2014

Artis Rasa Serba Salah!

Salam 1 Aw Aw Aw
hari ni aku nak cakap sikit pasal diri aku. hahaha
kalau tak nak baca pon tak apa. 

aku tak tahu kenapa sejak degree ni
aku cepat rasa bersalah kalau group assignment aku dapat markah rendah atau banyak salah atau banyak kena tegur.
masa diploma dulu tak pulak sebab masa dulu kalau terjadi macam atas tu aku salahkan ahli group sebab tak bagi full commitment. hahaha
nampak macam jahat dan selfish pulak kan?
bukan tu maksud aku sebab serius masa diploma 200% aku all out dalam buat semua assignment jadi kalau markah tu kurang memang kecewa.

sekarang start degree
tiap kali jadi situasi tu aku rasa bersalah sangat dengan ahli group.
rasa nak nanges pon ada. hahaha
sem lepas subjek comm research dan subjek radio broadcasting yang paling teruk sekali seumur hidup aku. 
rasa macam bangang sangat ke aku ni buat kerja? hahaha
aku tak kisahlah pasal aku tapi pasal ahli group lain.
pasal comel, kacang dengan e'ah.
aku dah mintak maaf dengan diaorang sebab aku tak nak diaorang terasa hati.

perkara yang aku paling takut sem ni adalah tak ada orang nak buat group assignments dengan aku.
hurmmmmm. 
aku tak tahu mood aku down sikit
bertambah dengan mak nak buat operation para tyroid.
mungkin nampak macam kecik tapi bagi aku dialah kekuatan aku.
sem lepas aku nak berhenti dah sambung degree sebab layanan lecturer yang hentam teruk.
operation mak hari ahad dan hari isnin pagi dah ada kelas
lecturer degree ni banyak songeh kena layan sikit. hurmmm

oklah. aku harap sem ni akan bertambah baik sikit. 
sebelum ni masa diploma aku cuma fikir nak bahagiakan mak dan family dan orang yang pernah kutuk aku sebab aku tak pernah berjaya 
tapi sekarang bertambah lagi satu iaitu untuk buat groupmmates aku bahagia sekali.
aku nak grad nanti dengan diaorang dalam hati yang puas.
Prinsip aku senang, bila kita cuba bahagiakan orang lain, Allah akan bahagiakan kita dari sudut lain.
cuma cepat atau lambat
cuma kita sedar atau tidak.

Selamat malam. Lots of love
Hafiz :)

Tuesday, March 18, 2014

Artis di Degree Semester 4!

Salam 1 Aw Aw Aw!
aku kembali lagi. hahahaha
maaf dah lama tak update blog yang terbengkalai. serius rindu nak update blog ni sebab dekat sinilah aku cerita pasal diri sendiri dan mengadu selain dari Allah.
kalau cakap dengan manusia belum tentu dia faham apa yang aku cuba nak sampaikan. 
dan walaupun followers ramai dekat blog ni tapi masing masing punya blog pon terbengkalai sama. hahahaha

sekarang aku dah masuk sem 4.
lepas tu nanti sem 5 dan praktikal. yayyyyy !
serius tak sabar nak habis.

siapa yang silent reader tu mesti ada perasan aku meroyan sem lepas pasal subjek radio broadcasting aku tu kan? hahaha. Result sem lepas untuk subjek tu alhamdulillah tak adalah teruk sangat. Muhasabah diri balik. Tak semua apa yang kita nak akan dapat. Tak semua manusia atas muka bumi ni dapat terima kekurangan kita kan?. Manusia tak akan berhenti mencemuh. Manusia tak akan dapat menerima sesuatu yang pelik dari orang lain. Manusia lupa yang kita diciptakan berbeza beza untuk mengenali dan dapat di bezakan. hah ! nampak aku dah jadi PU Hafiz? hahahhaha

sebenarnya dah 3 minggu masuk uitm ni weh
tapi banyak sangat aktiviti yang aku join dan jadual kelas yang havoc.
banyak kelas 4 jam tau. Gila tak gila? hahaha
aku boleh fokus dalam setiap kelas untuk satu jam je. serius.
satu jam je ilmu yang aku betul betul fokus dan faham. lepas tu mata ke slide otak tidur dan berangan bercuti tepi pantai. hahahhaa

sem ini aku boleh tahan aktif dalam persatuan GPMS UiTM Shah Alam. Ada 3 aktiviti dah aku join tau. hahaha. Nanti kalau ada masa aku cerita okay.
Lepas tu aku jadi Exco Tugas Tugas Khas untuk Broadcasting Club UiTM Shah Alam
dan yang terkahir adalah Exco Akademik untuk JPB Teratai 5
cukuplah aku rasa untuk degree ni. 
at least aku ada join aktiviti luar. Kelam kabut jugaklah walaupun korang nampak senang. Nak bahagikan masa untuk akademik lagi. untuk 3 minggu ni akademik aku tak teratur. serius. ini sangat membimbangkan okay. ish ish.

nak cakap apa lagi ek?
nanti aku update lagi lah okay.
ada benda yang aku nak update dari sem lepas sampai cuti sem sampai dah masuk sem baru masih belum cerita lagi. hahahaha
aku akan try update blog okay.

