Monday, July 1, 2013

Artis Hilang Sabar !

Salam 1 Aw Aw Aw.
hari ni aku tak tahu nak update apa sebenarnya tapi bila ingatkan apa yang terjadi tadi,
hilang sabar aku dibuatnya,
hahaha. tak pasal pasal aku tweet situasi tu.

mana taknya, lama betul orang tu gunting rambut orang tu nak dekat 45 min,
melampau tau,
bila sampai giliran aku, tak sampai 15 min pon. hahaha

aku boleh bersabar kalau orang caci maki aku ke, kutuk aku ke, cari pasal dengan aku ke,
tapi aku paling hilang sabar sampai nak tercabut jantung kalau MENUNGGU !

aku pantang betul tunggu kalau lebih 10 minit !
di tambah pulak kalau tempat tu panas ! memang nak tampar je. hahaha.
aku tak suka menunggu giliran nak beli makanan ke, tunggu giliran apa sahajalah ! dan kadang kadang bila buat esaimen tu nak kumpul semua orang dan aku terpaksa tunggu, itu memang menguji kesabaran seorang insan bernama Hafiz. So, aku akan selalu buat fake smile, fake everythings okay. Dalam hati? dah kena terajang dengan aku banyak kali. hahahahha. Tunggu cinta sampai aku boleh bersabar :D


teringat game Ibu ayam, best gila main ni masa dulu dulu.


kelakar wey atas ni,
bila aku fikir balik, memang mind set kita selalu macam tu.
hahahaha. 

dan aku tak pernah fefeeling bahagia menunggu macam Rossa. hahaha


jadi kalau berjanji ke apa dengan aku, tolong jangan buat aku tertunggu macam kucing nak bertanduk.
dan jangan ajak aku ke tempat yang memaksa aku kena beratur panjang gila nak mampus.
dan kalau aku buat orang tertunggu tak apa.
hahahahaha


PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...