Monday, June 17, 2013

Komen, Kritikan dan Pujian Anugerah Blokbuster 2 (2013) !

Salam 1 Aw Aw Aw !
hari ni kembali lagi untuk update pasal anugerah blokbuster semalam
ramai pulak yang tengok dekat yang aku update tahun lepas punya.
jadi malam ni, aku dengan rasa terujanya kembali update.

katanya ramai yang tak tengok award ni sebab macam terlalu urban but pada aku masih ok dari shout award yang terlalu urban untuk aku. yelaaa. aku ni orang kampung. hahaha
ada orang cakap, award ni macam syok sendiri.
It depends on individulah. peminat yang undi, kenapa tak puas hati kan?
kalau orang belakang salah kira ke tu dosa diaorang lah. yang korang sibuk pasal dosa orang kenapa?
yang aku tetiba nak mengamuk ni apahal? hahaha

jadi sebelum aku nak cakap apa apa,
ni hanya pendapat aku yang buta dalam industri hiburan ni,
so kalau sentap harap maap ye :)


1. Masa opening, Scha dan Ac nyanyi dan camera pulak terzoom dan secara eksklusifnya ternampak Scha miming, mulut lain lagu dah lain. hahaha. masa mula mula tu aku kecewa jugak tapi cuba korang fikir balik, sebenarnya ianya idea yang bernas tau sebab untuk opening award biasanya artis akan lari tempo yang boleh rosakkan mood penonton dan aku cukup bangga dengan idea ni.

2. Lepas tu Stacy pulak buat persembahan, ramai jugak yang kecam pakaian Stacy tu, skirt tu terlalu pendek sambil tertonggang tonggek menari, aku tahu dia non muslim tapi hormat sikitlah dengan penonton yang mostly Islam. Tapi persembahan dia cukup gempak sebab sempat remix dengan lagu Gentlemen by Psy. No wonder menang anugerah apa benda ntah dari WeChat tu. hahaha

3. Lepas tu adam pulak buat show, ni aku rasa miming, ke betul betul LIVE? hahaha. tapi aku rasa macam miming, tak boleh nak tuduh, nanti aku dah dikira fitnah pulak. hahaha.

4. Aku paling tak suka kalau penyampai anugerah berbual merepek sebelum sampaikan anugerah, saja nak lengahkan masa lepas tu pemenang tak bagi ucapan. Hello ! Peminat dah undi bagai nak rak, kenapa tak bagi pemenang buat ucapan? Ni aku tak terima. Sorry.

5. Ramai juga orang kutuk yang baru je habis tilawah al quran, esoknya pula ada Anugerah Blokbuster ni, ditambah pula dengan bulan Syaaban ni. Ni aku tak boleh nak cakap apa sebab biasanya tetapan tarikh ni dah lama, bukannya seminggu lagi anugerah baru letak tarikh kan? tak boleh nak salahkan pihak yang berkaitan, tarikh dah tetapkan lama, dan mungkin organizer tak perasan bertembung dengan event lain.

6. Sekali pandang macam reunion AF pulak dan orang yang pernah terliba dengan Astro dan artis KRU. hahaha. Stacy, Adam, Isma, Saiful Apek, Jac (KRU), Dayang (Ost Drama Dahlia) and so on. hahaha. apa salah sekali sekala panggil Juara Bintang RTM ke? racist tau dunia entertainment ni. hahaha

7. Ramai yang kecam Pakaian Didie Alias tu, kita sebagai orang yang beragama Islam ada tanggungjawab menegur tapi biarlah jangan sampai menyinggung perasaan orang tersebut, tanggungjawab kita pon dah habis, tinggal tuan punya badan dan urusan dia dengan Pencipta, kita tak berhak tentukan dosa pahala syurga neraka orang lain. Kita pon ada dosa cuma bezanya kita bukan public figure.

8. Ramai jugak pakain artis yang tak ikut tema, tema Hipster ! senang je chuolls ! yang kau pakai dress meleret macam anugerah Oscar kenapa? hahaha. Kalau korang perasan, dress Yana samsudin masa red carpet sebijik macam dress Yuna masa AIM kalau aku tak silap bezanya cuma warna. New Idea pleaseeee.

9. Ramai yang tak sabar nak tunggu show Shae feat Bobo kan? hahaha. aku pon teruja tapi bila dah tengok, Bobo macam terlalu over and dramatic sangat. Lepas tu penuh TL twitter orang kutuk dia, kesian. Tapi dengar khabar dia pakai baju dari couture dia sendiri tau. hebat. hahaha. Aku rasa tak sesuai pulak tetiba ditayangkan dekat TV. sorry.

10. Aku rasa cukup kecewa sikit sebab penonton Malaysia ni malas nak buat standing ovation dekat pemenang mcm dekat luar negara tu, terutamanya untuk anugerah khas. come on.

11. Dari segi pentas aku suka ketinggiannya tapi tak cukup lebar dan besar, aku rasa macam konsert mingguan AF je. hahaha tapi dari segi sound sistem aku tabik !

12. Gandingan Scha dan Ac, aku rasa ok dan menjadi, tak adalah teruk sangat, just nice dan tak bosan sangat :)

13. Ramai juga yang tanya lagu apa masa penyampaian anugerah tu, kalau tak silap aku lagu Justin Bieber feat Nicki Minaj - Beauty and a beat.

14. Pada aku overall ok, cuma award ni macam kurang aura sikit dan idea untuk pindah venue untuk award tu 1 idea yang menarik sebab tiap kali buat dekat KL, bukan semua orang mampu nak kesana kan? great job guys :)

aku rasa itu jelah kot aku nak cakap,
ni hanya pendapat aku sahaja, yang jernih di ambil, yang keruh dijadikan panduan,
cewahh. gaya aku macam apa je kan.
hahaha

maaf kalau ada yang terasa. Lots of love from me.
Pip Pip ! :)

PREVIOUS POST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...