:)

Thursday, February 13, 2014

Artis Di Konvokesyen UiTM Ke - 79 !

Salam 1 Aw Aw Aw
hari jumaat bersamaan dengan 14 Feb, result exam sem 3 akan keluar
so sekaligus ni entri tribute untuk result aku nanti. hahaha
memang nampak over sebenarnya. hahaha

jadi kali ni aku nak imbas balik sekaligus sebagai entri ganti yang dah lama aku tak update tahun lepas. dan ianyan tahun 2013. macam tak percaya kan dah nak hujung bulan 2 dan bila cakap pasal tahun lepas, kepala otak kita masih cakap ianya tahun 2012.
hahaha

untuk mukadimah aku upload dua gambar pre convocation. acah acah pre wedding macam tulah. hahaha



hah, nampak macam model antarabangsa kan? hahaha
ala ala David Beckham model H & M. hahahahaha. 
cukuplah dua je aku tunjuk
kalau aku letak banyak banyak takut orang jatuh hati pulak
hahaha

yang ni on the day
konvokesyen pertama di uitm melaka. 
sebelum ni konvo dekat uitm shah alam
so, dah penat lelah dan berdrama dekat dekat lendu tu, akhirnya dapat konvo dekat uitm melaka sebab dah dapat autonomi sendiri.


aku tak edit kebanyakan photo untuk hari konvo.
aku malas
muka hitam. dalam pre konvo aku nampak kurus
tapi hari konvo tak tahu kenapa aku nampak gendut dan gelap yang teramat
hahaha
tapi muka aku ni dah cukup exotic setaraf Tyra Banks dah
hahaha.
bunga sejambak tu parents Farahin aka Comel, one of my bff and groupmates.
serius masa tu nak nangis dah sebab masa konvo ni parents aku tak dapat datang sebab mak aku tak sihat. sedih gila nak mampus okay. hahaha


yang ni Masliya my bffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffff dari sem 1 diploma sampai sekarang even degree dia ambik sequence lain. aku ambik broadcasting dan dia ambik publishing.
tapi bak kata orang pokok kelapa mana yang tak pernah digoncang monyet kan? hahaha
buat pepatah sendiri. hahaha
pernah jugak ada bergaduh segala bagai. kalau tak drama, bukan hafiz jauhari lah namanya. hahaha

ada lagi sorang atiqah tapi tak sempat nak tangkap gambar sebab dia balik awal. hurmmm


hah. orang dekat atas ni lah Farahin aka Comel bff start sem 4 diploma. macam macam kan aku ni? hahaha
dan ada lagi satu farihah, aku tak ada gambar dengan dia jugak. hurmmm


okay gambar atas ni adalah mamat mamat atau 'sebelah malam' adalah diva diva. hahaha
antara paling banyak drama jugak dengan diaorang ni. hahaha
kalau nak cerita dekat sini tak cukup satu entri okay. hahaha


okay ini antara gambar classmate yang sempat diambil sebab semua dah bertaburan dan bertebaran di mana mana. hahaha atau kitaorang dikenali dengan Keluarga K. the 1st batch kelas sampai huruf K dan 1st batch yang konvi di uitm melaka. awesome kan? *baik kau jawab awesome. hahaha*



hah ni pulak masa nak pulang jubah tu tetiba mak aku call kata macam mana konvo? tetiba sebak, yelah tak parents datang kan? lepas tu mak aku cakap mak dekat Pagoh ni otw. aku terus speechless dah. hahaha
pandai pulak orang tua ni buat surprise walaupun tak lawak okey . hahaha
akhirnya datang jugak mak dan abah. Ihsan dan Muslimah.
nangis weyh aku. hahaha. mak pon nangis. benda yang aku nak buat dari dulu tapi tak dapat. nangis atas kejayaan aku. ringan sikit beban atas bahu. kiranya tak sia sia aku mintak duit selalu. muahahahha


ni guna fon abang aku. harap maaf. dia ni lah yang tukang bawak keretanya
dapat sejambaj bunga dan dua kuntum ros putih. nangis weyhhhhhhhhh
hahahaha. aku ingat aku tak akan dapat bunga dari parents aku sendiri.

aku nak tunjuk gambar yang dapat skroll atas pentas tu tapi tak scan lagi.
nanti lah aku edit semula entri ni hahaha

tapi lastlyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy


tercapai juga aku nak merasa pakai selempang pink tu. rasa nak nangis
6 sem diploma aku cukup beerti.
tapi aku tak sure degree aku dapat maintain atau tak sebab lecturer degree ni totally dengan lecturers diploma. Kalau aku tak dapat dean list every sem atau sama macam gambar dekat atas ni, aku target grad dengan kelas pertama je. itu je harapan aku.

aku nak ucapkan berbillion TERIMA KASIH untuk SEMUA ORANG yang terilibat dalam kehidupan aku di Melaka tu tak kira secara langsung atau tidak. 
aku nak ucapkan terima kasih sorang demi sorang tak tahu nanti tidur pukul berapa pulak. hahahahaha
apa pon thank untuk Hafiz Jauhari FC yang sentiasa sokong jatuh bangun saya *lambung topi dan piala ABPBH 2013*

*fireworks*

:)

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...