Thursday, October 17, 2013

Artis Tidak Cukup Beraya ?

Salam 1 Aw Aw Aw !
serius rindu nak taip blog ni tapi sejak balik rumah cuti ni
busy betul. hahaha
siapa yang follow blog cikai ni tahu lah kes aku. hahaha
yang aku ni tiap kali balik rumah mesti jadi bibik.
no wonder semua pembantu rumah ni lari.
pembantu rumah tempatan ye. mak aku tak suka warga asing.
dah dua orang lari weyh. hahaha
sebab apa? sebab penat gila okay.
aku ni nasib anak sendiri, kalau tak lari rumah jugak dah.
hahahaha.

Seperti biasa, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia.
tak ada gambar untuk raya kali ni sebab apa?
sebab masa raya tu, kitaorang adakan "Sambutan Hari Raya Aidiladha 4 dalam 1"
1. Jamuan Sambut Menantu - Kakak aku yang sulung tu kahwin baru.
2. Sambutan Hari Lahir Abah
3. Sambutan Hari Lahir Atuk
4. Korban Lembu - Jamuan Hari Raya Aidiladha

dan prepare masak tu dari hari sabtu lepas weyh.
dah lah masak sendiri semua.
tulang aku semua sakit ni hah sampai hari ni.
hahahhaa

dalam kesibukan hari raya ni
sempat jugaklah aku keluar dengan bff masa sekolah.
hahaha


jangan tegur badan aku tu.hahaha
kejap naik kejap turun. aku pon stress. hahaha
btw, yang tudung kuning tu Fadhlina dan tutup mulut tu Jea
rindu betul suasana sekolah weyh :(

hari ni sepatutnya aku mula buat esaimen yang menimbun tapi hampeh.
dari pagi sampai pukul 2 baru siap masak dengan kemas rumah
lepas tu tidur sampai pukul 4 lebih
siap mandi 5 lebih
lepas tu melepak depan tv kejap
lepas maghrib konon nak buat esaimen tapi tinggal harapan.
sebab aku sibuk download album. hahaha
ni kegunaan masa aku duduk kolej nanti. hahaha
bosan juga asyik dengar lagu yang sama. hahaha
sampailah sekarang aku update blog
dan aku tak rasa aku nak buat esaimen lepas ni. hahaha

semua esaimen nak kena hantar lepas cuti
belum lagi mid term test.
rasa nak gugur jantung. tapi serius weyh. kalau dekat rumah ni sebenarnya aku tak boleh nak fokus belajar.
baru kentut sikit dah kena panggil suruh buat itu ini
baru nak menguap sikit dah kena masak itu ini
baru gigih nak bukak buku dah terbukak FB pulak
baru nak ngantuk dah godeh you tube.
baru sibuk nak pilih journal, mata terpandang tv pulak. hahaha
banyak dugaan weyhhhhh! hahaha

jadi sampai disini dulu.
nanti aku update lagi.
chiawwww ! :)



PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...