Monday, September 2, 2013

Artis Puasa 6 !

Salam 1 Aw Aw Aw !
dah nak dekat seminggu tak mengarut dekat blog ni. hahaha
masa dekat U kata tak cukup masa jadi nanti dekat rumah baru update hari hari,
dah dekat rumah pulak tak cukup masa,
hahahahaha.
manusia teruk betul !
btw, entri merdeka aku buat esok jelah ye.
aku nak update entri ni semalam tapi disebabkan tadi dekat Astro Citra tayang cerita Zaiton Ceritaku, 
terpaksa stop nak buat entri. hahaha
aku tak tahu kenapa cerita ni tak ramai orang tengok. Mungkin disebabkan pasal Zaiton Sameon kot?
aku pon sebenarnya tak kenal Zaiton ni, aku cuma tahu lagu menaruh harapan tu jelah. hahaha
tapi masa tayangan dulu tu, aku nak tengok tapi orang yang aku ajak, semua tak nak pergi.
sedih weyh ! Cerita yang ntah apa apa tu sanggup pulak.
aku ingat lagi keluar Melodi yang pelakon utama tu sedih gila ramai tak tengok cerita tu,
lepas aku tengok cerita tu tadi, memang pelakon utama tu bawak dengan jayanya, aku dapat rasakan yang Zaiton bebetul yang berlakon.
sangat sedih. hurmmmm.
mungkin ada yang cakap aku pon tak tengok dekat pawagam lepas tu nak kecoh kecoh kan?
kalau aku bagai jawapan yang tak ada orang nak teman, mesti korang akan cakap, macam lah tak boleh pergi sendiri. Korang tak tahu apa yang berlaku so don't make any assumptions towards me. Gitchuuu ! speaking ! walaupun grammar aku dah terbang ke China. hahaha


actually aku nak cerita yang aku puasa 6 ! tapi dah melalut ke Zaiton Sameon. hahaha
mungkin ada yang cakap, eleh, puasa 6 je kot? tak payah nak kecoh sangatlah kan.
dan aku jawab:

1. Hello, ini blog aku, suka hatilah aku nak tulis apa kan? aku nak cerita yang aku kentut 20 sehari, ada masalah ke buat kau? *konon marah* hahaha

2. Sebab ini adalah kali pertama aku puasa 6. Mesti korang cakap, dah umur 21 baru nak puasa 6. hahaha
memang memalukanlah. tapi suka hatilah. 3 kali raya tahun lepas tak puasa 6 sebab sibuk dengan assignment di sana sini. Masa sekolah menengah pulak, perut ni cuma boleh puasa masa bulan Ramadhan. puasa sunat lagilah kelaut. Yup ! I'm a bad boy ! sekarang ni aku nak berjinak jinak nak puasa sunat pulak.
perut ni kalau tak dilatih memang mengada. Mindset pon kena penting. Lagi pon aku duduk rumah je tak buat apa sangat. So, apa salahnya aku berpuasa. Lagi pon aku memang dah berniat nak puasa 6. Tiap hari tau aku puasa 6 ni, tak ada selang seli ke apa.

Mula mula nak start puasa balik tu, penat dia satu hari tu memang sebiji macam penat puasa hari pertama bulan Ramadhan, padahal bukan buat apa sangat pon. hahahahaha
sabo jelah.
Lagipun bukan puasa sorang sorang tapi dengan mak bapak aku sekali.
entah tahun depan dapat puasa sama sama pon tak tahu lagi.

tetiba teringin nak puasa dan buka puasa dengan kekasih, seronoknya.
dengan isteri ke suami ke kan.
untuk kali pertama. mesti awkward. hahaha

Sebab tu aku buat entri ni, bukan nak menunjuk aku puasa tapi sejarah dalam hidup aku sendiri yang aku puasa 6. Baru dapat terlaksana tahun ni.
Syukran.
dah itu je aku nak cakap !


ni muka tengah update entri sekarang. nampak tak mata yang aku bersinar bak sinaran bulan? hahaha
dan tengok kulit muka aku yang berminyak Zaitun. boleh buat masak weyh :P

Chiawww ! :)

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...