Wednesday, September 18, 2013

Review Novel: Coke & Sundae II | Ilya Abdullah

Salam 1 Aw Aw Aw !
sebenarnya tak ada mood nak update blog ni tau
hahaha.
tapi disebabkan aku baru habiskan baca novel ni tadi pagi dan sebelum aku terlupa nak cakap apa apa,
baik update sikit.

for your information, novel ni sambungan dari Novel Coke & Sundae yang pertama dulu.
aku pernah review jugak yang pertama. hahaha
masa tu zaman belum matang. zaman gedik gedik. hahaha.
novel yang pertama tu aku baca masa diploma dan yang kedua ni aku baca masa degree.
ironi gila kan? hahaha.
mungkin kalau ada yang ketiga nanti, aku akan baca masa master atau kerja ? hahaha

actually aku memang tahu yang Coke & Sundae ada sekual tapi dalam soft copy berepisod dekat blog penulis. leceh nak baca macam tu. hahaha.
dan tanpa ku sedari rupanya dah keluar as a printed version. 
walaupun mahal sikit, aku tetap beli sebab aku dah beli yang pertama dulu.

nak tahu Coke & Sundae 2 punya sinopsis or prolog boleh pergi ke blog penulis ye.
klik dekat SINI


Part komen pulak. hahaha
actually aku sebenarnya expect hebat untuk novel okays.
sebab yang pertama tu best gila memang gila lah.
asyik nak ketawa je. hahaha
tapi bila dah masuk yang kedua ni.
lawak tu dah kurang sangat dan sekuel yang kedua ni nampak macam novel dewasa yang lain.
banyak serius :(
tapi ada watak anak dia tu yang banyak tolong bagi kesegaran cerita ni

ada juga plot yang biasa kita jumpa dalam novel lain.
ada masa, cerita dalam novel ni agak mendatar.
walaupun sekali pandang kita dah tahu hujung cerita ni tapi
penulis ada twist sikit dalam cerita ni.
which is interesting untuk aku.

penulis pon macam tahu novel ni agak berat sedikit dari novel yang pertama tu
belum belum dah minta maaf tau ! hahaha
kelakar lah kak Ilya ni.
dia jugak ada cakap ada masa dia ada ketandusan idea nak sambung.
aku nampak jugaklah sikit dalam cerita ni.

tapi kalau tanya seikhlas hati, aku lebih prefer Coke & Sundae yang pertama tu.
berbaloi jugak korang beli yang sekuel ni sebab bila novel tu tebal sikit,
ending cerita akan nampak berjalan smoothly dan tak terkejar kejar nak limitkan page.

kalau part sedih itu mesti ada.
pada aku part yang Azyan keguguran dan Anak Azyan yang sentiasa ada dengan mak dia.
sumpah nangis. di tambah pulak aku yang tengah homesick gila babeng ni. hahaha
semakin mencurah ke ladang gandumlah jawabnya. hahaha

apa apa pon, bukan mudah untuk jadi penulis novel okay?
kita yang komen ni senang je hentam orang. hahaha
cuba kau tulis? tak ke cirit birit ! hahahaha
Good job ! :)

maaflah kalau tulisan kali ni macam tak bersemangat sangat.
mulut dah menguap banyak kali kalahkan buaya dalam zoo weyh.
bukan kemain ngantuk. hahaha

So, jumpa next entri okay?
chiawwwww ! :)

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...