Monday, October 28, 2013

Idea Baru untuk Kempen Alam Sekitar !




Salam 1 Aw Aw Aw !
hari ni aku nak cakap pasal recycle sikit
kadang kadang kita ni kena diberi kesedaran sikit.
hahaha

nah tengok gambar ni



dah baca? 
kita nak kurangkan pencemaran alam sekitar kan?
apa kata ubah sikit idea lama tu kepada idea baru iaitu kalau bawa cawan sendiri pergi kedai dapat potongan harga 10 sen.
ni sesuai untuk sesiapa yang selalu melepak dekat mamak atau warung tepi jalan dekat kampung.
atau kedai apa sahaja.
apa salahnya bawa cawan sendiri?
kalau nak bungkus, bawak botol sendiri, bukanlah botol plastik air mineral tu tapi botol air yang khas tu.
bukan ke dapat jimatkan plastik?

boleh di aplikasikan untuk makanan jugak.
korang bawak tupperware sendiri 
lepas tu buat potongan harga makanan sikit ke apa.

sebenarnya bukan kerajaan je yang kena bertindak
tapi pengusaha kedai jugak
diaorang lah yang paling penting untuk jalankan kempen ni.

atau kerajaan boleh jalin kerjasama dengan beberapa syarikat pembekal bekas makanan macam jenama Tupperware ke apa, Malaysia punya produk pon banyak kan?
buat jualan besar besaran untuk kempen ni.
serampang dua mata tau sebab 1. orang akan beli bekas plastik ni untuk support kempen 2. Syarikat Malaysia yang buat produk ni pon dapat keuntungan jugak.
tak ke lagi bagus?

kalau nak senang lagi, bina satu food court yang besar untuk permulaan dan mengamalkan konsep ni
serius nanti dapat sambutan.
tapi make sure sediakan sekali tempat basuh bekas makanan masing2
barulah gempak !

hari tu aku ada juga nampak gambar dalam fb ,
negara mana entah, jepun ke china yang bayar bil elektrik dengan botol plastik.
masukkan botol plastik untuk bil elektrik korang.
nampak unik gila kan?
tapi untuk malaysia ni, mesin begitu maju memang susah sikit nak dapat.
belanjawan dan maintenance mesti mahal.

so, apa kata, pusat kitar semula yang sedia ada tu,
tiap kali orang yang hantar barang untuk di kitar semula,
syarikat tu tak perlu bayar duit dekat orang tu tapi cuma bagi bil sahaja yang menyatakan berapa jumlah harga yang dikitar semula tu
so, masa nak bayar bil elektrik atau bil bil lain, bawak bukti resit tu untuk pemotongan harga bil.
tak ke unik ?
dan mudah dilaksanakan?
harga barang kitar semula tu mestilah tinggi sikit.
ni orang tu kumpul 3 kg cuma dapat rm 3,
kau nak bayar apa rm 3 tu?

konsep tong sampah kitar semula yang warna warni tu pon dah tak boleh pakai.
hahaha
nak tahu kenapa?
berapa banyak je jumlah tong sampah kitar semula yang korang nampak dekat kawasan perumahan korang?
dalam universiti ni pon, budak budak tadika boleh kira berapa yang ada. dekat masjid ada ke?
dah tahu nak buat kempen kitar semula letak lah banyak tong sampah tu.
dan dah tahu nak buat kempen tong tu, kenalah sediakan jawatankuasa khas yang memantau tong tong ni semua, selalu kutip sampah dalam tu. ni tak, bila dah penuh, terbiar je seminggu sebulan dekat situ.
tong yang ada pon tak di servis.
tahu tak membazir duit rakyat?

lepas tu kecoh dalam tv, kita kekurangan tempat pelupusan sampah.
nak salahkan siapa?
nak buat kempen ni bukan macam melepaskan batuk di tangga.
kempen bukan setakat sebulan tapi sepanjang tahun
Bajet negara pon habis entah ke mana mana.

penggunaan internet misalnya,
Kampung Tanpa Wayar. kepejadah semua ni.
1. kerajaan habis duit buat publisiti 
2. kerajaan habis buat papan tanda
3. rupanya kerajaan cuma bagi internet yang hebat dekat Cyber Cafe sahaja.
4. Kedai selalu tutup.
5.  upgradelah line internet dekat kawasan kampung tu. terutamanya kawasan felda. line semua EDGE.
kata nak semua orang celik IT?
aku bukan nak kutuk kerajaan apa.
bila buat sesuatu tu, buat lah dengan sehabis baik.
ni kalau buat setakat nak nama je baik tak payah.
wakil rakyat yang ada pon sibuk nak jawatan dengan nama.
bila buat kerja, satu apa tak tahu.
dah tahu tua tetap nak jawatan, cuba bagi orang muda naik.
eh. aku rasa dah melalut ke politik pulak ni. hahaha

aku nak cerita kempen alam sekitar je sebenarnya
hahahahaha.
dah lari niat pulak.
hahaha

ok lah.
itu sahaja.
chiawwww :)

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...