Wednesday, September 11, 2013

MATI.












Salam 1 Aw Aw Aw
hari pertama kelas dah dimalukan oleh pensyarah.
kutuk kaw kaw kaw kaw kaw kaw aku punya suara.
di tambah pulak dengan classmates pon ikut ketawa sama.
aku paling sedih classmate semua satu kelas ketawakan aku sedangkan diaorang memang dah tahu suara aku memang macam ni.
the best part is classmate dekat Lendu ketawa sama kuat dengan orang lain gelakkan aku.
siapa yang tak sedih weyh?
aku harap diaorang sepatutnya back up aku tapi ? 
tak kisahlah. hak masing masing.
aku tak marah pon cuma sedih.

balik kelas senyap terus sampai bilik nangis sorang sorang, nasib roommates semua tak ada
yup ! senjata aku cuma menangis.
sebelum kelas tadi petang bermula, semangat degree aku 100%
dan lepas kena hentam dan kena kutuk dan kena ketawakan, totally 0%
rasa nak quit degree sekarang.
balik jaga mak dan abah.
tak ada orang kisah yang aku ni tak pandai bawak kenderaan
tak ada orang kisah aku ni siapa
tak ada orang kisah suara aku teruk
tak ada orang kisah apa aku nak buat
tak ada orang kisah cita cita aku
tak ada orang kisah aku jerit jerit dekat rumah
tak ada orang kisah pasal aku.
tak ada . . .

mata dah sembab menangis seorang diri.
aku nak peluk mak sekarang.
aku nak nangis puas puas dalam pelukan mak aku.
aku nak pergi jauh dari Shah Alam ni.
Shah Alam yang Jahat !

Aku tak akan expect subjek ni aku dapat score.
lecturer belum belum dah warning aku suruh ubah suara aku.
tukar kepada base voice. dia tak kasi aku bercakap sampai suara aku tukar jadi base voice.
sumpah nak nangis dalam kelas tadi. rasa nak lari keluar kelas macam dalam drama tv tu. huhuhu
minggu depan punya kelas dia dah aim aku. 
kalau tak jumpa dekat office. 

suara aku memang dah macam ni weyh.
aku bukan sengaja buat.
aku pernah minum ais berhari hari sampai sakit tekak dan batuk batuk cuma untuk pecah kan suara sendiri.
bodoh gila kan? tapi tahu kenapa? sebab aku tak nak dimalukan macam tadi petang.
tapi hasilnya lepas sembuh batuk batuk, suara aku jadi normal semula.
tak ada seorang yang faham dan tak akan ada yang faham.
abang aku sendiri kutuk suara aku sendiri.
malu dengan aku weyh. gila tak sedih ? sebab tu blog ni je yang aku ada. blog ni je aku dapat kongsi sedih gembira marah kecewa aku
so, aku nak dapat sokongan dari siapa kalau family sendiri dah kutuk kau?
teruk sangat ke aku ni?
tak boleh ke orang tengok aku dari sisi lain tanpa perasan suara aku.
aku pon tak nak ada suara macam ni weyh.

Allah kata Dia akan bagi dugaan yang mampu umatnya mampu tanggung,
seriusly aku tak mampu.
orang lain cuma boleh cakap sabar, yang malu aku, yang kena kutuk aku, yang kena gelakkan aku,
tahu kenapa aku tak ada sebarang hubungan? sebab semuanya malu dengan aku.

aku pernah cakap dengan mak dan abah yang aku tak akan kahwin sampai bila bila.
dia marah sebab siapa nak doakan aku dalam kubur nanti.
kalau ada orang disamping aku dan dia pon kena kutuk di sebabkan aku, baik tak payah kahwin.
cukuplah aku sorang menangis. 

ada suatu hari aku marah dengan Mak aku dalam hati jelah,
kenapa doa bukan bukan dia mengandung dulu
dan kenapa aku dilahirkan.
dari sekolah menengah sampai degree kau kena kutuk benda yang sama.
siapa yang tahan weyh? cuba cakap.

jangan simpati dekat aku.
doakan aku cukup tabah untuk menahan sabar.
doakan aku mengumpul banyak air mata untuk ditumpahkan waktu malam.
doakan aku punya muka yang tebal.
doakan aku . . .





aku tak nak sambung degreee.

I'm just wanna die in peace without any tears from my eyes.
enough of crying.
enough of humiliation.





PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...